Penggunaan |
Contoh Ayat |
Kepada / Akan / Terhadap |
Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap.
|
Devi suka akan rambutan. |
Di |
Digunakan untuk tempat. |
Pertandingan itu diadakan di Taiping. |
Daripada |
Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
|
Surat itu saya terima daripada Yatie. |
Dari |
Digunakan untuk tempat, arah atau masa. |
Bola itu ditendang dari penjuru padang. |
Bagi / Untuk |
Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. |
Hadiah ini adalah untukmu. |
Dengan |
Digunakan untuk menyatakan maksud bersama-sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. |
Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. |
Seperti / Seumpama / Laksanabagai |
Digunakan untuk membawa maksud perbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. |
Suaranya merdu seperti/ umpama/ laksana/ bagai buluh perindu. |
Dalam / Antara |
Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. |
Dalam hal ini, kita semua setuju. |
Ke |
Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. |
Mereka akan ke Ipoh esok.
|
Pada |
Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
|
Tiket bas itu ada pada Hanim. |
Demi |
Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan. |
Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai.
|
Tentang |
Digunakan untuk menyatakan makna berkenaan dengan.
|
Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. |
Sejak / Semenjak |
Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa.
|
Riesa sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. |
Oleh |
Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
|
Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka. |
Hingga / Sampai |
Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu.
|
Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. |