Kadaran

7.3  Kadaran
 
Kita akan belajar menentukan suatu nilai yang tidak diketahui menggunakan kaedah unitari.
 
  • Kadar ialah perbandingan antara dua kuantiti yang berlainan unit dan biasanya diungkapkan sebagai satu kuantiti per unit kuantiti yang lain.
  • Kadar boleh dicari dengan pembahagian dua kuantiti yang terlibat.
  • Unit ukuran kadar ialah unit pengangka per unit penyebut.
 

CONTOH:

Sebuah kereta boleh bergerak sejauh 350 km dengan 50 liter minyak petrol. Berapa jauhkah jika kereta itu hanya di isi petrol sebanyak 20 liter sahaja ?

PENYELESAIAN:

50 liter = 350 km
20 liter = ___ km

\(\frac{350 \text{ km}}{50\text{ liter}}=\frac{?}{20\text{ liter}}\)

\(\frac{350}{50}\times{20}=140\)

20 liter = 140 km