Perubahan Haba dalam Tindak Balas

3.1 Perubahan Haba dalam Tindak Balas
 
Pengelasan Tindak Balas Kimia
Tindak Balas Eksotermik Tindak Balas Endotermik
Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke persekitaran. Tindak balas kimia yang menyerap haba daripada persekitaran.
 
Tindak Balas Kimia
Tindak Balas Eksotermik
  • Definisi: Tindak balas kimia yang membebaskan haba ke sekitarnya.
  • Haba yang dibebaskan ke persekitaran menyebabkan suhu persekitaran meningkat.
  • Bekas menjadi panas.
  • Contoh:
    • Pernafasan.
    • Pembakaran bahan api.
    • Penguraian sebatian organik.
    • Pengaratan besi.
    • Tindak balas logam reaktif (kalium dan natrium) dengan air.
    • Tindak balas peneutralan.
    • Tindak balas asid dengan logam.
    • Tindak balas asid dengan logam karbonat.
    • Melarutkan natrium hidroksida di dalam air.
    • Penambahan asid pekat ke dalam air.
    • Pengoksidaan logam.
    • Pembentukan ammonia dalam proses Haber.
  • Tenaga bahan tindak balas lebih tinggi daripada tenaga hasil tindak balas.

Tindak Balas Endotermik
  • Definisi: Tindak balas kimia yang menyerap haba dari sekitarnya.
  • Haba yang diserap daripada persekitaran menyebabkan suhu persekitaran menurun.
  • Bekas menjadi sejuk.
  • Contoh tindak balas endotermik adalah seperti di bawah:

Imej ini menunjukkan senarai contoh tindak balas endotermik. Teks dalam kotak biru muda dengan tajuk ‘Contoh Tindak Balas Endotermik’ di bahagian atas. Senarai contoh termasuk: - Fotosintesis. Larutkan garam ammonium di dalam air. – Proses memasak makanan. – Penguraian logam karbonat. – Penguraian logam nitrat. Terdapat juga logo ‘Pandai’ di sudut kanan bawah imej. Latar belakang imej berwarna putih dengan corak segi tiga berwarna merah dan biru di sudut-sudut.

  • Tenaga bahan tindak balas lebih rendah daripada tenaga hasil tindak balas.
 
Gambar Rajah Aras Tenaga
  • Haba yang dibebaskan atau diserap semasa tindak balas kimia dinamakan haba tindak balas dan diberi simbol \(\Delta \text{H}\).
  • Unit bagi haba tindak balas ialah \(\text{kJ mol}^{−1}\).
  • Apabila haba dibebaskan ke persekitaran dalam tindak balas kimia, \(\Delta \text{H}\) bertanda negatif manakala \(\Delta \text{H}\) bertanda positif untuk tindak balas kimia yang menyerap haba daripada persekitaran.
  • Perubahan tenaga dalam tindak balas kimia dapat ditunjukkan dengan gambar rajah aras tenaga.
  • Gambar rajah aras tenaga menunjukkan perbezaan kandungan tenaga haba antara bahan tindak balas dan hasil tindak balas.
  • Definisi haba tindak balas adalah seperti berikut:
Definisi Haba Tindak Balas, \(\Delta H\)

Perubahan haba satu mol bahan tindak balas bertindak balas atau satu mol hasil tindak balas yang terbentuk.

\(\Delta \text{H}= \text{H}_{\text{hasil tindak balas}}-\text{H}_{\text{bahan tindak balas}}\)

  • Contoh Gambar rajah aras tenaga tindak balas eksotermik adalah seperti di bawah:
Gambar Rajah Aras Tenaga Tindak Balas Eksotermik
Imej ini menunjukkan graf tenaga dengan dua paksi, satu menegak dan satu mendatar. Paksi menegak dilabelkan sebagai ‘Tenaga’. Terdapat dua tahap tenaga yang ditunjukkan: ‘Tenaga bahan tindak balas’ di atas dan ‘Tenaga hasil tindak balas’ di bawah. Perbezaan antara kedua tahap tenaga ini dilabelkan sebagai ‘ΔH = Nilai negatif’. Ini menunjukkan bahawa tenaga hasil tindak balas adalah lebih rendah daripada tenaga bahan tindak balas.
 
  • Contoh Gambar rajah aras tenaga tindak balas endotermik seperti di bawah:
Gambar Rajah Aras Tenaga Tindak Balas Endotermik
Imej ini menunjukkan graf tenaga terhadap kemajuan tindak balas kimia. Graf ini mempunyai paksi menegak yang dilabelkan sebagai ‘Tenaga’ dan paksi mendatar yang tidak berlabel. Garis graf menunjukkan peningkatan tenaga dari ‘Tenaga bahan tindak balas’ ke ‘Tenaga hasil tindak balas’. Terdapat juga tanda panah ke atas yang menunjukkan peningkatan tenaga dengan label ‘ΔH = Nilai positif’. Latar belakang graf berwarna biru muda, dan terdapat label
 
Perubahan Tenaga Semasa Pemutusan dan Pembentukan Ikatan
  • Semasa tindak balas kimia, ikatan kimia dalam bahan tindak balas diputuskan dan ikatan baru dalam hasil tindak balas terbentuk.
  • Dalam tindak balas eksotermik, tenaga haba yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan dalam hasil tindak balas lebih besar berbanding tenaga haba yang diserap untuk memutuskan ikatan dalam bahan tindak balas.
  • Dalam tindak balas endotermik, tenaga haba yang diserap untuk memutuskan ikatan dalam bahan tindak balas lebih besar berbanding tenaga haba yang dibebaskan semasa pembentukan ikatan dalam hasil tindak balas.
Perubahan Tenaga Nilai\(\Delta \text{H}\) Jenis Tindak Balas
Tenaga diserap untuk memutuskan ikatan < Tenaga dibebaskan untuk membentuk ikatan Negatif Eksotermik
Tenaga diserap untuk memutuskan ikatan > Tenaga dibebaskan untuk membentuk ikatan Positif Endotermik