Kata Kerja

  • Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.
  • Kata kerja terbahagi kepada dua:
    • Kata Kerja Transitif  (Perbuatan Melampau)
    • Kata Kerja Tak Transitif (Perbuatan tidak Melampau)
 
3.1  Kata Kerja Transitif

  • Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.
  • Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek).
  • Ayat ini mesti ada penyambutnya (objek).
  • Kata kerja transitif boleh dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
    • meN-...                      -             (mencangkul, menebang, memukul)
    • meN-...-I                   -              (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
    • meN-...-kan               -             (melarikan, memasukkan, menjalankan)
    • memper-...                 -             (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
    • memper-...-kan          -             (mempertingkatkan, mempertunjukkan)
    • memper-...-i              -              (memperdengari, memperingati)
  • Contoh kata kerja transitif:
Contoh Ayat Subjek (Pembuat) Kata Kerja Transitif Penyambut (Objek)
 Kucing itu menangkap seekor burung.  Kucing  menangkap  seekor burung
 Perempuan itu menjual sayur.  Perempuan itu  menjual  sayur
 Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.  Pekerja-pekerja  memperlebar  jalan raya

  • Kata kerja transitif boleh boleh dipasifkan. Contoh:

Ayat Aktif Ayat Pasif
 Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.  Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air.
 Ibu menidurkan adik di dalam kamar.   Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
 Kami makan kentang goreng itu.  Kentang goreng itu kami makan.
 Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.  Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim.

3.2  Kata Kerja Tak Transitif
 
  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
  • Oleh itu, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya.
  • Kata kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan.
  • Kata kerja tak transitif boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah ini.
    • Tanpa imbuhan          -             (pulang, pergi, duduk, mati, tidur, balik)
    • meN-…                      -             (mengalir, meletup, menangis, membisu)
    • ber-…                        -             (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
    • ter-…                         -             (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
    • ber-…-an                   -             (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
    • ber-…-kan                 -             (berselimutkan, bersuamikan, beristerikan, berbantalkan)

  • Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu:
    • Kata kerja tak transitif berpelengkap 
    • Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap 

  • Kata kerja transitif berpelengkap:
    • Kata kerja ini memerlukan pelengkap. Pelengkap merupakan kata atau frasa yang melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung dan bukannya satu objek
    • Contoh:
      • Pembuat Kata Kerja Tak Transitif Keterangan
         Kami  mandi  di sungai
         Dia  senyum  semasa berjalan
         Air sungai  beransur  surut
  • Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap:
    • Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.
    • Contoh:
      • Pembuat Kata Kerja Tak Transitif
         Rumahnya  roboh
         Radio itu  berbunyi
         Turunnya Union Jack itu, Jalur Gemilang pula  berkibar