Penunjuk Ekonomi

1.2 Penunjuk Ekonomi
 
Penunjuk Ekonomi
Data-data makroekonomi yang digunakan oleh penganalisis untuk mentafsir prestasi sesebuah ekonomi secara keseluruhan atau mengkaji peluang pelaburan semasa dan akan datang.
 
Penunjuk-penunjuk Ekonomi
  • Indeks Harga Pengguna (IHP)
  • Inflasi
  • Pengangguran
  • Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  • Pertumbuhan Ekonomi Malaysia
 
Indeks Harga Pengguna (IHP)
Penunjuk ekonomi yang boleh digunakan untuk mengkaji perubahan tingkat harga umum, kos sara hidup masyarakat dan kenaikan tingkat harga umum (inflasi).
 
Pengiraan Indeks Harga Pengguna IHP
  • Mengukur harga purata barang dan perkhidmatan dalam sesuatu tempoh masa yang ditetapkan.
  • Pengiraan IHP tidak mengambil semua barang dan perkhidmatan dalam pasaran.
  • Hanya barang dan perkhidmatan terpilih dalam pengiraan IHP boleh mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk.
  • Klasifikasi Pengunaan Individu Mengikut Tujuan (COICOP) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengelaskan 12 kumpulan barangan utama.
    • Makanan dan minuman bukan alcohol
    • Restoran dan hotel
    • Minuman alkohol dan tembakau
    • Pakaian dan kasut
    • Pelbagai barangan dan perkhidmatan
    • Pendidikan
    • Pengangkutan
    • Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan
    • Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain
    • Hiasan, perkakasan dan penyelenggaran isi rumah
    • Kesihatan
    • Komunikasi
  • PBB memberikan wajaran mengikut keutamaan penggunaan kepada setiap kumpulan barangan tersebut.
 
Tahun Dasar dan Tahun Semasa
  • Membandingkan harga purata pada tahun dasar dengan harga purata pada tahun semasa.
  • Tahun dasar dijadikan asas perbandingan dengan tingkat harga bagi tahun yang berbeza bagi tingkat harganya.
  • Tahun dasar diberikan nilai indeks 100.
  • Tahun semasa ialah tahun yang ingin dikira IHPnya.
 
Indeks Harga Pengguna di Malaysia
Perbezaan mata indeks IHP tahun berbeza boleh menunjukkan peningkatan dalam tingkat harga umum dan inflasi.
 
Kadar Inflasi
Peratus perubahan tingkat harga umum pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.
 
Inflasi Tarikan Permintaan
  • Kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan masyarakat terhadap barang dan perkhidmatan melebihi penawarannya dalam pasaran.
  • Wujud apabila peningkatan harga berlaku semasa ekonomi berada pada tahap guna tenaga penuh dan firma sukar menambahkan tingkat pengeluaran dengan cepat bagi memenuhi permintaan yang tinggi.
  • Sebarang lebihan permintaan menyebabkan harga barang meningkat dalam pasaran dan inflasi tarikan permintaan berlaku.
  • Antaranya 2 faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi tarikan permintaan:
    1. Peningkatan tingkat pendapatan;
      1. Biasanya berlaku pada masa pertumbuhan ekonomi tinggi.
      2. Meningkatkan kuasa beli pengguna.
      3. Pengguna cenderung berbelanja lebih banyak.
      4. Jumlah permintaan dalam ekonomi akan meningkat.
         
    2. Pertambahan penawaran wang;
      1. Kesan perbelanjaan kerajaan secara berlebihan dan penciptaan kredit oleh bank perdagangan.
      2. Meningkatkan kuasa beli pengguna.
      3. Jumlah permintaan dalam ekonomi akan meningkat.
 
Inflasi Tolakan Kos
  • Kenaikan tingkat harga umum apabila kos pengeluaran meningkat.
  • Pengeluar memindahkan beban peningkatan kos pengeluaran kepada para pengguna dengan menaikkan harga jualan bagi mengekalkan margin keuntungan.
  • Maka, tingkat harga umum barang di pasaran akan meningkat.
 
Inflasi Diimport
  • Kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang yang diimport dari luar negara meningkat.
  • Barang siap import yang mahal akan dijual pada harga lebih tinggi dan ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat.
  • Maka, harga jualan barang dan perkhidmatan dinaikkan di pasaran.
  • Kenaikan harga barang imprt boleh disebabkan oleh:
    • Kadar inflasi tinggi di negara pengeksport
    • Kejatuhan nilai mata wang tempatan
  • Kejatuhan nilai mata wang tempatan boleh menyebabkan harga barangan import menjadi mahal secara relatif atau perbandingan.
 
