Peranan Kerajaan dalam Ekonomi

 

 
1.1 Peranan Kerajaan dalam Ekonomi
 
Kerajaan
Suatu unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
 
 
 
  • Kerajaan berperanan sebagai pengeluar barang awam dan barang sosial
 
Barang Awam

Barang yang dapat digunakan oleh seseorang individu tanpa mengurangkan faedah penggunaan individu lain dan tidak boleh menghalang individu lain daripada menggunakannya.

Cth: Sekolah, hospital, jalan raya

 
Barang Sosial

Barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat terbesar kepada semua masyarakat

Cth: Air terawat, rakyat celik huruf, kesihatan rakyat meningkat

 
Monopoli semula jadi
Monopoli kerajaan, iaitu pengeluaran barang atau perkhidmatan dibenarkan untuk dikeluarkan oleh firma berkaitan kerajaan.
 
Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi
 
  1. Satu firma sahaja
  2. Keluaran tidak ada pengganti
  3. Penentu harga pasaran
  4. Tiada kebebasan keluar masuk industri
 
Peranan kerajaan sebagai majikan
 
  • Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam kepada guna tenaga di negara ini
  • Contoh pekerjaan ialah tentera, polis dan guru
  • Peluang pekerjaan yang disediakan dapat menjana pendapatan kepada penjawat awam dan meningkatkan taraf hidup kerana kuasa beli meningkat
  • Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam negara
  • Kerajaan juga menawarkan pelbagai faedah sampingan kepada kakitangan awam seperti elaun perumahan, elaun sara hidup, kemudahan pinjaman perumahan cuti tahunan, pencen selepas bersara dan lain-lain.
 
Makroekonomi
Kajian mengenai ekonomi secara menyeluruh dalam isu umum seperti pendapatan atau keluaran negara, guna tenaga dan masalah pengangguran
 
Objektif makroekonomi kerajaan
 
  1. Guna tenaga penuh
  2. Kestabilan harga
  3. Pertumbuhan ekonomi
  4. Kestabilan imbangan pembayaran
 

 

Guna tenaga penuh
 
  • Guna tenaga penuh merujuk kepada kadar pengangguran di sesebuah negara berada pada paras yang rendah iaitu kurang daripada 4%
  • Guna tenaga mengukur jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh sesebuah negara dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan
  • Pengangguran mengukur jumlah tenaga buruh yang tidak digunakan / tidak terlibat dalam sebarang kegiatan ekonomi
  • Guna tenaga tinggi menunjukkan kegiatan ekonomi banyak dijalankan
  • Jumlah barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan di pasaran adalah banyak
  • Tingkat pendapatan negara meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan bertambah baik serta meningkatkan taraf hidup masyarakat dalam keadaan guna tenaga penuh
  • Kesan pencapaian guna tenaga penuh:
    - kadar pengangguran rendah
    - keluaran negara pada tahap maksimum
    - pendapatan negara meningkat
    - taraf hidup masyarakat meningkat
 
 
Kestabilan harga
 
  • Kestabilan harga dapat menjamin kestabilan kuasa beli serta kos sara hidup masyarakat
  • Ketidakstabilan harga pula boleh menjejaskan taraf hidup masyarakat
  • Tingkat harga umum yang stabil wujud apabila harga purata barang tidak mengalami sebarang perubahan atau mengalami perubahan pada kadar yang rendah
  • Apabila berlaku masalah inflasi dan deflasi, tingkat harga umum akan menjadi tidak stabil
 
Pertumbuhan ekonomi
 
  • Pertumbuhan ekonomi menunjukkan peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya
  • Kesan pertumbuhan ekonomi terhadap negara:
    - peningkatan kegiatan ekonomi
    - penambahan peluang pekerjaan
    - peningkatan guna tenaga
    - kadar pengangguran menurun
    - peningkatan pendapatan negara
    - peningkatan kuasa beli dan permintaan agregat
    - peningkatan taraf hidup masyarakat
 
Kestabilan imbangan pembayaran
 
  • Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk dan keluar kesan daripada perdagangan antarabangsa dalam tempoh satu tahun
  • Imbangan pembayaran terbahagi kepada imbangan pembayaran lebihan dan imbangan pembayaran defisit
  • Kerajaan berusaha mewujudkan imbangan pembayaran lebihan kerana menguntungkan negara
  • Imbangan pembayaran lebihan boleh diwujudkan dengan meningkatkan nilai eksport barang dan perkhidmatan serta menggalakkan kemasukan pelabur asing
 
Imbangan Pembayaran Lebihan
Aliran wang yang masuk ke sesebuah negara lebih tinggi daripada aliran wang yang keluar
ke negara lain
 

 

 

 

Imbangan Pembayaran Defisit
Aliran wang yang keluar ke luar
negara melebihi aliran wang yang
masuk ke dalam negara
 

Kesan imbangan pembayaran lebihan

  • Rizab pertukaran asing di bank pusat bertambah
  • Nilai mata wang tempatan semakin meningkat
  • Kegiatan ekonomi dalam negara semakin pesat
 

