Unit 3: Solat Jenazah Penghormatan Terakhir

4.3 Solat Jenazah Penghormatan Terakhir
 
Pengertian 
Solat yang dilakukan oleh orang Islam yang hidup atas orang Islam yang telah meninggal dunia.
 
Dalil Hadis 

“Pada suatu ketika kami sedang duduk di sisi Nabi SAW, lalu ketika itu dibawa jenazah. Baginda berkata: Solatlah sahabat kamu itu”

- Hadis Riwayat Bukhari

Hukum 
Fardu Kifayah. Dituntut sebahagian masyarakat untuk mengerjakannya. Jika tiada yang melaksanakannya, semua anggota masyarakat akan berdosa.
 
Tatacara Solat Jenazah
  1. Berdiri bagi yang mampu.
  2. Mengangkat takbir pertama. Berniat dalam hati.
  3. Membaca Al-Fatihah.
  4. Mengangkat takbir kedua.
  5. Membaca selawat atas nabi Muhammad SAW.
  6. Mengangkat takbir ketiga.
  7. Berdoa untuk jenazah.
  8. Mengangkat takbir keempat.
  9. Berdoa untuk jenazah.
  10. Memberi salam.
 
Lafaz Dan Niat Solat Jenazah
Lelaki

أُصَلِّي عَلَىٰ هٰذَا الْمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُومًا لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Perempuan

أُصَلِّي عَلَىٰ هٰذِهِ الْمَيِّتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُومًا لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat ke atas jenazah perempuan ini empat kali takbir fardu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala.

Kanak-kanak Lelaki

أُصَلِّي عَلَى هَذَا الْمَيِّتِ الطِّفْلِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala.

Kanak-kanak Perempuan

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ الْمَيِّتَةِ الطِّفْلَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ فَرْضَ الْكِفَايَةِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud: Sahaja aku solat jenazah di atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat takbir fardu kifayah, sebagai makmum kerana Allah Taala.

Doa untuk Jenazah Selepas Takbir Ketiga

Lelaki:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Perempuan:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا، وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Maksud:
Ya Allah ampunilah dia dan rahmatilah dia, afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya.

Doa untuk Jenazah Selepas Takbir Keempat

Lelaki:
اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Perempuan:
اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهَا، وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهَا، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهَا

Maksud:
Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami daripada pahalanya, jangan Engkau timpakan fitnah selepas pemergiannya, dan ampunilah kami serta dirinya.

Kedudukan Jenazah di Hadapan Imam
Lelaki
  • Kepala di sebelah kiri imam, badan di sebelah kanan imam.
  • Imam berdiri di bahagian kepala.
Perempuan
  • Kepala di sebelah kanan imam.
  • Imam berdiri di bahagian pinggang.
Kepentingan Solat Jenazah
Aspek Individu
  • Menunjukkan keimanan dan ketaatan kepada Allah.
  • Memberi peluang meraih pahala dan keampunan.
  • Menjadi peringatan tentang kematian dan akhirat.
Aspek Masyarakat
  • Menggalakkan sikap prihatin dan tolong-menolong.
  • Mengeratkan hubungan sesama umat Islam.
  • Tanda penghormatan terakhir kepada si mati.
Aspek Agama
  • Menjaga syiar dan tuntutan Islam terhadap fardu kifayah.
  • Membuktikan keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam.
  • Memelihara adab dan tatacara pengurusan jenazah secara Islam.