Transformasi

 
11.1  Transformasi
 
Definisi
  • Transformasi melibatkan pemindahan titik pada suatu satah.
  • Ia juga ditakrifkan sebagai suatu pergerakan dengan orientasi dan padanan yang tertentu tanpa mengubah rupa bentuk.
 
Kekongruenan:
     
  • Dua objek adalah kongruen jika kedua-duanya mempunyai bentuk dan saiz yang sama, tanpa mengambil kira orientasi pergerakannya.
       
Contoh
     
 

 
  • Kedua-dua segi tiga adalah kongruen kerana saiz sama walaupun kedudukan dan orientasi tidak sama.