Perpuluhan

2.2 Perpuluhan
 
Kita akan belajar membuat operasi asas bagi nombor perpuluhan.
 
Nombor perpuluhan mewakili pecahan dengan penyebutnya \(10, 100, 1\,000\) dan seterusnya.

  • Apabila menambah nombor-nombor perpuluhan dalam bentuk lazim, pastikan titik perpuluhan adalah disusun dalam satu garis tegak.
 
Kemudian, tambah dari kanan ke kiri seperti menambah nombor-nombor bulat.
 
Contohnya,

\(0.18+4.59=\underline{\hspace{2cm}}\)

\(\begin{array}{rr} \small{\color{green}{1}}\space\space\space\space \\0\space.\space1\space8 \\+\quad4\space.\space5\space9 \\\hline4\space.\space7\space7 \\\hline \end{array}\)

  • Apabila menolak nombor-nombor perpuluhan dalam bentuk lazim, pastikan titik perpuluhan disusun dalam satu garis tegak.
 
Nombor-nombor ditolak dari kanan ke kiri.
 
Contohnya,

\(8.322-2.7=\underline{\hspace{2cm}}\)

\(\begin{array}{rr} \small{\color{red}{7}}\space\space\small{\color{green}{13}\space\space\space\space\space\space\space} \\\cancel{8}\space.\space\cancel{3}\space2\space2 \\-\quad\quad2\space.\space7\space0\space0 \\\hline5\space.\space6\space2\space2 \\\hline \end{array}\)

  • Pendaraban suatu nombor perpuluhan dengan suatu nombor bulat ialah mengulang nombor perpuluhan itu dengan menambahkannya.
 
Bagi mencari hasil darab suatu nombor perpuluhan dengan suatu nombor bulat, darabkan digit-digit dengan cara yang sama seperti bagi nombor-nombor bulat.
 
Titik perpuluhan diletak seperti pada nombor yang didarab.
 
Contohnya,

\(6.4\times6=\underline{\hspace{2cm}}\)

\(\begin{array}{rr} \small{\color{red}{2}}\quad\space\space\space \\6\space.\space4 \\\times\quad\quad\quad6 \\\hline3\space8\space.\space4 \\\hline \end{array}\)

  • Bahagikan nombor perpuluhan seperti yang dilakukan untuk nombor bulat.
 
Titik perpuluhan diletakkan seperti pada nombor yang dibahagi.
 
Perlu difahami bahawa titik perpuluhan diletak dalam satu garis tegak dengan titik perpuluhan pada nombor yang dibahagi.
 
Contohnya,

\(18.768\div6=\underline{\hspace{2cm}}\)

\(\begin{aligned}\color{red}{3\space.\space1\space2\space8} \\6\space\overline{)1\space8\space.\space7\space6\space8} \\\underline{-\space1\space8}\space\space\space\space\space\quad\space\space \\7\quad\space\space \\\underline{-\space6}\space\space\quad \\1\space6\space\space\space \\\underline{-\space1\space2}\space\space\space\\4\space8 \\\underline{-\space4\space8} \\0 \end{aligned}\)