Aplikasi Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik dalam Kehidupan Harian

3.3  Aplikasi Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik dalam Kehidupan Harian
 
Pengenalan kepada Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik
  • Penemuan cara membuat api dianggap salah satu peradaban manusia yang penting.
  • Tenaga yang dihasilkan melalui pembakaran membenarkan manusia untuk mengusir binatang liar, memasak makanan dan mengawalsumber cahaya serta kepanasan mereka sendiri.
  • Pengetahuan tentang tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik telah memungkinkan kehidupan manusia lebih selesa.
  • Satu contoh aplikasi yang telah anda pelajari dalam tingkatan tiga ialah penggunaan pek sejuk dan pek panas.
 
Imej menunjukkan diagram 'CONTOH-CONTOH APLIKASI TINDAK BALAS ESKOTERMIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN'  seperti HOT CAN (Makanan atau minuman tersedia panas tanpa pemanasan dari luar), TINDAK BALAS TERMIT (Digunakan untuk kimpalan kereta apai) dan PEMBAKARAN BAHAN API (Digunakan untuk memasak).
 
Imej menunjukkan diagram 'CONTOH-CONTOH APLIKASI TINDAK BALAS ENDOTERMIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN'  seperti PAD GEL (Meredakan demam), TIN MINUMAN SEJUK KENDIRI (Minuman di dalam tin sejuk tanpa disimpan di dalam peti sejuk atau ais), dan SERBAT (Liidah akan bersa sejuk semasa memakan serbat).
 
Bahan Api
  • Bahan api ialah sebatian yang terbakar dalam udara untuk menghasilkan tenaga haba.
  • Setiap bahan api mempunyai haba pembakaran yang berlainan.
  • Unit bagi nilai bahan api ialah \(\text{kJ g}^{−1}\).
  • Nilai bahan api dapat ditentukan dengan haba pembakaran bahan.
 
Definisi Nilai Bahan Api
Kuantiti tenaga yang terbebas apabila satu gram bahan api dibakar dengan lengkap dalam oksigen yang berlebihan.
 
Formula untuk Mengira Nilai Bahan Api
\(\text{Nilai bahan api } =\\ \dfrac{\text{Haba pembakaran bahan}}{\text{Jisim molar bahan}}\)
 
Contoh Pengiraan

Soalan

Haba pembakaran oktana, \(C_8H_{18}\) adalah \(-5\,500 \text{ kJ mol}^{−1}\).

Kira nilai bahan api bagi oktana, \(C_8H_{18}\).

[Jisim atom relatif: H = 1, C = 12]

Penyelesaian

Jisim molar oktana, \(C_8H_{18}\).

\(=(8 \times 12)+(18 \times1)\\ =96+18\\ =114\text{ g mol}^{−1}\)

Pembakaran lengkap 114 g oktana, \(C_8H_{18}\) melepaskan 5 500 kJ haba.

Maka, pembakaran 1 g oktana, \(C_8H_{18}\) adalah seperti berikut;

\(=\dfrac{5\,500 \text{ kJ mol}^{−1}}{114 \text{ g mol}^{−1}}\\ =48.2\text{ kJ g}^{−1}\)

Nilai bahan api oktana, \(C_8H_{18}\) adalah \(48.2\text{ kJ g}^{−1}\).

Nilai Bahan Api
Bahan Api Nilai Bahan Api \(\text{kJ g}^{−1}\)
Kayu 20
Metana 27
Arang 30
Etanol 30
Petrol 34
Kerosin 37
Gas asli 50
Hidrogen 143
 
Imej menunjukkan 'Pemilihan Bahan Api' seperti Nilai bahan api, Mudah didapati dan sumber bahan, Kos bahan api dan Kesan bahan api terhadap alam sekitar.