Unit 2: Rukhsah Solat Ketika Sakit

4.2 Rukhsah Solat Ketika Sakit
 
Maksud Rukhsah Solat Ketika Sakit
Rukhsah bermaksud kelonggaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang sakit, supaya mereka tetap dapat menunaikan solat mengikut kemampuan masing-masing.
 
Tatacara Solat Ketika Sakit (Mengikut Keupayaan Pesakit)
Berdiri tanpa Rukuk dan Sujud
  • Jika tidak mampu rukuk dan sujud, pesakit boleh berdiri seperti biasa.
  • Lakukan rukuk dan sujud dengan isyarat kepala sahaja.
  • Tundukkan kepala sedikit untuk rukuk, dan lebih rendah untuk sujud.
Duduk
  • Jika tidak mampu berdiri, pesakit boleh duduk atas lantai atau kerusi.
  • Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
  • Pastikan sujud lebih rendah daripada rukuk.
Berbaring Secara Mengiring
  • Jika tidak mampu duduk, pesakit boleh berbaring mengiring ke kanan.
  • Wajah dan dada dihalakan ke arah kiblat.
  • Lakukan rukuk dan sujud dengan isyarat kepala jika mampu.
Berbaring Secara Terlentang
  • Jika tidak mampu mengiring, pesakit boleh berbaring terlentang.
  • Wajah dihalakan ke arah kiblat (jika boleh).
  • Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala, atau mata.
Isyarat Mata
  • Jika tidak mampu menggerakkan anggota badan, gunakan mata sebagai isyarat.
  • Tundukkan mata sedikit untuk rukuk, dan lebih rendah untuk sujud.
  • Niat dan baca semua bacaan dalam hati.
Ingatan Hati
  • Jika tidak mampu menggunakan mata, lakukan solat dengan niat dan ingatan dalam hati.
  • Bayangkan semua rukun solat satu persatu dalam hati.
  • Kekalkan rasa khusyuk dan keikhlasan.
 
Kepentingan Menunaikan Solat Ketika Sakit
Aspek Individu
  • Tanda taat kepada Allah.
  • Mendapat ketenangan dan pahala walau sakit.
Aspek Masyarakat
  • Menjadi contoh kepada orang lain.
  • Menunjukkan nilai disiplin dan iman.
Aspek Agama
  • Memelihara syiar Islam.
  • Menunjukkan Islam agama yang mudah dan belas kasihan.