Unit 2: Al-'Adl

3.2 Al-'Adl
 
Maksud Al-'Adl

Al-‘Adl (ٱلْعَدْلُ) bermaksud: Allah Maha Adil.

Allah bersifat adil dalam semua hukuman dan ketetapan-Nya.

Allah tidak pernah berlaku zalim kepada makhluk-Nya.

Dalil

Surah Ali-‘Imran ayat 18 (3:18)

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْعِلْمِ قَآئِمًۭا بِٱلْقِسْطِ ۚ

Maksudnya:
"Allah menyatakan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Demikian juga para malaikat dan orang-orang yang berilmu."

Contoh Keadilan Allah dalam Kehidupan
  • Semua manusia diberi peluang untuk beriman.
  • Allah menghantar Rasul sebagai pembimbing.
  • Setiap amalan diberi balasan setimpal.
  • Hukum-hukum Islam menjaga keadilan semua pihak.
 
Cara Meneladani Sifat Al-'Adl
  • Berlaku adil dalam semua tindakan dan keputusan.
  • Tidak memihak dalam membuat penilaian.
  • Bersikap jujur dan amanah.
  • Menghormati hak orang lain.
 
Pengajaran
  • Kita hendaklah yakin bahawa Allah Maha Adil.
  • Kita perlu berlaku adil dalam kehidupan seharian.
  • Elakkan daripada berbuat zalim atau pilih kasih.
 
Hukum
Wajib bagi setiap muslim beriman dengan nama Allah SWT Al-'Adl.