Peribahasa

 
Peribahasa

 

  • Peribahasa ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu
  • Peribahasa dibahagikan kepada 6 kategori: 
    • Simpulan bahasa
    • Perumpamaan
    • KIasan
    • Pepatah
    • Bidalan
    • Kata-kata hikmat

 

16.1  Simpulan Bahasa

 

  • Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
  • Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
  • Contoh simpulan bahasa:
     Contoh  Maksud
     Air Muka  Rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang
     Baik hati  Suka menolong, mudah simpati dan pengasih
     Cari Jalan  Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
     Tangkai jering  Orang yang kedekut 
     Lupa diri  Tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat akan keadaan dirinya yang sebelum itu lebih susah.

     

 

 
16.2  Kiasan

 

  • Kiasan ialah bentuk ungkapan yang mengambarkan perlakuan (sifat seseorang) atau benda secara bandingan.
  • Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas dan nyata.
  • Contoh kiasan:
    • Angkuh seperti merak
    • Bersinar seperti permata
    • Cantik seperti bidadari
    • Garang seperti harimau
    • Kuning seperti kunyit
    • Tajam seperti sembilu

 

16.3  Pepatah

 

  • Pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat kata yang berulang di dalamnya.
  • Pepatah juga digunakan untuk menyatakan sesuatu penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
  • Contoh pepatah:
     Contoh  Maksud
     Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang  Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan).
     Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa  Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
     Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati  Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.

     

 

16.4  Bidalan

 

  • Bidalan ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
  • Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
  • Contoh bidalan:
     Contoh  Maksud
     Indah khabar daripada rupa  Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
     Melentur buluh biarlah ketika rebung  Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
     Nasi sudah menjadi bubur  Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
     Sudah terhantuk baru tengadah  Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
     Ukur baju di badan sendiri  Berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.

     

 

16.5  Kata-Kata Hikmat

 

  • Peribahasa yang terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan oleh seseorang yang dihormati dan terbilang.
  • Kata-kata tersebut mengandungi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.
  • Contoh kata-kata hikmat:
    • Bahasa menunjukkan bangsa.
    • Bersatu teguh, bercerai roboh.
    • Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang.
    • Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman