Geografi merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Subjek ini diajar di sekolah-sekolah Malaysia menekankan 5 cabang iaitu, geografi fizikal, geografi manusia, geografi persekitaran manusia, geografi sejarah dan geografi sains maklumat.
KAEDAH MENGAJAR GEOGRAFI
A. Piawaian
Terdapat 4 piawaian yang perlu ada pada seorang guru iaitu:
- Pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
- Perancangan
- Memantau, menilai, merekod, melapor, dan akauntibiliti
- Keperluan professional yang lain
Berikut merupakan keterangan bagi setiap satu piawaian yang dinyatakan.
Pengetahuan dan kefahaman tentang subjek.
- Pengkhususan subjek – pengetahuan yang menyakinkan, selamat dan tepak tentang subjek.
- Pedagogi subjek – pengetahuan tentang kurikulum nasional, pengetahuan tentang aras penjelasan, penilaian dan peperiksaan, pemahaman tentang kemajuan pelajar, keupayaan untuk respon kepada soalan pelajar, memahami konsep, dan kesilapan.
- Pengetahuan yang meluas – pengetahuan tentang ICT dan aplikasi, pengetahuan tentang bagaimana merancang termasuklah dalam kesihatan dan keselamatan.
Perancangan
- Rancangan pelajaran – objektif, strategi, motivasi, cabaran, harapan, liputan sukatan.
- Urutan pelajaran – kemajuan, langkah demi langkah, kerja rumah.
- Bekalan penyediaan untuk pelajar – kegunaan maklumat penilaian, sasaran, perkembangan individu.
- Strategi – beramai, kumpulan, individu, keberkesanan, suasana pelajar, struktur, pengajaran/penjelasan, komunikasi yang jelas tentang idea, matlamat, kandungan, ringkasan pelajaran.
- Organisasi – memantau pembelajaran, displin, langkah, keberkesanan soalan.
- Pembelajaran – harapan yang tinggi, mendengar, menganalisis, memberi peneguhan, memberi minat, rangsangan kepada perasaan ingin tahu, kemahiran asas/ICT,kemahiran belajar, persekitaran yang selamat.
- Sumber – pemilihan dan penggunaa yang betul, pelbagai penggunaan buku teks yang berkesan seperti penggunaan alatan ICT dan sumber lain.
- Penilaian – penilaian pengajaran kendiri secara kritikal, pencapaian objektif, pembelajaran pelajar.
Memantau, menilai, merekod, melapor, dan akauntibiliti.
- Memeriksa dan memantau – kerja kelas, kerja rumah, lisan dan bertulis, menetapkan sasaran, objektif pembelajaran, maklumbalas yang efektif, menyemak kemajuan.
- Penilaian, merekod dan melaporkan – pelbagai kaedah,menggunakan kaedah,menggunakan penilaian dalam perancangan umum dan secara individu, pengetahuan tentang keperluan yangditetapkan, memahami keperluan dan harapan, keperluan silibus, konsisten dan sistematik.
- Akauntibiliti – memahami kurikulum nasional/aras dan jangkaan silibus, pengetahuan tentang data yang tersedia, memahami prinsip kesesuaian untuk tujuan.
Keperluan professional yang lain.
- Tugas – mengikut undang-undang dan tanggungjawab profesional, mengikut kesihatan dan keselamatan, perhatian yang munasabah, perlindungan kanak-kanak, pemahaman fizikal,polisi dan prosedur sekolah, peranan dalam pendidikan individu dan sosial.
- Hubungan profesional – hubungan kerja yang berkesan, penyampaian bimbingan individu dan profesional, mengekalkan harapan yang tinggi.
- Kemajuan professional – melengkapkan diri dengan kemajuan dalam pedagogi dan pembelajaran subjek, kecenderungan positif untuk berubah dan berkembang, keterbukaan kepada agensi luar termasuk ibu bapa dan badan kerajaan.
B. Pembelajaran Masteri
1. Bloom 1968: satu pendekatan pembelajaran yang berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.
2. Bloom 1968: berasaskan kepada falsafah semua atau hampir semua, boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
3. Anderson dan Block, 1975: satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas.
4. Satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar sekiranya:
- Ada masa yang cukup
- Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
Graf pencapaian murid di bawah pengajaran seragam dan pengajaran berbeza.
5. Ciri pembelajaran masteri
- Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
- Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
- Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran.
- Aras masteri bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kecil, berpasangan atau individu.
- Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid.
- Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai murid.
- Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan murid.
6. Pendekatan masteri jika dilaksanakan dengan berkesan didapati boleh mengecilkan jurang perbezaan di kalangan murid dalam 1 kelas.
Bloom 1968 telah mengemukakan beberapa persoalan
- Mengapakah terdapat perbezaan yang beza dalam pencapaian murid.
- Mengapakah perbezaan pencapaian murid masih wujud.
- Bolehkah perbezaan atau jurang pencapaian ini dikurangkan?
7. Model pembelajaran masteri yang dikemukakan oleh Bloom berasaskan 4 prinsip:
- Seseorang murid yang normal boleh mempelajari apa sahaja yang diajar oleh guru mereka.
- Keperluan pembelajaran individu berbeza antara seseorang murid yang lain.
- Dalam keadaan pembelajaran yang menggalakkan dan sesuai, kesan atau jurang perbezaan pencapaian antara individu akan berkurangan, tetapi jika sebaliknya berlaku jurang perbezaan antara individu akan bertambah besar.
- Kelemahan dalam pembelajaran yang tidak diperbetulkan adalah punca kepada kebanyakan masalah pembelajaran.
C. Peranan Dan Tugas Guru
- Sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator
- Tentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai
- Ubahsuai kaedah dan aktiviti PdP
- Latih pelajar kemahiran belajar & kemahiran berfikir
- Kenalpasti pelajar yang belum & sudah kuasai (ujian diagnostik)
- Jalankan aktiviti pemulihan dan pengayaaan.
- Nilai prestasi pelajar (ujian sumatif)
D. Kejayaan Pembelajaran Masteri Kepada Kebolehan Dan Kemahiran Guru
- Tentukan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai.
- Ajar dengan kaedah dan aktiviti PdP yang berkesan.
- Kembangkan kemahiran belajar & kemahiran berfikir.
- Rangsang dan dorong pelajar untuk belajar
- Menilai secara formatif dan sumatif.
- Jalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
E. Peranan Pelajar
- Mendorong diri sendiri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar.
- Tetapkan belajar bukan untuk bertanding.
- Mengetahui hasil pembelajaran untuk dikusai
- Belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi.
- Betul-betul faham dan menguasai apa yang diajar.
- Beritahu guru perkara yang belum difahami atau dikuasai.
- Membuat kerja pemulihan dan pengayaan yang diberi.
Rujukan
Kuliah 1 Ppg 316-Kaedah Mengajar Geografi 2
|