Kata Seru

  • Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti geram, hairan, marah,sakit, sedih, takut, terperanjat, dan sebagainya.
 
8.1  Kata Seru

  • Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan, iaitu dengan nada meninggi atau nada menurun.
  • Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
  • Tanda '!" harus digunakan pada setiap akhir ayat yang mengandungi kata seru.
  • Yang berikut ialah contoh-contoh kata seru berserta penggunaannya dan ayat contoh.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh  untuk menyatakan perasaan hairan atau sakit  Aduh, sakitnya perutku ini!
aduhai untuk menyatakan perasaan sedih  Aduhai, malangnya nasibku hari ini!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu  Ah, kata-katamu itu dusta belaka!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum

Wah, tingginya pokok itu!

Amboi, comelnya anak babi itu!

cis/cih untuk menyatakan perasaan marah atau benci

 Cis, berani engkau mencabar aku!

Cih, kurang ajar betul budak itu!

eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut  Eh, cepatnya kamu sampai ke sini!
hai untuk menyapa seseorang atau menarik perhatian  Hai, lama kita tidak bertemu!
nah untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu  Nah, ambillah buku kamu ini semula!
oh untuk menyatakan perasaan kecewa, hairan dan terkejut  Oh, saya tidak tahu akan hal itu!
wahai untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian  Wahai anakku, usahlah bersedih!