|
2.2 |
Perdagangan Antarabangsa |
|
|
Perdagangan Antarabangsa |
Urusan jual beIi barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara yang lain. |
|
|
|
|
Kepentingan Perdagangan Antarabangsa kepada Ekonomi Malaysia |
- Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara.
- Meluaskan pasaran.
- Menambah pendapatan negara.
- Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi.
- Menikmati barang dengan harga yang lebih murah.
- Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
- Menawarkan pilihan pengguna yang pelbagai.
- Menambah peluang pekerjaan.
- Menggalakkan mobiliti tenaga buruh.
- Menggalakkan pelaburan.
- Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang.
|
|
|
Keburukan Perdagangan Antarabangsa |
- Merugikan negara membangun.
- Terlalu bergantung kepada industri import dan eksport.
- Mengamalkan pengkhususan berlebihan.
- Kurang mobiliti sumber.
- Mengamalkan dasar perlindungan.
- Menimbulkan masalah lambakan.
- Menyebarkan budaya tidak sihat.
|
|
|
Sekatan Perdagangan Antarabangsa |
Dasar perdagangan luar oleh kerajaan sesebuah negara untuk mengawal eksport dan import negara. |
|
|
Bentuk Sekatan Perdagangan Antarabangsa |
- Tarif
- Cukai yang dikenakan atas barang yang diimport dari luar negara.
- Dua jenis tarif:
- Tarif Spesifik - Cukai tetap yang dikenakan atas setiap unit barang yang diimport.
- Tarif Ad valorem - Cukai import yang dihitung berdasarkan harga / nilai barang import.
- Subsidi
- Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan.
- Kuota
- Sekatan perdagangan terhadap jumlah barang yang boleh diimport dalam suatu jangka masa tertentu.
- Kawalan pertukaran asing
- Mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport tempatan.
- Embargo
- Perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu.
- Sekatan bukan ekonomi
- Sekatan dalam bentuk undang-undang, peraturan atau syarat syarat tertentu terhadap sesebuah negara.
|
|
|
Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa |
- Melindungi industri muda tempatan.
- Menghadapi persaingan.
- Sebagai sumber hasil kerajaan.
- Mewujudkan peluang pekerjaan.
- Memperbaiki imbangan pembayaran.
- Keselamatan.
- Mengatasi masalah lambakan.
|
|
|
Kesan Pelaksanaan Tarif |
- Kerajaan memperoleh hasil daripada kutipan tarif.
- Peningkatan guna tenaga dalam negara dan kadar pengangguran menurun.
|
- Mengurangkan daya saing industri penggantian import untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.
- Menghadapi tindak balas yang sama daripada negara yang dikenakan tarif.
|
|
|
Kesan Pemberian Subsidi |
- Harga barang keluaran tempatan akan menurun.
- Permintaan terhadap barang keluaran tempatan akan meningkat kerana harganya secara relatif lebih rendah daripada barang import.
|
|
|
Kesan Kuota Import |
Penawaran barang import dalam pasaran tempatan akan berkurang, harga barang diimport akan meningkat. |
|
|
Kebaikan Sekatan Perdagangan Antarabangsa |
- Mengurangkan penawaran barang import.
- Meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan.
- Mengurangkan pengangguran.
- Meningkatkan pendapatan negara.
- Memperbaiki imbangan pembayaran.
- Melindungi industri tempatan.
|
|
|
Keburukan Sekatan Perdagangan Antarabangsa |
- Salah pengagihan sumber.
- Merugikan pengguna.
- Pengagihan pendapatan yang tidak adil.
- Mengurangkan eksport.
- Mewujudkan monopoli.
- Ketidakcekapan daam industri tempatan.
|
|
|
Liberalisasi Perdagangan |
Tiada syarat pegangan atau sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara yang lain. |
|
|
Kebaikan Liberalisasi Perdagangan |
- Interaksi dan transaksi antara negara negara yang terlibat akan menjadi lebih intensif tanpa dibatasi oleh sebarang peraturan dan undang-undang.
- Memudahkan aliran barang, perkhidmatan dan sumber antara negara.
- Mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan skala pengeluaran, dan daya saing negara.
- Membolehkan penempatan sumber negara kepada dalam industri yang berpotensi untuk memperoleh keuntungan yang maksimum.
- Meningkatkan jumlah keuntungan firma dan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan untuk tenaga kerja yang pakar dalam jangka panjang.
- Kemasukan pelaburan asing membantu merancakkan kadar pertumbuhan ekonomi negara terutamanya industri yang berorientasikan eksport negara.
- Mewujudkan persaingan yang sihat, menggalakkan usaha inovasi, dan pemindahan teknologi untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran negara.
- Menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
|
|
|
Keburukan Liberalisasi Perdagangan |
- Ketidakupayaan industri tempatan untuk bersaing dengan pelabur asing yang memasuki pasaran tempatan tanpa sekatan.
- Sekatan pelaburan yang diwujudkan oleh negara maju dalam industri berteknologi tinggi seperti industri automotif dan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Kewujudan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang bersifat tidak adil dan biasanya merugikan negara sedang membangun.
- Hasrat perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi yang moden dari negara maju tidak berlaku dengan sepenuhnya.
- Pergantungan ekonomi negara terhadap pelaburan dan industri asing dari luar negara akan mengetepikan kepentingan dan kebajikan rakyat tempatan.
- Kemunculan kuasa monopoli akan menentukan pelbagai syarat dan peraturan yang menguntungkan pemodal asing, tetapi boleh merugikan negara dan rakyat setempat.
|
|
|
Blok Ekonomi |
Satu kumpulan negara yang terdiri daripada beberapa negara yang berada dalam rantau yang berhampiran untuk menjaga kepentingan ekonomi bersama-sama.
Tujuan Blok Ekonomi: Melindungi negara ahli daripada barang import dari negara bukan ahli dan mengalakkan urus niaga barangan antara negara ahli.
|
|
|
Kesatuan Eropah (European Union, EU) |
- Kesatuan Eropah (EU) merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.
- Blok ekonomi terbesar di dunia.
|
|
|
Objektif penubuhan EU |
- Menghapuskan duti kastam dalam kalangan negara anggota.
- Menggalakkan urusan perdagangan dijalankan secara bebas.
- Mewujudkan kebebasan aliran modal dalam kalangan negara anggota.
- Menyelaraskan dasar kewangan dan fiskal dalam kalangan negara anggota.
- Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota.
|
|
|
Perjanjian Perdagangan |
Perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau lebih negara atas persetujuan bagi syarat sekatan perdagangan antarabangsa semasa menjalankan urus niaga antara negara. |
|
|
Perjanjian Perdagangan disertai Malaysia |
- Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (Asean Free Trade Area, AFTA).
- Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs dan Trade, GATT).
|
|
|
Kesan Positif Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan |
- Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran.
- Peluasan pasaran.
- Mobiliti modal dan tenaga kerja.
- Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI).
- Pertambahan peluang pekerjaan.
- Peningkatan daya saing negara dan kualiti barangan.
- Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah.
- Penjagaan alam sekitar.
|
|
|
Kesan Negatif Blok Ekonomi dan Perjanjian Perdagangan |
- Kegawatan ekonomi.
- Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin.
- Corak penjajahan baharu ekonomi.
- Masalah lambakan barang.
- Ancaman kepada industri muda tempatan.
- Pencemaran terhadap budaya tempatan.
|
|
|