Alam Ceria Hidup Sejahtera

6.4 Alam Ceria Hidup Sejahtera
 
Definisi Memelihara Alam Sekitar
Menjaga dan melindungi alam sekitar daripada kerosakan.
 
Definisi Meulihara Alam Sekitar
Merawat dan memulihkan alam sekitar agar sentiasa baik.
 
Dalil Naqli

وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ..

(Surah Al-Qasas 77: 28)

Maksudnya:"..Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." 

Hukum Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
  • Wajib
 
Adab Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
  • Sentiasa menjaga kebersihan.
  • Membuang sampah di tempat yang betul.
  • Mempunyai kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
  • Bergotong-royong membersihkan kawasan.
  • Mengitar semula bahan terpakai untuk mengurangkan penggunaan sumber alam.
  • Memelihara udara
    • Memperbanyakkan aktiviti penanaman semula.
    • Tidak melakukan pembakaran terbuka.
  • Memelihara air
    • Menggunakan air dengan berjimat cermat untuk mengurangkan kuantiti air yang perlu dirawat.
    • Tidak membuang sampah dan sisa buangan di saliran air, longkang, sungai atau pun laut.
 
Kepentingan Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar yang Menepati Syarak
Individu
  • Mendapat keberkatan hidup.
  • Menikmati suasana kehidupan yang sihat.
  • Menyemai rasa syukur dengan nikmat alam sekitar.
  • Memupuk perasaan tanggungjawab terhadap kurniaan alam sekitar.
Masyarakat
  • Dapat terus menikmati sumber alam.
  • Menerangkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama.
  • Hidup selesa dalam persekitaran yang bersih.
  • Terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada kekotoran dan pencemaran.
Negara
  • Menjaga imej Islam dan negara yang mementingkan kebersihan.
  • Menjaga keindahan alam semula jadi negara.
 
Imej ini menunjukkan infografik dengan tajuk ‘Mencontohi Rasulullah SAW memelihara alam sekitar.’ Di tengah terdapat teks utama yang dikelilingi oleh empat bulatan yang mengandungi teks berikut: ‘Sentiasa bersyukur,’ ‘Tidak merosakkan alam tanpa tujuan,’ ‘Memelihara dan memulihara sumber alam,’ dan ‘Menjaga kebersihan.’ Di bahagian atas terdapat simbol Islam dengan kaligrafi Arab. Di bahagian bawah terdapat logo ‘Pandai.’
 
Mencontohi Rasulullah SAW Memelihara Alam Sekitar
Sentiasa Bersyukur
  • Rasulullah SAW meminta para sahabat untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat alam yang dianugerahkan Allah SWT.
Menjaga Kebersihan.
  • Dalam hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Tidak Merosakkan Alam tanpa Tujuan
  • Ketika mengutuskan tentera, Rasulullah SAW melarang mereka daripada merosakkan pokok buah-buahan dan haiwan ternakan pihak musuh.
Memelihara dan Memulihara Sumber Alam
  • Rasulullah SAW memberitahu bahawa antara perkara yang dilaknat Allah SWT termasuklah membuang air besar di tempat sumber air, di tempat laluan awam dan di tempat berteduh.