|
3.2 |
Bahasa Penskripan Pelayan |
|
|
3.2.1 Pembangunan Laman Web Dengan Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan |
Keperluan Laman Web Antara Pengguna Dengan Sistem Dalam Rangkaian |
- Kewujudan laman web adalah untuk menjadi perantara dalam menentukan bagaimana pengguna boleh berinteraksi dengan sesuatu sistem dalam internet.
- Paparan dalam laman web akan menentukan cara seseorang pengguna itu dapat memanipulasikan maklumat dalam sesebuah sistem dan menentukan sejauh manakah capaian pengguna terhadap sistem tersebut.
|
- Konsep pelanggan/pelayan model yang digunakan bagi menyokong komunikasi menerusi internet.
- Model ini berasaskan pengagihan fungsi antara klien dengan pelayan.
- Klien: Apa-apa mesin atau proses yang memohon servis yang spesifik daripada pelayan.
- Pelayan: Mesin atau proses yang memberikan servis kepada klien.
- Proses klien dan pelayan boleh berlaku dalam 1 sistem kompuer yang sama atau dalam sistem komputer yang berbeza yang dihubungkan melalui rangkaian.
- Dalam persekitaran internet dan rangkaian, pelayar web akan bertindak sebagai klien web manakala pelayan web pula adalah sebagai pelayan.
|
Bahasa Penskripan Pelayan |
- Program yang dilaksanakan di sebelah pelayan atau pelayan web yang melatari pembangunan web.
- Salah satu fungsi bahasa penskripan pelayan ialah mengakses data daripada pangkalan data.
- Sekiranya pengguna memohon suatu laman web dipaparkan dengan menggunakan pelayar, permintaan tersebut akan dihantar kepada pelayan web.
- Kemudian, pelayan web akan mencari laman web yang dikehendaki dan memindahkan laman web tersebut kepada pelayar untuk diterjemahkan dan dipaparkan kepada pengguna.
- Sebab utama penskripan pelayan diperlukan ialah bahasa penskripan pelayan tidak bergantung pada pelayar.
- Kesemua pemprosesan dilakukan di sebelah pelayan, maka isu pemprosesan disekat oleh pelayar tidak akan timbul.
- Kadang kala bahasa penskripan pelayan tidak begitu selamat memandangkan penskripan pelayan boleh digunakan untuk menggodam laman web.
- Laman web yang bagus perlu menggunakan kedua-dua jenis bahasa penskripan klien dan pelayan bagi menyokong proses pengesahan di sebelah klien dan juga di sebelah pelayan untuk tujuan keselamatan laman web tersebut.
- Contoh aplikasi: Papan pesanan dan buku pelawat blog.
- Antara bahasa penskripan pelayan: ASP, PHP, JavaScript, Python dan Perl.
|
|
|
3.2.2 Penghasilan Dan Penyimpanan Data Dalam Fail Text (.txt) |
- Sesuatu data yang dimasukkan poleh pengguna daripada laman web boleh disimpan ke dalam pelayan dalam bentuk fail teks.
- fopen: Fungsi arahan yang akan dilaksanakan dalam pelayan.
- Operasi asas terhadap fail teks:
|
Mencipta/Membuka Fail Teks |
- Fail teks mestilah dibuka terlebih dahulu.
- Sintaks untuk membuka fail teks menggunakan fungsi “fopen” yang akan dimasukkan dalam laman web.
- $f=fopen (“nama fail teks”, mod capaian);
|
|
|
3.2.3 Penggunaan Bahasa Penskripan Pelayan Untuk Membina Laman Web Yang Unik Bagi Setiap Pengguna |
Sesuatu laman web kelihatan unik bagi setiap pengguna apabila laman web memaparkan maklumat tentang pengguna tersebut sahaja. |
|
|
3.2.4 Penggunaan Data Yang Diimport Dari Fail Teks Untuk Menyelesaikan Masalah |
- Apabila kita mempunyai banyak data yang perlu diproses/dimanipulasikan adalah lebih baik sekiranya data-data tersebut disimpan dalam fail.
- Data-data dalam fail dapat diproses tanpa memerlukan satu persatu data yang diimport oleh pengguna.
- Data-data akan disimpan menggunakan perisian Notepad.
- Laman web akan dibina oleh data-data yang diimport dari Notepad.
|
|
|
3.2.5 Menggunakan Data Yang Diimport Dari Fail Pangkalan Data Untuk Menyelesaikan Masalah |
- Langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mencapai data daripada pangkalan data:
- Membuat sambungan ke pangkalan data.
- Memilih pangkalan data.
- Membuat pertanyaan terhadap pangkalan data untuk memperoleh data yang dikehendaki.
- Menamatkan sambungan ke pangkalan data.
