Pemeliharaan,Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem

10.2 Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem
 
Pengenalan kepada Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem
  • Kita telah meneliti aktiviti manusia yang dapat memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.
  • Akan tetapi, ini tidak bermaksud bahawa aktiviti manusia sentiasa memberikan kesan negatif kepada alam sekitar.
  • Dalam mengurus pembangunan, langkah-langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem perlu diambil untuk memastikan pembangunan yang mampan.
 
Keperluan Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem
Pemeliharaan Ekosistem
  • Pemeliharaan ekosistem merupakan usaha melindungi komponen-komponen dalam suatu ekosistem supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.
  • Salah satu langkah pemeliharaan adalah dengan mewartakan hutan simpan untuk mengekalkan keindahan semula jadi flora dan faunanya.
  • Hutan simpan dilindungi daripada sebarang aktiviti pembangunan.
  • 90% daripada bahagian atas Hutan Simpan Belum belum diterokai dan menjadi tempat penyelidikan.
Pemuliharaan Ekosistem
  • Pemuliharaan ekosistem bermaksud usaha membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus
  • Strategi pemuliharaan dijalankan bagi memastikan komponen-komponen ekosistem yang terancam dapat diselamatkan.
  • Terdapat dua jenis strategi pemuliharaan, iaitu pemuliharaan in situ dan pemuliharaan ex situ.
    • Pemuliharaan in situ mengekalkan spesies hidupan liar di habitat asalnya seperti taman negara dan taman laut.
    • Pemuliharaan ex situ memelihara spesies hidupan liar di luar habitat asalnya seperti zoo dan taman botani.
Pemulihan Ekosistem

Imej ini menunjukkan sebuah slaid pembentangan dengan tajuk ‘Pemulihan Ekosistem.’ Terdapat ikon tangan memegang berus cat di sudut kanan atas. Teks dalam slaid ini menerangkan dua perkara utama: 1. Pemulihan ekosistem bermaksud usaha-usaha bagi memperbaharu dan memulihkan ekosistem semula jadi yang merosot, rosak atau musnah akibat aktiviti manusia. 2. Penanaman semula hutan dan penanaman tanaman tutup bumi merupakan antara langkah pemulihan yang boleh diambil bagi memastikan kesinambungan sumber alam untuk generasi akan datang. Di bahagian bawah kanan slaid, terdapat logo ‘Pandai.’ Latar belakang slaid