Kesan imbangan pembayaran defisit

  • Rizab pertukaran asing di bank pusat berkurang
  • Nilai mata wang tempatan semakin merosot
  • Kegiatan ekonomi dalam negara semakin merosot
 
Peranan Kerajaan dalam mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif
 
  1. Aktiviti-aktiviti firma dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan mungkin menjejaskan kebajikan masyarakat dengan:
    a. Mengeksploitasi pengguna
    b. Menimbulkan kesan eksternaliti negatif
  2. Pengeluar mungkin mengeksploitasi pengguna dengan:
    a. Menetapkan harga yang tinggi
    b. Menjual barang yang tidak selamat atau tidak berkualiti
  3. Maka, kebajikan pengguna akan terjejas.
 
Eksternaliti negatif
Kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat selain pengeluar dan pengguna barang itu
 
  • Eksternaliti negatif boleh menjejaskan kehidupan serta kesihatan mesyarakat dan mempengaruhi taraf hidup mereka.
  • Kerajaan berkuasa mengawal dan memantau aktiviti pengeluar melalui pelaksanaan
    a. Undang-undang dan peraturan
    b. Pemberian subsidi
    c. Pelaksanaan Cukai
 
Undang-undang dan Peraturan
 
  • Kerajaan menetapkan undang-undang dan pertauran untuk mengawal selia aktiviti pengeluar dan menjaga kebajikan masyarakat.
  • Undang-undang yang digubal oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat.
  • Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditentukan dan harus dipatuhi. Pengeluar yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan hukuman.
  • Pengeluar wajib mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput.
  • Mengawal eksploitasi pengguna
    a. Kerajaan mengisytiharkan sesetengah barang asas sebagai barang kawalan
    b. Peniaga tidak dibenarkan mengubah harga tanpa persetujuan kerajaan
    c. Kerajaan melaksanakan dasar harga dan kuota untuk mengawal harga pasaran supaya rakyat mampu membeli dan juga tidak merugikan pengeluar
  • Mengawal kesan eksternaliti negatif
    a. Kerajaan mengawal aktiviti pengeluaran firma melalui pemberian lesen
    b. Lesen ditarik balik jika firma tidak mematuhi peraturan
    c. Kerajaan menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan industri berat dan kawasan industri ringan
    d. Kerajaan mempunyai agensi yang menjalankan pemantauan aktiviti pengeluaran firma supaya tidak mengancam alam sekitar dah mematuhi peraturan
 

Dasar harga maksimum

  • Penetapan harga lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan
  • Kebajikan pengguna dapat dijaga.
  • pengguna dapat membeli barangan dengan harga yang berpatutan
 

Dasar harga minimum

  • Penetapan harga lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan
  • Kebajikan pengeluar dapat dijaga.
  • Pengeluar mendapat keuntungan lebih tinggi.
 

 

 

Kuota

  • Had penawaran sesuatu barang pada suatu tingkat kuantiti yang tertentu
  • Mengatasi masalah lebihan atau kurangan barangan di pasaran
 
Subsidi
Bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada sesuatu perniagaan atau sektor ekonomi.
 

Mengawal eksploitasi pengguna

  • Kerajaan memberi subsidi untuk mengawal harga barang .
  • Apabila kos pengeluaran meningkat, pengeluar akan memindahkan beban kos tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga.
  • Maka, kerajaan beri subsidi untuk menampung kenaikan kos tanpa menaikkan harga barang.
 

Mengawal kesan eksternaliti negatif

  • Pemberian subsidi menggalakkan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan serta sesuatu teknik pengeluaran.
  • Subsidi dapat mengurangkan kos pengeluaran
  • Pengeluar yang ingin menikmati faedah daipada subsidi kerajaan, akan mengeluarkan barang yang digalakkan oleh kerajaan atau menggunakan teknik pengeluaran yang diperkenalkan.
  • Contoh: Kaedah teknologi hijau yang mesra alam
 
Cukai
Satu mekanisme yang mengumpulkan hasil daripada individu atau syarikat dan entiti lain untuk membangunkan negara dengan menyediakan pelbagai
 kemudahan awam demi kesejahteraan rakyat
 

Mengawal eksploitasi pengguna

  • Menambahkan kos pengeluaran pengeluar
  • Jumlah penawaran akan merosot
  • Kerajaan mengenakan cukai terhadap barang yang membahayakan kesihatan pengguna
  • Contoh: Rokok dan minuman keras
 
Gambar menunjukkan MENGAWAL KESAN EKSTERNALİTİ NEGATIF seperti Firma akan lebih prihatin terhadap Terhadap barang dan perkhidmatan yang membawa kepada pencemaran alam sekitarsekitar, cukai dapat meningkatkan kos firma, Contoh: Cukai Karbon telah dilaksanalan di negara-negara barat seperti Australia, England, Amerika Syarikat