Cara Inflasi memberi Kesan terhadap Pengguna
1. Harga Barang
  • Berlaku apabila tingkat harga umum barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan.
  • Peningkatan harga barang dan perkhidmatan menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
  • Masyarakat menjadi kurang mampu untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
  • Maka, kebajikan pengguna terjejas umunya dalam kalangan berpendapatan tetap atau penerima pencen.
  • Peningkatan harga barang dapat dikaji berdasarkan harga purata yang tersenarai dalam senarai barangan runcit oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam tempoh 2014 hingga 2016.
2. Tabungan
  • Peningkatan harga barangan menyebabkan perbelanjaan penggunaan individu meningkat.
  • Masyarakat terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung kos sara hidup yang meningkat dan sekaligus berlaku penurunan nilai mata wang yang dipegang oleh isi rumah.
  • Isi rumah lebih cenderung untuk berbelanja daripada menabung dan ini menurunkan jumlah tabungan masyarakat.
3. Pendapatan
  • Pendapatan benar masyarakat menurun dengan andaian pendapatan tunai tidak berubah.
  • Pendapatan benar adalah jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan pendapatan tunai yang diterima.
  • Kuasa beli pengguna menurun kerana jumlah barangan yang dapat dibeli dengan jumlah tunai yang sama semakin berkurangan akibat peningkatan harga barangan.
  • Peningkatan kos sara hidup menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun akibat ketidakmampuan membeli memenuhi keperluan dan kehendak.
4. Pengangguran
  • Inflasi sederhana memberi kesan positif terhadap pengangguran.
  • Inflasi tarikan permintaan menggalakkan firma mengeluarkan lebihan pengeluaran untuk memenuhi lebihan permintaan di pasaran dan seterusnya menambahkan penggunaan guna tenaga.
  • Maka, peluang pekerjaan yang meningkat menyebabkan kadar pengangguran akan menurun dengan inflasi sederhana.
5. Eksport
  • Inflasi tolakan kos menyebabkan harga produk tempatan lebih mahal akibat peningkatan kos pengeluaran firma tempatan.
  • Produk tempatan ini yang dieksport ke luar negara secara relatif lebih mahal dan akan kehilangan daya saing di pasaran antarabangsa kerana produk negara lain lebih murah.
  • Maka, permintaan barangan tempatan di pasaran antarabangsa akan menurun dan pendapatan negara daripada sektor eksport akan merosot.
6. Kadar Faedah
  • Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit dan bagi mengawal bekalan wang, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan meningkatkan kadar faedah.
  • Maka, kos pinjaman dan beban hutang peminjam akan meningkat. Peminjam akan mengurangkan pinjaman dan penawaran wang dalam ekonomi akan menurun.
 
Pengangguran

Satu keadaan apabila terdapat tenaga buruh (antara umur 15 – 64 tahun) yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.

Tenaga Buruh = Guna Tenaga + Pengangguran

  • Kadar pengangguran merupakan penunjuk ekonomi yang mengukur peratus penganggur dalam kalangan tenaga buruh yang sedia ada dalam sesebuah negara.
  • Kadar pengangguran rendah apabila bilangan penganggur adalah kecil berbanding tenaga buruh atau tenaga buruh dalam negara telah digunakan sepenuhnya iaitu pada kadar di bawah 4%.
  • Kadar pengangguran adalah tinggi apabila ramai tenaga buruh tidak mendapat pekerjaan dan menyebabkan pembaziran faktor pengeluaran buruh dalam ekonomi.
 
Kesan Pengangguran terhadap Ekonomi Negara
  • Pendapatan negara sebenar kurang daripada pendapatan negara potensi.
  • Hasil kerajaan berkurangan kerana kutipan cukai pendapatan kurang.
  • Ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber ekonomi.
  • Menghalang pertumbuhan ekonomi akibat pelbagai masalah sosial.
  • Taraf hidup masyarakat menurun kerana kuasa beli telah menurun.
 
Kesan Pengangguran terhadap Masalah Sosial Negara
  • Kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat akan meningkat.
  • Menimbulkan masalah kekeluargaan dalam masyarakat.
  • Masalah kehilangan kemahiran dan keyakinan diri.
  • Peningkatan kes jenayah dalam negara.
 