- Langkah-langkah ini merupakan langkah yang berturutuan (sequential) yang bermaksud kita tidak boleh memproleh data yang dikehendaki tanpa melakukan proses penyambungan ke atas pangkalan data terlebih dahulu.
|
Membuat Sambungan Ke Pangkalan Data MySQL |
- Menggunakan fungsi kendalian “mysqli_connect()” untuk membuat sambungan kepada pangkalan data pelayan dan sintaknya adalah seperti berikut:
- $con=mysqli_connect(“hoskomputer”,”namapengguna”,”katalaluan”);
|
Memilih Nama Pangkalan Data MySQL |
- Menggunakan fungsi kendalian “mysqli_select_db()” bagi memilih nama pangkalan data dan sintaks adalah seperti berikut:
- mysqli_select_db(“namasambungan”,”namapangkalan data”);
|
Membuat Pertanyaan Terhadap Pangkalan Data Untuk Memperoleh Data Yang Dikehendaki |
- Menggunakan fungsi “mysqli_query” bagi mendapatkan data daripada jadual dalam pangkalan data.
- Sintaknya:
- $hasil=mysqli_query(“namasambungan”,”penyataan SQL untuk mendapatkan data”);
|
|
|
3.2.6 Melakukan Pengesahsahihan (Validation) Pada Data Input Daripada Pengguna |
- Untuk membina laman web, pengesahsahihan (validation) perlu dilakukan pada input yang dibuat oleh pengguna untuk mengelakkan daripada terjadinya ralat semasa proses penyimpanan data ke dalam pangkalan data.
- Antara cara-cara yang lazim dilakukan adalah seperti berikut:
- Pastikan kandungan medan input yang wajib diisi dengan data tidak kosong.
- Semak kandungan medan input sama ada mematuhi format yang ditetapkan.
- Semak kandungan medan input untuk angka sama ada mematuhi kriteria tertentu.
- Semak sama ada Form telah dihantar kepada komputer pelayan.
|
|
|
3.2.7 Membina, Mengemas Kini, Membuat Sandaran (Backup) Dan Memulihkan Pangkalan Data |
Membina Pangkalan Data |
|
Mengemas Kini Pangkalan Data |
|
Membuat Sandaran (Backup) Pangkalan Data |
- Banyak aplikasi menggunakan pangkalan data bagi menyimpan data.
- Disebabkan terlalu banyak kebergantungan aplikasi yang menggunakan pangkalan data, maka membuat sandaran (backup) data merupakan aspek yang penting bagi menjamin keselamatan data tetap dipelihara sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan data.
|
Memulihkan (Restore) Pangkalan Data |
|
|
|
3.2.8 Melaksanakan Beberapa Bentuk Pertanyaan (Query) Pangkalan Data |
- Sesuatu maklumat yang telah disimpan dalam pangkalan data boleh diperoleh semula dengan menggunakan mekanisma pertanyaan (query).
- Struktur pertanyaan yang digunakan adalah menggunakan format yang telah ditetapkan dan kebanyakan sistem pengurusan pangkalan data menggunakan Structured Query Language (SQL).
- Penggunaan pertanyaan ini akan mencari serta menyusun data daripada 1 atau lebih jadual (table).
- Terdapat 2 jenis pertanyaan iaitu:
- Pertanyaan tindakan
- Bentuk pertanyaan yang akan menjalankan tugas bersama-sama data yang sedia ada dari pangkalan data.
- Pertanyaan memilih
- Bentuk pertanyaan yang akan mengambil data yang sedia ada dari pangkalan data untuk digunakan.
- Hasil dari pertanyaan boleh dipaparkan pada skrin, dicetak atau disalin/disimpan.
|
|
|
3.2.9 Membina Daftar (Sign Up) Dan Log Masuk (Login) Dalam Suatu Laman Web |
- Kebanyakan laman web pada masa ini menghendaki penggunaan mendaftar sebagai pengguna/ahli yang sah sebelum dibenarkan untuk mencapai data daripadanya.
- Setelah pengesahan dilakukan, barulah pengguna dapat melayari laman web tersebut.
|
|
|
3.2.10 Pengesahan Pengguna Dan Pengemaskinian Data Dalam Pangkalan Data |
- Pengesahan pengguna (user verification) merupakan salah satu ciri keselamatan data dalam pangkalan data yang boleh dicapai oleh pengguna dalam laman web.
- Hal ini akan membataskan pengguna untuk melakukan sesuatu perubahan ke atas pangkalan data.
- Untuk membuat laman web yang dapat mengesahkan pengguna tertentu, kita perlukan satu jadual dalam pangkalan data yang menyimpan nama pengguna serta kata laluan pengguna tersebut.
- Proses pengesahan pengguna akan dilaksanakan oleh atur cara laman web.
- Sekiranya nama pengguna dan kata laluan padan dengan rekod yang wujud dalam jadual bagi pangkalan data maka pengguna dapat mengakses laman web tersebut dan sebaliknya jika rekod tidak padan pengguna tidak akan dapat mengakses laman web tersebut.
|
|
|
Pengemaskinian Data Dalam Pangkalan Data |
- Untuk mengemaskini data dalam pangkalan data, kita memerlukan pencarian rekod yang hendak dikemaskinikan terlebih dahulu dalam jadual (table) bagi pangkalan data.
- Proses pengemaskinian data:
- Senaraikan terlebih dahulu semua rekod yang ada di dalam jadual.
- Memilih rekod yang hendak dikemaskinikan.
- Proses pengemaskinian data dalam pangkalan data akan dilakukan oleh laman web yang seterusnya.
|
|
|