Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Reka Bentuk Interaksi
Reka Bentuk Interaksi
3.1
Reka Bentuk Interaksi
Pengenalan kepada Reka Bentuk Interaksi
Maksud Reka Bentuk Interaksi
Reka bentuk merupakan satu aspek yang penting dan perlu dititiberatkan semasa membangunkan sesuatu produk atau aplikasi.
Reka bentuk yang menarik dan mudah digunakan akan membuatkan pengguna menjadi selesa dan seronok untuk menggunakan produk atau sistem tersebut.
Reka bentuk ialah susun atur teks, gambar, butang dan menu dalam sesuatu produk.
Reka bentuk interaksi membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan produk atau aplikasi.
Lima prinsip reka bentuk yang perlu dititikberatkan ialah:
Konsistensi (
consistency
).
Kebolehan membuat pemerhatian (
perceivability
).
Boleh dipelajari (
learnability
).
Kebolehan untuk menjangka (
predictability
).
Maklum balas (f
eedback
).
Prinsip Reka Bentuk Interaksi yang Perlu Dititikberatkan
Konsistensi (
Consistency
)
Semua elemen perlu kekal pada kedudukan yang sama supaya pengguna akan berasa selesa semasa menggunakan aplikasi.
Reka bentuk perlu konsisten dari segi persembahan dan fungsi pada semua antara muka.
Kebolehan membuat pemerhatian (
Perceivability
)
Penunjuk atau butang interaksi perlulah mudah dikenal pasti.
Pengalaman pengguna yang terbaik adalah apabila pengguna boleh menggunakan aplikasi dengan selesa dan tanpa ragu-ragu.
Boleh dipelajari (
Learnability
)
Reka bentuk interaksi sepatutnya mudah untuk dipelajari dan mudah untuk diingati.
Kebolehan untuk menjangka (
Predictability
)
Reka bentuk interaksi yang baik dan berkesan dapat membuatkan pengguna membuat jangkaan perkara yang akan berlaku dalam aliran proses aplikasi tersebut sebelum pengguna menggunakan aplikasi tersebut.
Maklum Balas (
Feedback
)
Boleh memberikan gambaran sebenar mengenai reka bentuk interaksi dan maklumat mengenai hasil reka bentuk interaksi tersebut.
Pereka bentuk menggunakan maklum balas untuk melakukan penambahbaikan pada reka bentuk interaksi yang telah dihasilkan.
Maklum balas yang diberikan sepatutnya bermakna.
Kegagalan untuk memberikan maklum balas yang dikehendaki, boleh menyebabkan proses pengulangan yang tidak sepatutnya terhadap sebarang tindakan, kesalahan dan ralat.
Prinsip reka bentuk telah dipenuhi dengan jayanya apabila pengguna berupaya untuk terus memahami dan menggunakan antara muka dengan mudah, efisien dan selesa serta kandungan aplikasi dapat disampaikan dengan berkesan.
3.1.1 Keperluan Interaksi antara Manusia dengan Komputer
Interaksi antara Manusia dengan Komputer
Interaksi antara manusia dengan komputer merupakan proses, dialog atau kegiatan yang dilakukan oleh manusia untuk berinteraksi dengan komputer.
Interaksi antara manusia dengan komputer perlu bersifat jelas, intuitif dan semula jadi supaya sesuai digunakan oleh pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Interaktif antara manusia dengan komputer mengambil aspek kehidupan seharian dan menggunakan aspek tersebut dalam perancangan membangunkan perisian serta peranti.
Keperluan Interaksi Antara Manusia dengan Komputer
Terdapat beberapa sebab interaksi antara manusia dengan komputer diperlukan seperti yang ditunjukkan di bawah:
Mendapat permintaan dalam pasaran:
Pengguna mahu membeli atau menggunakan produk yang mempunyai kebolehgunaan yang tinggi, selamat, berguna, berfungsi dan dalam jangka masa yang panjang, lebih membantu dan menyeronokkan pengguna dalam kehidupan seharian.
Meningkatkan produktiviti:
Berkeupayaan untuk menghasilkan output dari satu set input yang diberikan lebih cepat dengan menggunakan sumber pekerja, teknologi dan sistem secara optimum dan menukar input kepada output yang berguna.
Mengurangkan kos selepas jualan:
Jika produk tidak berfungsi dengan sempurna, pengguna akan menghantar produk untuk dibaiki.
Hal ini akan meningkatkan kos selepas jualan.
Mengurangkan kos pembangunan:
Elakkan daripada melaksanakan ciri-ciri yang tidak disukai pengguna dan produk yang tidak cekap.
Jika kedua-dua perkara ini dielakkan, kos pembangunan dapat dijimatkan.
Mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia:
Infrastruktur teknologi bagi satu kawasan yang baharu akan dibangunkan untuk memberikan peluang kepada manusia yang ingin mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman dalam kehidupan mereka.
Pengkomputeran sosial:
Arus perkembangan laman sesawang menjana persekitaran interaktif sosial untuk mewujudkan peluang berkomunikasi atau perhubungan sosial antara manusia.
Manusia tidak akan berinteraksi dengan mesin atau komputer sahaja, malahan manusia akan berinteraksi dengan manusia yang lain melalui penggunaan komputer.
3.1.2
Menilai Produk Interaktif Berdasarkan Tujuan dan Prinsip Asas Reka Bentuk Interaktif
Setiap produk yang dibangunkan perlu dinilai supaya produk itu dapat memberi kepuasan kepada pengguna.
Kaedah yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu produk yang interaktif:
Temu bual.
Pemerhatian.
Soal selidik.
Perbincangan ahli kumpulan.
Refleksi.

Chapter : Interaksi Manusia dan Komputer
Topic : Rekabentuk Interaksi
Form 4
Sains Komputer
View all notes for Sains Komputer Form 4
Related notes
Interaksi Manusia dengan Komputer
Paparan dan Reka Bentuk Skrin
Strategi Penyelesaian Masalah
Algoritma
Pemboleh Ubah, Pemalar Dan Jenis Data
Struktur Kawalan
Amalan Terbaik Pengaturcaraan
Struktur Data dan Modular
Pembangunan Aplikasi
Pangkalan Data Hubungan
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account