Strategi Penyelesaian Masalah

1.1 Strategi Penyelesaian Masalah
 
Pengenalan kepada Masalah
  • Masalah merupakan keadaan yang tidak disukai, keraguan, cabaran dan peluang yang perlu dihadapi oleh seorang individu.
  • Kita memerlukan insan yang mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. 
  • Penyelesaian masalah merupakan asas utama dalam sains komputer.
  • Tanggungjawab pengaturcara menyelesaikan masalah melalui:
    • Menukarkan masalah kepada algoritma.        
    • Menulis sintak yang khusus.
  • Sintak merupakan peraturan yang diperlukan komputer(CPU) untuk laksanakan sebarang arahan.
  • Terdapat dua format algoritma iaitu carta alir dan pseudokod.
 
1.1.1  Keperluan Penyelesaian Masalah Berstrategi
Definisi Penyelesaian Masalah
  • Penyelesaian masalah ialah proses mengenal pasti maklumat pada sesuatu masalah untuk memperoleh sesuatu penyelesaian.
Keperluan Strategi dalam Penyelesaian Masalah
  • Kepentingan strategi dalam penyelesaian masalah adalah seperti berikut:
    • Menggalakkan pembelajaran kendiri.
    • Mewujudkan komunikasi dua hala.
    • Membantu pengembangan sesuatu konsep.
    • Meningkatkan kemahiran berfikir.
  • Pembangunan aplikasi komputer berkait rapat dengan strategi penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan komputer.
  • Seseorang perlu menguasai strategi penyelesaian masalah supaya dapat memahami masalah dengan mudah bagi mendapatkan strategi penyelesaian yang terbaik.
  • Komputer boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah namun cara penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi haruslah jelas sebelum mengatasinya.
  • Pemikiran komputasional (computational) membolehkan kita memahami masalah yang dihadapi dan membangunkan penyelesaian yang munasabah apabila kita menghadapi masalah yang kompleks.
Empat Teknik Pemikiran Komputasional
  • Teknik Leraian (Decomposition)
    • Pecahkan masalah kepada yang lebih kecil
    • Pecahkan masalah kompleks ke mudah diurus.
  • Pengecaman Corak (Pattern recognition)
    • Cari persamaan (similarities) antara masalah.
    • Kenalpasti persamaan atau corak setiap masalah.
    • Bantu menyelesaikan masalah dengan lebih efisien.
  • Peniskalan (Abstraction)
    • Jana penyelesaian masalah yang lebih tepat.
    • Model iaitu perwakilan/idea masalah yang nak diselesaikan.
  • Algoritma (Algorithms)
    • Membangunkan penyelesaian masalah.
    • Mematuhi peraturan untuk menyelesaikan masalah.
    • Merupakan pelan/set langkah arahan untuk selesaikan masalah.
    • Titik permulaan rekaan program komputer dalam bentuk pseudokod dan carta alir.
 
1.1.2  Ciri-ciri Penyelesaian Masalah 
  • Terdapat tiga ciri-ciri terpenting dalam penyelesaian masalah iaitu:
    • Kos
    • Masa
    • Sumber
Kos
  • Definisi Kos
    • Kos ialah pembayaran berupa wang, masa, tenaga, dan perbelanjaan untuk mendapatkan, mengeluarkan dan menyelenggara.
  • Projek normal merupakan projek yang dilaksanakan ikut masa dan kos yang diperuntukkan.
  • Kos siap masa tercepat (crashing cost) merupakan usaha maksimum untuk selesaikan projek dalam masa yang singkat.
  • Kos meningkat, tempoh masa menurun.
Kos Langsung Kos Tak Langsung
  • Kos aktiviti projek.
  • Contoh: Gaji pekerja projek.
  • Kos bukan aktiviti projek.
  • Contoh: Bil telefon.
Masa
  • Definisi Masa
    • Sesuatu projek yang disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.
  • Aktiviti yang tertunda/lambat dan keperluan menyiapkan projek dalam jangka masa terhad/tersingkat akan tingkatkan kos.
  • Carta Gantt
    • Jadual perancangan untuk melihat perkembangan aktiviti projek ikut tempoh masa.
  • Carta PERT (Program Evaluation Review Technique):

