|
2.1 |
Bahasa Pertanyaan Berstruktur: SQL (Structured Query Language) |
|
|
2.1.1 Rajah Hubungan Entiti (Entity Relationship Diagram – ERD) |
- Pengkalan data ialah himpunan data berkaitan yang boleh dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna.
- Contoh aplikasi pangkalan data ialah:
- Sistem Pinjaman Buku, Sistem Maklumat Pelajar, Sistem Tempahan Tiket dan sebagainya.
- Perlu mengenal pasti masalah sistem sedia ada sebelum membangunkan sistem pangkalan data.
- Anda perlu mengetahui dan memahami proses dan aliran data dalam sistem sedia ada.
- Penyelesaian kepada masalah tersebut dapat digambarkan dengan menggunakan Rajah Hubungan Entiti (ERD).
|
Rajah Hubungan Entiti (ERD) |
- Rajah Hubungan Entiti (ERD) ialah model asas dalam membina pangkalan data.
- ERD merupakan teknik yang digunakan untuk memodelkan data yang diperlukan dalam suatu organisasi.
- ERD juga menerangkan konsep tentang struktur pangkalan data.
|
3 Komponen Asas dalam ERD |
- Entiti
- Objek atau konsep yang unik dan dapat dikenal pasti dalam persekitaran tertentu.
- Contoh data: Orang, tempat, benda atau peristiwa yang dikutip dan disimpan.
- Diwakilkan dalam bentuk segi empat.
- Terdapat 2 jenis:
- Entiti kuat – Boleh wujud tanpa bersandar pada entiti lain.
- Entiti lemah – Kewujudan entiti lemah bersandar pada entiti kuat.
- Hubungan yang lemah digunakan untuk menyatukan entiti kuat dan entiti lemah.
- Diwakilkan dalam bentuk permata yang bergaris dua.
- Atribut
- Dikenali juga sebagai medan.
- Merupakan ciri-ciri yang menghuraikan sesuatu entiti dan bersifat yang memerihalkan sesuatu set entiti.
- Diwakilkan dalam bentuk bujur.
- Jenis-jenis atribut:
- Atribut terbitan – Terhasil berasaskan atribut lain.
- Atribut bernilai tunggal – Mempunyai 1 nilai sahaja.
- Atribut kunci – Adalah unik. Ia membezakan setiap rekod dalam pangkalan data.
- Atribut nilai gandaan – Mempunyai lebih dari 1 nilai.
- Atribut komposit – Atribut yang boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian.
- Atribut murah – Tidak boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.
- Perhubungan
- Hubungan ialah penyatuan antara entiti.
- Digunakan untuk menyatukan 1 atau lebih entiti yang terdapat dalam entiti.
- Menunjukkan bagaimana 2 entiti berkongsi maklumat dalam pangkalan data.
- Diwakilkan dalam bentuk permata.
- Kunci primer ialah atribut unik yang membezakan rekod dalam sesebuah pangkalan data.
- Setiap entiti hanya mempunyai 1 kunci primer sahaja.
- Dalam ERD, kunci primer hendaklah digariskan.
- Kekardinalan menunjukkan hubungan dari segi kuantiti data antara sesuatu entiti dengan entiti yang lain.
- 2 jenis kekardinalan:
- Kekardinalam minimum – Minimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain.
- Kekardinalan maksimum – Maksimum data sesuatu entiti berkait dengan entiti lain.
|
Melakar ERD (Entity Relationship Diagram) |
- Langkah-langkah untuk melakar ERD:
- Senaraikan entiti dan atribut.
- Kenal pasti kunci primer.
- Kenal pasti hubungan antara entiti:
- Meminjam.
- Merekod.
- Membekal.
- Lakarkan ERD dan kenal pasti kekardinalan.
|
|
|
2.1.2 Model Hubungan Data |
- Pada tahun 1970: Model hubungan data diperkenalkan oleh E. F. Codd.
- Digunakan oleh Ms Access, Oracle dan MySQL.
- Menyimpan data dalam bentuk jadual hubungan iaitu data dan hubungan dipersembahkan dalam bentuk jadual.
- Dapat memberikan gambaran tentang struktur jadual untuk sistem pangkalan data yang ingin dibangunkan.
|
- Kunci primer: Atribut unik yang dipilih untuk mengenal pasti rekod dalam hubungan.
- Kunci asing: Kunci primer sesuatu hubungan yang muncul dalam hubungan lain dalam pangkalan data yang sama.
- Ditandakan dengan garis putus-putus.
- Digunakan untuk menghubungkan antara 2 jadual.