Jenis Pengangguran
1. Pengangguran kitaran
  • Berlaku apabila keadaan ekonomi lembap kerana pengurangan dalam permintaan agregat mengurangkan pengeluaran dan seterusnya permintaan bagi buruh berkurang.
  • Ramai tenaga buruh kehilangan pekerjaan kerana banyak firma terpaksa mengurangkan pengeluaran atau memberhentikan operasi.
2. Pengangguran berstruktur
  • Berlaku apabila struktur ekonomi sesebuah negara berubah dan menyebabkan permintaan bagi buruh dalam sesetengah sektor ekonomi berkurang.
  • Walaupun sektor ekonomi lain sedang berkembang dan memerlukan tenaga buruh yang banyak, penganggur masih sukar mendapat pekerjaan akibat kekurangan mobiliti dari segi kelayakan dan kemahiran.
3. Pengangguran geseran
  • Keadaan tenaga buruh tidak bekerja dalam sesuatu jangka masa apabila berlaku perpindahan pekerjaan.
  • Pekerja kurang mobiliti atau kurang mendapat maklumat tentang peluang-peluang pekerjaan di pasaran.
  • Biasanya berlaku dalam kalangan lepasan univeristi yang sedang menunggu pekerjaan yang diingini dan lazimnya berada pada kadar 2% hingga 4%.
 
Perubahan Struktur Ekonomi di Malaysia

1940-an - Guna tenaga banyak terlibat dalam pekerjaan sektor utama.

1970-an -  Kebanyakan guna tenaga telah beralih ke pekerjaan sektor kedua melalui penggunaan automasi dan jentera.

2000-an - Sektor ketiga menawarkan paling banyak peluang pekerjaan.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Penunjuk ekonomi yang menggambarkan pendapatan negara iaitu jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun.

  • KDNK mengukur jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun.
  • KDNK dihitung tanpa mengambil kira sama ada faktor pengeluaran tersebut adalah milik negara tersebut atau milik negara asing.
  • Tujuan mengukur KDNK:
    • Mengukur pertumbuhan ekonomi
    • Memperbaiki masalah ekonomi
    • Membuat penilaian keberkesanan dasar ekonomi kerajaan
    • Mengenal pasti masalah ekonomi / pertumbuhan kebajikan masyarakat
    • Membandingkan taraf hidup antara negara.
 
Tiga Pendekatan
  • Pendekatan Keluaran (Malaysia guna).
  • Pendekatan Perbelanjaan (Malaysia guna).
  • Pendekatan Pendapatan (Malaysia tidak guna - masalah pengumpulan data).
  • Pendekatan Keluaran dan Pendekatan Perbelanjaan akan memberikan nilai yang sama.
 
Pendekatan Perbelanjaan
  • KDNK diperoleh dengan menjumlahkan semua perbelanjaan atas barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi bagi tempoh satu tahun.
  • Perbelanjaan menjumlahkan perbelanjaan isi rumah, firma, kerajaan dan eksport bersih (eksport tolak import).
  • Perubahan stok pada akhir tahun juga diambil kira.
 
Pendekatan Keluaran
  • KDNK diperoleh dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dihasilkan oleh pelbagai sektor ekonomi di negara bagi tempoh satu tahun.
  • Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah melalui setiap peringkat proses pengeluaran.
  • Kaedah ini boleh mengetahui peratus sumbangan pelbagai sektor ekonomi kepada negara dan mengelakkkan pengiraan dua kali dalam pengiraan pendapatan negara.
 
Pertumbuhan Ekonomi

Perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke semasa yang menyebabkan peningkatan dalam KDNK.

  • Pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan KDNK yang membawa maksud bahawa berlakunya pertambahan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi.
  • Pertumbuhan ekonomi yang meningkat menggambarkan pembangunan negara yang pesat dan sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang menurun menggambarkan pembangunan negara yang semakin lembap.
 
Kadar Pertumbuhan Ekonomi
  • Kadar pertumbuhan KDNK bernilai positif = pertumbuhan ekonomi
  • Kadar pertumbuhan KDNK bernilai negatif = kemelesetan ekonomi
  • Kepentingan pertumbuhan ekonomi yang mampan:
    • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
    • Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat.
    • Mengurangkan kadar kemiskinan.
    • Merapatkan jurang pendapatan.
    • Mempercepat penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas.
 
