|
- Kata Ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
- Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
|
|
14.1 |
Kata Ganda Seluruh/Penuh |
- Kata Ganda Penuh/Seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
- Contoh Kata Ganda Seluruh/Penuh:
Kata Nama |
Kata Kerja |
Kata Adjektif |
Buku-buku |
Pusing-pusing |
Cantik-cantik |
Murid-murid |
Geleng-geleng |
Panjang-panjang |
Meja-meja |
Gelak-gelak |
Merah-merah |
|
|
|
|
- Kata Ganda Separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e.
- Contoh Kata Ganda Separa:
Kata Dasar |
Kata Ganda |
Kata Ganda Separa |
Layang |
Layang-layang |
Lelayang |
Kuda |
Kuda-kuda |
Kekuda |
Tupai |
Tupai-tupai |
Tetupai |
Siku |
Siku-siku |
Sesiku |
Bola |
Bola-bola |
Bebola |
|
|
14.3 |
Kata Ganda Berirama/Berentak |
|
|
|
|
Persamaan bunyi di hujung
Contoh |
Contoh Ayat |
Kuih-muih, lauk-pauk |
Kuih-muih itu terhidang di atas meja |
Persamaan bunyi di pangkal
Contoh |
Contoh Ayat |
Batu-batan, bukit-bukau |
Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok |
Persesuaian bunyi keseluruhan
Contoh |
Contoh Ayat |
Kusut-masai, simpang-siur |
Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin |