Kata Nama

  • Kata nama ialah perkataan yang menamakan orang, tempat atau benda dan menjadi unsur utama dalam frasa nama.
  • Kata nama terbahagi kepada:
    • Kata Nama Am
    • Kata Nama Khas.
 
1.1  Kata Nama Am

  • Kata nama am ialah kata nama yang amnya digunakan untuk menyebut:
    • nama benda yang bernyawa
    • nama benda yang tidak bernyawa.
  • Semua kata nama am ditulis dengan huruf kecil pada pangkal kata itu.

  • Benda yang bernyawa ialah manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan.
Manusia Binatang Tumbuh-tumbuhan
emak ikan cendawan
bayi  burung lalang
pekedai  kuda orkid
polis lembu rambutan

  • Benda yang tidak bernyawa ialah benda dan tempat.
Benda Tempat
pinggan hospital
tanah kampung
televisyen mahkamah

  • Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
    • konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang, atau dapat dirasakan adanya
    • abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

  • Kata nama am yang konkrit boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan. Contohnya:
Kata Asal Kata Terbitan
anyam anyaman
belia beliawan
kubur perkuburan
menteri kementerian

  • Kata nama am yang abstrak pun boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan. Contohnya:
Kata Asal Kata Terbitan
baik kebaikan
damai perdamaian
tahu pengetahuan

1.2  Kata Nama Khas
 
  • Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
  • Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata itu.

  • Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Manusia Binatang
Anis Jalak (ayam)
Elizabeth Tan Putih (arnab)
Santesh Oyen (kucing)

  • Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Tempat Judul Buku Banggunan Benda
Langkawi Aku Anak Timur (novel) Menara Berkembar KLCC Myvi
London Kamus Peribahasa Melayu (buku) Menara KL Iphone
Thailand Salina (novel) A'Famosa Dell

1.3  Kata Nama Arah
 
  • Kata nama arah digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu.
  • Kata nama arah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi seperti dari, di, ke, dan sebagainya.
  • Contoh kata nama arah seperti dalam jadual yang berikut:
Contoh Contoh Ayat
antara, atas, barat, bawah, belakang, dalam, hadapan, hujung, kanan, kiri, luar, penjuru, samping, selatan, sisi, sudut, tengah, tepi, timur, utara
  1. Buku itu di atas meja.
  2. Di hadapan rumah saya ada sederet rumah kedai.
  3. Dari luar rumah lagi kedengaran suara adik menangis.
  4. Matahari terbit dari timur.
  5. Pondok itu terletak di antara dua petak sawah padi.
  6. Susun kerusi-kerusi itu di penjuru dewan sekolah.
  7. Si Comel tidur di bawah meja.
  8. Meja itu dialihkannya ke tepi dinding.
  9. Setiap kali Pak Tam keluar berburu, senapang patah itu sentiasa di sampingnya.