- Salah 1 perbezaan kunci primer dan kunci asing ialah kunci primer tidak boleh menerima nilai null, sebaliknya bagi kunci asing.
|
Ciri-Ciri Model Hubungan Data |
- Hubungan ialah jadual yang terdiri daripada rekod dan medan.
- Ciri-ciri hubungan:
- Setiap hubungan (jadual) mempunyai nama yang berbeza daripada nama-nama hubungan yang lain.
- Setiap data dalam hubungan mempunyai 1 nilai sahaja berbeza.
- Setiap atribut (medan) mempunyai nama yang berbeza.
- Setiap rekod adalah berbeza.
- Susunan atribut (medan) tidak mempunyai kepentingan.
- Susunan rekod tidak mempunyai kepentingan.
- Hubungan yang mempunyai ciri-ciri di atas dipanggil penormalan atau Bentuk Penormalan Pertama (1NF).
- Syarat-syarat yang menepati Bentuk Penormalan Pertama (1NF):
- Mempunyai nilai yang tidak boleh dibahagikan lagi.
- Tidak mempunyai kumpulan yang berulang.
|
- Menghuraikan struktur logik secara keseluruhan sesuatu pangkalan data.
|
Pemetaan ERD kepada Skema Hubungan |
- Langkah-langkah untuk memetakan ERD kepada skema hubungan:
- Entiti ditukarkan menjadi nama hubungan.
- Atribut akan menjadi nama medan.
- Jenis hubungan dalam ERD akan menentukan pemilihan kunci asing.
- Antara jenis hubungan dalam ERD:
- Hubungan satu-ke-satu.
- Hubungan satu-ke-banyak.
- Hubungan banyak-ke-banyak.
|
- Boleh dihasilkan berdasarkan ERD.
- Langkah-langkah pemetaan skema hubungan ternormal:
- Entiti akan menjadi nama jadual.
- Atribut akan menjadi nama medan.
- Pemilihan kunci asing berdasarkan jenis hubungan antara entiti.
|
- Penormalan ialah proses untuk memastikan bahawa model data logikal yang terhasil mempunyai anomali yang paling minimum.
- Tujuan untuk menghasilkan skema hubungan dengan menempatkan atribut ke dalam jadual dengan betul bagi mengelakkan masalah anomali.
- Anomali ialah ralat yang mungkin berlaku apabila pengguna ingin mengemas kini jadual yang mengandungi data berulang.
|
Bentuk Penormalan Pertama (1NF) |
- Sesuatu hubungan data adalah dalam bentuk normal pertama (1NF) jika atribut yang mempunyai kumpulan data yang berulang.
- Setiap atribut mempunyai 1 nilai sahaja.
|
Bentuk Penormalan Kedua (2NF) |
- Hubungan data adalah dalam bentuk normal kedua jika kriteria yang berikut:
- Jadual adalah dalam bentuk normal pertama.
- Semua atribut bukan kunci bergantung sepenuhnya dengan atribut kunci.
- Jika ada atribut bukan kunci yang hanya bergantung pada salah 1 daripada atribut kunci, maka hubungan tersebut dikatakan kebergantungan separa.
|
Bentuk Penormalan Ketiga (3NF) |
- Kriteria bentuk penormalan ketiga.
- Kebergantungan transitif bermaksud wujudnya kebergantungan antara atribut bukan kunci.
|
|
|
2.1.3 SQL: Membina Pangkalan Data |
- Bahasa Pertanyaan Berstruktur (Structured Query Language – SQL) digunakan untuk mencapai dan mengemaskini data dari pangkalan data.
- Berdasarkan ANSI (American National Standard Institute), SQL ialah bahasa pengaturcaraan piawai yang digunakan untuk berhubung dengan pangkalan data.
- Hampir semua sistem pengurusan pangkalan data mengenali penyataan SQL.
|
- Arahan SQL dibahagikan kepada 3 bahasa:
- Data Definition Language atau Bahasa Takrifan Data (DDL)
- Penyataan SQL yang digunakan untuk mencipta dan mengubah struktur pangkalan data.
- Contoh: CREATE, ALTER, DROP.
- Data Manipulation Language atau Bahasa Pengolahan Data (DML)
- Penyataan SQL yang digunakan untuk memanipulasi data dalam jadual.
- Contoh: SELECT, INSERT, UPDATE, DELETE.
- Data Control Language atau Bahasa Kawalan Data (DCL)
- Penyataan SQL yang mengawal capaian data dalam pangkalan data.
- Contoh: GRANT, REVOKE.
|
Pengenalan kepada Jenis-jenis Data |
- Pemilihan data yang betul adalah penting kerana pemilihannya memberi kesan kepada prestasi keseluruhan pangkalan data.
