Bulan Penyucian Jiwa

16 Bulan Penyucian Jiwa
 
Definisi Puasa

Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Hukum Berpuasa

Hukum berpuasa untuk semua umat Islam yang mampu menunaikan puasa pada bulan Ramadan adalah wajib.

Dalil

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

(Surah Al-Baqarah 2:183)

Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa."

Rukun Puasa
  • Niat: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَا لَى (Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala)
  • Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.
 
Syarat Wajib Puasa
Islam
  • Tidak wajib bagi orang kafir.
Baligh
  • Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa.
Berakal
  • Orang gila tidak diwajibkan berpuasa.
Mampu
  • Tidak uzur dan tidak sakit.
 
Imej ini menunjukkan syarat-syarat sah puasa dalam bentuk infografik. Di bahagian atas kiri, terdapat ilustrasi masjid dengan bulan sabit dan bintang. Teks utama di tengah atas berbunyi ‘SYARAT SAH PUASA’. Di bawah teks utama, terdapat empat kotak berlabel nombor 1 hingga 4, setiap satu dengan syarat yang berbeza. Kotak pertama bertulis ‘Islam’, kotak kedua bertulis ‘Bersuci daripada haid, nifas dan wiladah’, kotak ketiga bertulis ‘Berakal (mumaiyiz)’, dan kotak keempat bertulis ‘Bertetapan dengan waktunya’. Di sebelah kanan atas, terdapat logo ‘Pandai’
 
Syarat Sah Puasa
Islam
  • Orang yang bukan Islam tidak sah puasa.
Suci daripada Haid, Nifas dan Wiladah
  • Khusus bagi wanita.
Berakal (Mumayyiz)
  • Tidak sah puasa orang gila, pengsan dan belum mumayyiz.
Bertepatan dengan Waktunya
  • Tidak berpuasa pada hari-hari yang diharamkan berpuasa contohnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
 
Sunat-Sunat Puasa
  • Bersahur
  • Melewatkan sahur
  • Memperbanyakkan amalan sunat seperti bertadarus, bersedekah dan beriktikaf
  • Menyegerakan berbuka
  • Berdoa sebelum berbuka
  • Berbuka dengan tamar
  • Memberikan makanan kepada orang lain untuk berbuka puasa
 
Perkara yang Membatalkan Puasa
  • Haid, nifas dan wiladah.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Pengsan dan mabuk sepanjang hari, gila walau sekejap.
  • Murtad.
  • Berjimak pada siang hari.
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
  • Memasukkan sesuatu melalui rongga terbuka sama ada makan, minum dan sebagainya.
 
Kepentingan Berpuasa
Rohani
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT.
  • Melatih diri agar bersifat amanah, ikhlas dan sabar.
Jasmani
  • Menghindarkan penyakit yang berpunca dari perut.
  • Merehatkan organ dalaman badan.
Masyarakat
  • Mengikis sifat kedekut dan sombong.
  • Mendidik masyarakat agar tidak boros dan membazir.
  • Menyemai perasaan kasih sayang sesama manusia.