Seni Khat Warisan Bangsa

7.2  Seni Khat Warisan Bangsa
 
  • Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat paling praktikal berbanding dengan jenis-jenis khat yang lain.
  • Khat nasakh senang dibaca dan ditulis.
  • Khat nasakh cantik dan sesuai untuk menulis al-Quran, majalah, buku, akhbar dan lain-lain.
 

Alatan tradisi menulis khat:

  • Batang ijuk
  • Buluh
  • Batang resam
 

Alatan moden menulis khat:

  • Pen
  • Pen kaligrafi
  • Pensel khat
 

Teknik asas penulisan khat nasakh:

  • Cara duduk dan kedudukan kertas (dada menghadap ke meja) \(180^{\circ}\)
  • Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas \(90^{\circ}\)
  • Keseluruhan mata pen menyentuh kertas
  • Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen