Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi
Peribahasa
Peribahasa
Peribahasa
ialah ayat atau kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu
Peribahasa
dibahagikan kepada 6 kategori:
Simpulan bahasa
Perumpamaan
KIasan
Pepatah
Bidalan
Kata-kata hikmat
16.1
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa
adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
Biasanya
simpulan bahasa
terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
Contoh
simpulan bahasa
:
Contoh
Maksud
Air Muka
Rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang
Baik hati
Suka menolong, mudah simpati dan pengasih
Cari Jalan
Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Tangkai jering
Orang yang kedekut
Lupa diri
Tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat akan keadaan dirinya yang sebelum itu lebih susah.
16.2
Kiasan
Kiasan
ialah bentuk ungkapan yang mengambarkan perlakuan (sifat seseorang) atau benda secara bandingan.
Bandingan yang digambarkan itu adalah jelas dan nyata.
Contoh
kiasan
:
Angkuh seperti merak
Bersinar seperti permata
Cantik seperti bidadari
Garang seperti harimau
Kuning seperti kunyit
Tajam seperti sembilu
16.3
Pepatah
Pepatah
ialah peribahasa yang berangkap dan terdapat kata yang berulang di dalamnya.
Pepatah
juga digunakan untuk menyatakan sesuatu penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
Contoh
pepatah
:
Contoh
Maksud
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan).
Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.
16.4
Bidalan
Bidalan
ialah peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
Bidalan
tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
Contoh
bidalan
:
Contoh
Maksud
Indah khabar daripada rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
Melentur buluh biarlah ketika rebung
Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Nasi sudah menjadi bubur
Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
Sudah terhantuk baru tengadah
Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.
Ukur baju di badan sendiri
Berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri.
16.5
Kata-Kata Hikmat
Peribahasa yang terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab-kitab atau daripada percakapan serta penulisan oleh seseorang yang dihormati dan terbilang.
Kata-kata tersebut mengandungi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup.
Contoh
kata-kata hikmat:
Bahasa menunjukkan bangsa.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang.
Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman

Chapter : Aspek Tatabahasa
Topic : Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi
Year 6
Bahasa Melayu
View all notes for Bahasa Melayu Year 6
Related notes
Ayat Sama Maksud
Komponen Penulisan
Kata Kerja
Kata Bilangan
Kata Nama
Kata Ganti Nama
Kata Penegas
Kata Hubung
Kata Adjektif
Kata Tanya
Report this note
Report Card
Evaluate your academic performance through detailed report
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account