Sebab Berlakunya Pertumbuhan Ekonomi
1. Sumber alam semula jadi
  • Sebuah negara yang dianugerahkan sumber semula jadi yang banyak, berpotensi mengembangkan ekonomi negaranya dengan mudah.
  • Kekayaan alam semula jadi akan menarik lebih ramai pelabur asing untuk menjalankan perusahaan di negara tersebut.
2. Jumlah penduduk dan bekalan tenaga buruh
  • Penduduk yang bertambah dalam sesebuah negara akan mendorong pertambahan penawaran tenaga buruh yang boleh menyumbang kepada sektor pengeluaran.
  • Jumlah penduduk yang besar juga akan menambahkan permintaan terhadap barang yang dikeluarkan.
  • Pengeluar juga akan terdorong untuk melabur lebih dan mengembangkan ekonomi.
3. Kemajuan teknologi
  • Kemajuan teknologi yang canggih dapat menjana kecekapan pengeluaran barang dan perkhidmatan selaras dengan penurunan kos pengeluaran dan peningkatan jumlah keluaran.
  • Pemindahan teknologi secara import atau kemasukan peralatan dan pengetahuan berjaya meningkatkan daya produktiviti industri tempatan dan kualiti produk tempatan.
  • Peningkatan kecekapan pengeluaran dapat meningkatkan jumlah pengeluaran dan pendapatan negara yang membantu perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat.
4. Pelaburan dalam aktiviti ekonomi
  • Pelaburan menjana pengeluaran dalam negara akan menggalakkan kemasukan pelaburan asing yang banyak. Hal ini seterusnya meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan.
  • Pelaburan asing diklasifikasikan sebagai sumber dana untuk membiayai barang modal yang boleh digunakan dalam mengeksploitasi sumber alam semula jadi atau meningkatkan produktiviti dalam proses pengeluaran.
  • Ketiadaan pelaburan boleh menjejaskan proses pembangunan sebuah negara.
5. Sistem sosial dan sikap masyarakat
  • Sikap keterbukaan masyarakat, kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang kukuh akan memberi keyakinan kepada pelabur tempatan dan pelabur asing untuk melabur dalam aktiviti ekonomi.
  • Masyarakat yang tegas dengan cara pengeluaran tradisional dan tidak efisien serta tidak berfikiran terbuka akan membantutkan pertumbuhan ekonomi.
  • Sebaliknya, masyarakat yang berfikiran terbuka dan boleh menerima perubahan teknologi dalam aktiviti pengeluaran, akan menjana produktiviti negara dengan pesat.
 
Akibat Pertumbuhan Ekonomi
1. Penyediaan infrastruktur fizikal
  • Kemudahan infrastruktur lengkap yang disediakan oleh kerajaan dapat meningkatkan kecekapan firma dan menarik pelabur asing.
  • Kemudahan infrastruktur juga dapat melicinkan urusan firma perdagangan dari aspek perhubungan dan pengangkutan.
  • Masyarakat setempat juga akan menikmati manfaat daripada kemudahan infrastruktur yang lengkap ini.
2. Peningkatan taraf hidup penduduk
  • Pembangunan sumber manusia mempercepat pertumbuhan ekonomi negara kerana sumber manusia yang berbakat, mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah dan mempunyai pengetahuan menyebabkan negara lebih berdaya saing.
  • Maka, lebih banyak IPTA dan IPTS serta institut latihan kemahiran teknik dan vokasional telah ditubuhkan.
  • Sistem pendidikan disasar untuk melahirkan tenaga buruh yang berkemahiran dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan industri.
3. Peningkatan sifat keusahawanan
  • Pertumbuhan ekonomi yang menjana pendapatan dan kuasa beli masyarakat akan meningkat.
  • Situasi ini akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan yang kreatif untuk menghasilkan perkhidmatan baharu dan inovatif bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
  • Pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan dengan pesat yang akan menghasilkan penemuan teknologi baharu.
  • Penemuan ini akan meningkatkan taraf hidup masyarakat apabila tingkat kepuasan berada pada tahap yang maksimum.
4. Kestabilan politik dan sosial
  • Pertumbuhan ekonomi akan menjana pertambahan aktiviti pengeluaran yang mencipta peluang pekerjaan.
  • Hal ini akan mengurangkan kadar pengangguran dan anggota masyarakat akan menikmati pendapatan tetap yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.
  • Maka, keadaan ketenteraman dalam kalangan masyarakat ini akan mengurangkan kes jenayah serta kestabilan politik dan sosial dicapai.