- Kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan.
- Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
- kata bilangan tentu
- kata bilangan tak tentu
- kata bilangan pecahan
- kata bilangan pisahan
- kata bilangan himpunan
- kata bilangan tingkat
- kata bilangan tanya
- .Yang berikut ialah jenis kata bilangan, contoh kata bilangan, dan ayat contohnya:
Jenis Kata Bilangan |
Contoh |
Ayat Contoh |
kata bilangan tentu |
satu, dua, tiga, sepuluh, dua ratus, tiga ratus lima puluh, lima ribu, tiga puluh juta, dan seterusnya |
- Dua ekor kambing Pak Mat telah dibaham harimau semalam.
- Dua ratus orang peserta mengikuti Program Latihan Khidmat Negara itu.
|
kata bilangan tak tentu |
beberapa, beberapa banyak, para, segala, sekalian, seluruh, semua, sesuatu, setengah-setengah, dan sebagainya |
- Intan berpuas hati dengan segala persiapan untuk perkahwinannya.
- Setengah-setengah ibu bapa tidak mengambil berat akan pelajaran anak-anak mereka.
|
kata bilangan pecahan |
setengah, suku, dua pertiga, tiga perempat, separuh, dan seterusnya |
- Adik makan suku daripada kek itu.
- Dua pertiga daripada wang simpanan ayah digunakan untuk memperbesar perniagaannya.
|
kata bilangan pisahan |
masing-masing, setiap, dan tiap-tiap |
- Masing-masing pekerja sedang sibuk membuat kerja sendiri.
- Tiap-tiap hari saya membawa bekal dari rumah.
|
kata bilangan himpunan |
berabad-abad, berbagaibagai, berbulan-bulan, berjenis-jenis, berpuluh-puluh, kedua-dua, ketiga-tiga, pelbagai, puluhan, ribuan, dan sebagainya |
- Kedua-dua orang pelajar nakal itu didenda oleh guru disiplin.
- Pelbagai jenis binatang terdapat di Zoo Negara.
|
kata bilangan tingkat |
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya |
- Kes rompakan itu adalah yang pertama berlaku di kawasan ini.
- Aina hanya berjaya menduduki tempat kedua dalam acara larian itu.
|
kata bilangan tanya |
berapa |
- Adik-beradik awak ada berapa orang?
- Sesikat pisang ini harganya berapa?
|
|