|
|
|
|
3.1 |
Reka Bentuk Interaksi |
|
|
|
|
1. Reka bentuk merupakan satu aspek yang penting dan perlu dititiberatkan semasa membangunkan sesuatu produk atau aplikasi. |
|
|
|
2. Reka bentuk yang menarik dan mudah digunakan akan membuatkan pungguna menjadi selesa dan seronok untuk menggunakan produk atau sistem tersebut. |
|
|
|
3. Reka bentuk ialah susun atur teks, gambar, butang dan menu dalam sesuatu produk. |
|
|
|
4. Reka bentuk interaksi membenarkan pengguna untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan produk atau aplikasi. |
|
|
|
5. Prinsip reka bentuk yang perlu dititikberatkan: |
|
|
|
Konsistensi (Consistency) |
|
|
|
- Semua elemen perlu kekal pada kedudukan yang sama supaya pengguna akan berasa selesa semasa menggunakan aplikasi.
- Reka bentuk perlu konsisten dari segi persembahan dan fungsi pada semua antara muka.
|
|
|
|
Kebolehan membuat pemerhatian (Perceivability) |
|
|
|
- Penunjuk atau butang interaksi perlulah mudah dikenal pasti.
- Pengalaman pengguna yang terbaik adalah apabila pengguna boleh menggunakan aplikasi dengan selesa dan tanpa ragu-ragu.
|
|
|
|
Boleh dipelajari (Learnability) |
|
|
|
- Reka bentuk interaksi sepatutnya mudah untuk dipelajari dan mudah untuk diingati.
|
|
|
|
Kebolehan untuk menjangka (Predictability) |
|
|
|
- Reka bentuk interaksi yang baik dan berkesan dapat membuatkan pengguna membuat jangkaan perkara yang akan berlaku dalam aliran proses aplikasi tersebut sebelum pengguna menggunakan aplikasi tersebut.
|
|
|
|
Maklum balas (Feedback) |
|
|
|
- Boleh memberikan gambaran sebenar mengenai reka bentuk interaksi dan maklumat mengenai hasil reka bentuk interaksi tersebut.
- Pereka bentuk menggunakan maklum balas untuk melakukan penambahbaikan pada reka bentuk interaksi yang telah dihasilkan.
- Maklum balas yang diberikan sepatutnya bermakna.
- Kegagalan untuk memberikan maklum balas yang dikehendaki, boleh menyebabkan proses pengulangan yang tidak sepatutnya terhadap sebarang tindakan, kesalahan dan ralat.
- Prinsip reka bentuk telah dipenuhi dengan jayanya apabila pengguna berupaya untuk terus memahami dan menggunakan antara muka dengan mudah, efisien dan selesa serta kandungan aplikasi dapat disampaikan dengan berkesan.
|
|
|
|
3.1.1 Keperluan Interaksi Antara Manusia Dan Komputer |
|
|
|
1. Interaksi antara manusia dengan komputer merupakan proses, dialog atau kegiatan yang dilakukan oleh manusia untuk berinteraksi dengan komputer. |
|
|
|
2. Interaksi antara manusia dengan komputer perlu bersifat jelas, intuitif dan semula jadi supaya sesuai digunakan oleh pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat. |
|
|
|
3. Interaktif antara manusia dengan komputer mengambil aspek kehidupan seharian dan menggunakan aspek tersebut dalam perancangan membangunkan perisian serta peranti. |
|
|
|
4. Keperluan interaksi antara manusia dan komputer: |
|
|
|
- Mendapat permintaan dalam pasaran
- Mengurangkan kos selepas jualan
- Mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia
- Mengurangkan kos pembangunan
- Meningkatkan produktiviti
- Pengkomputeran sosial
|
|
|
|
3.1.2 Menilai Produk Interaktif Berdasarkan Tujuan Dan Prinsip Asas Reka Bentuk Interaktif |
|
|
|
1. Setiap produk yang dibangunkan perlu dinilai supaya produk itu dapat memberi kepuasan kepada pengguna. |
|
|
|
2. Kaedah yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu produk yang interaktif: |
|
|
|
- Temu bual
- Pemerhatian
- Soal selidik
- Perbincangan ahli kumpulan
- Refleksi
|
|
|
|