Unit 4: Hindari Khurafat

3.4 Hindari Khurafat
 
Maksud Khurafat
Khurafat bermaksud cerita rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan, atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran islam.
 
Dalil

وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكَ وَلَا يَضُرُّكَ ۖ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذًۭا مِّنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Maksudnya:
"Dan janganlah kamu menyembah atau memohon kepada selain Allah, yang tidak dapat memberi manfaat atau mudarat kepadamu. Jika kamu berbuat demikian, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim."
- Surah Yunus 10:106

Hukum
Haram dan boleh membawa kepada syirik, iaitu menyekutukan Allah.
 
Ciri-ciri perbuatan khurafat
  • Tidak berdasarkan Al-Quran dan hadis.
  • Ada unsur tahyul dan kepercayaan karut.
  • Percaya benda lain boleh beri kuasa selain Allah.
  • Melibatkan jin, roh, semangat, tangkal, azimat.
  • Boleh membawa kepada syirik atau bidaah.
 
Contoh-contoh Khurafat
  • Gantung kain kuning di pokok untuk halau hantu.
  • Pakai azimat atau tangkal untuk pelindung diri.
  • Jumpa bomoh atau dukun untuk berubat atau ramalan.
  • Percaya mimpi buruk petanda malang akan berlaku.
  • Pantang larang tanpa dalil seperti "jangan sapu rumah waktu malam nanti hilang rezeki".