Imej ini menunjukkan carta alir yang terdiri daripada empat bahagian utama yang menerangkan tentang Carta PERT (Program Evaluation Review Technique). Setiap bahagian diwakili oleh ikon dan teks yang berbeza: 1. Bahagian pertama dengan nombor 1 dan ikon gear menerangkan ‘Alat pengurusan projek’. 2. Bahagian kedua dengan nombor 2 dan ikon senarai menunjukkan ‘Menunjukkan urutan tugas yang akan dilaksanakan’. 3. Bahagian ketiga dengan nombor 3 dan ikon jam menerangkan ‘Tujuan adalah menentukan masa minimum dan maksimum dalam perlaksanaan aktiviti projek’. 4. Bahagian keempat dengan nombor 4 dan ikon pembesar suara menerangkan ‘Mengelakkan kelewatan dalam menyiapkan projek’.

Sumber
  • Definisi Sumber:
    • Bahan mentah, wang atau stok, pekerja dan aset lain digunakan dalam organisasi agar operasi dapat berjalan lancar.
  • Sumber digunakan untuk untuk menjana hasil atau perkhidmatan.
  • Contoh: Sumber kewangan, manusia dan teknologi.
  • Pihak pengurusan sumber perlu merancang penggunaan sumber supaya tidak berlaku pembaziran.
  • Sumber yang berkurang pula menyebabkan kelewatan projek dan kos meningkat.
 
1.1.3  Proses Penyelesaian Masalah
  • Setiap masalah perlukan proses penyelesaian mengikut panduan struktur model generik.
Proses Penyelesaian Masalah
  1. Mengumpulkan dan menganalisis data:
    • Murid perlu mengumpul data tentang punca dan skop masalah serta mengenal pasti hal yang berikut dalam sesuatu situasi.
      • Sejauh manakah masalah tersebut memberikan kesan?
      • Bilakah masalah itu perlu diselesaikan?
  2. Menentukan masalah:
    • Murid perlu mengenal pasti masalah yang paling utama yang perlu diselesaikan. Kemudian, masalah yang kedua juga perlu dikenal pasti sebelum mengenal pasti tahap pemahaman sedia ada murid.
      • Adakah masalah ini merupakan masalah yang utama?
      • Apakah masalah lain yang dapat dikesan?
  3. Menjana idea:
    • Murid perlu menyenaraikan beberapa idea yang dapat digunakan untuk menyelesaikan setiap masalah yang telah dikenal pasti.
      • Sejauh manakah idea yang disenaraikan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi?
  4. Menjana penyelesaian:
    • Murid hendaklah menyenaraikan idea atau langkah semasa merancang penyelesaian. Guru perlu mengenal pasti murid telah menjana suatu rancangan penyelesaian yang sesuai.
      • Adakah idea penyelesaian ini telah dibincangkan dengan jelas?
  5. Menentukan tindakan:
    • Murid hendaklah membuat pilihan yang terbaik daripada senarai idea yang telah dibuat.
      • Adakah pilihan yang lain harus diberikan perhatian?
      • Dapatkah idea ini menyelesaikan masalah yang dihadapi?
  6. Melaksanakan penyelesaian:
    • Murid perlu menggunakan pelbagai alat dan teknik yang telah dipilih untuk melaksanakan penyelesaian. Fokus hendaklah ditumpukan kepada tindakan yang boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah.
      • Bolehkah tindakan ini berjaya dilaksanakan?
  7. Membuat penilaian:
    • Penilaian akan dilaksanakan terhadap langkah-langkah penyelesaian. Jika tidak menepati tahap yang memuaskan atau tidak menyelesaikan masalah, murid perlu mencari tindakan yang lain.
      • Adakah hasil yang hendak dicapai memuaskan?
  8. Membuat penambahbaikan:
    • Setiap penyelesaian yang telah dilaksanakan perlu ditambah baik jika masih terdapat kekurangan dan mengikut keperluan.
      • Apakah penambahbaikan yang boleh anda cadangkan?