- Terdapat beberapa jenis data seperti di bawah:
Jenis Data |
Keterangan |
CHAR |
- String yang tetap antara 0 hingga 255 patah perkataan.
- CHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tetap dan seragam.
|
VARCHAR |
- String yang boleh diubah antara 0 hingga 255 patah perkataan.
- VARCHAR digunakan untuk lajur yang mengandungi data yang tidak seragam.
|
TINYTEXT
|
- String dengan panjang maksimum 255 patah perkataan.
|
TEXT
|
- String dengan panjang maksimum 65,353 patah perkataan.
|
INT
|
-
Nombor dalam julat -2,147,483,648 hingga 2,147,483,647 atau nombor positif 0 hingga 4,294,967,295.
|
FLOAT
|
|
DOUBLE
|
|
DATE
|
|
DATETIME
|
|
TIME
|
|
|
|
- Pangkalan data boleh dibangunkan dengan menggunakan sistem pengurusan pangkalan data.
- Contoh: Ms Access, Oracle, MySQL dan sebagainya.
|
Mencipta Jadual (CREATE table) |
- Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mencipta jadual:
- Kenal pasti jenis data dan saiz maksimum medan untuk setiap atribut.
- Kenal pasti medan-medan yang akan menerima nilai null.
- Kenal pasti medan yang akan menjadi kunci utama.
|
- Kadang kala anda ingin membuat perubahan pada struktur jadual yang telah dicipta seperti menambah medan, meminda atau mengubah jenis data dan saiz medan serta menghapuskan medan yang tidak diperlukan.
- Perkara ini boleh dilakaukan dengan penyataan ALTER TABLE.
|
- Sesuatu jadual boleh ditambah medan dengan menggunakan penyataan ADD.
|
- Menukar jenis dan saiz data guna penyataan MODIFY.
- Mengubah nama medan CHANGE.
|
- Medan boleh dihapuskan guna penyataan DROP.
|
- Penyataan DROP TABLE digunakan untuk menghapuskan jadual yang tidak diperlukan.
|
|
|
2.1.4 SQL: Memanipulasi Data |
- Data Manipulation Language atau Bahasa Pengolahan Data (DML) berfungsi untuk memanipulasi data dalam pangkalan daftar.
- Setelah struktur jadual dicipta, data boleh dimasukkan, dihapuskan dan mengubah suai data yang telah dimasukkan.
|
- INSERT INTO digunakan untuk memasukkan data ke dalam jadual.
|
- Penyataan DELETE digunakan untuk memadamkan data dan jadual.
- Penyataan WHERE digunakan untuk memadamkan rekod.
|
- Penyataan UPDATE digunakan untuk mengemaskini rekod yang sedia ada.
- Penyataan SET untuk masukkan data baharu.
- Penyataan WHERE untuk mengemaskini data tertentu.
|
|
|
2.1.5 SQL: Mendapatkan Semula Data |
- 3 arahan bahasa pengolahan data iaitu UPDATE, INSERT dan DELETE.
- Arahan ini membolehkan melakukan perubahan terhadap rekod dalam jadual.
- Penyataan SELECT membolehkan mencapai rekod daripada jadual.
|
- Penyataan SELECT digunakan untuk mencapai data daripada jadual.
- Terdiri daripada 3 penyataan asas:
- SELECT – Senaraikan nama medan yang ingin dipaparkan.
- FROM – Nama jadual yang hendak dicapai data.
- WHERE – Menentukan rekod tertentu yang ingin dipaparkan. Tanpa penyataan ini, semua rekod akan dipaparkan.
|
- Penyataan GROUP BY digunakan untuk menggabungkan beberapa rekod dalam jadual kepada kumpulan kecil.
|
- Penyataan ORDER BY digunakan untuk memanggil data dalam bentuk susunan menaik atau menurun.
|
|
|
2.1.6 Fungsi Agregat |
- Menggabungkan sekumpulan data dan mengembalikan nilai tunggal sebagai hasilnya.
- 5 fungsi agregat yang biasa digunakan:
|
Fungsi Agregat dan GROUP BY |
- Menggunakan fungsi agregat untuk bahagian yang tertentu dalam hubungan GROUP BY.
|
Digunakan menentukan kumpulan data yang hendak dipaparkan.
|
|
|
2.1.7 Membina Pangkalan Data Hubungan dengan Menggunakan SQL untuk Menyelesaikan Masalah |
- MySQL: Perisian sumber terbuka pengurusan pangkalan data yang membolehkan pengguna menyimpan, menyusun dan mendapatkan data semula.
- Perisian ini mudah digunakan, berprestasi tinggi dan boleh dicapai.
|
|
|