Kata Ganda

 
  • Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
  • Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim): Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
  • Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : 
    • Kata ganda seluruh
    • Kata ganda separa
    • Kata ganda berentak/berima
    • Kata ganda berimbuhan
 
11.1  Kata Ganda Seluruh
 
  • Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
  • Contoh kata ganda seluruh iaitu: 
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
 Buku-buku  Pusing-pusing  Cantik-cantik
 Murid-murid  Geleng-geleng  Panjang-panjang
 Meja-meja  Gelak-gelak  Merah-merah

 

  • Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya.
Penggandaan Makna Jamak Makna Tunggal
Api-api Banyaknya api Sejenis serangga
Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga
Anak-anak Banyaknya anak Mainan

 

 
11.2  Kata Ganda Separa
 
  • Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e.
  • Contoh kata ganda separa:
Kata Dasar Kata Ganda Kata Ganda Separa
Layang Layang-layang Lelayang
Kuda Kuda-kuda Kekuda
Tupai Tupai-tupai Tetupai
Siku Siku-siku Sesiku
Bola Bola-bola Bebola
Jari Jari-jari Jejari
Langit Langit-langit Lelangit

 

  • Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair dan sesendi.
 
11.3  Kata Ganda Berirama
 
  • Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.
  • Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
Jenis Kata Ganda Contoh Contoh Ayat
Persamaan bunyi di hujung Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja
Persamaan bunyi di pangkal Batu-batan, bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok
Persesuaian bunyi keseluruhan Kusut-masai, simpang-siur Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin.

 

 
11.4  Kata Ganda Berimbuhan
 
  • Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. 
  • Contoh kata ganda berimbuhan:
Imbuhan Contoh
Awalan  Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat
Apitan  Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya
Sisipan  Tulang-temulang, turun-temurun, gilap-gemilap
Akhiran  Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan