Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Guest
Login
Register
Home
Quiz
Battle
Practice
Class
Classes List
Timetable
Assignments
Learn
Learning Hub
Quick Notes
Videos
Experiments
Textbooks
Login
Register
Download App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Learn
Quick Notes
List
Menghasilkan atur cara yang melibatkan gabungan struktur kod arahan bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
Struktur Kod Arahan
4.2
Struktur Kod Arahan
Langkah Menyelesaikan Masalah dalam Fasa Analisi Masalah, Fasa Reka Bentuk dan Fasa Pengekodan
Dalam fasa analisis masalah, masalah perlu dileraikan kepada sub-masalah (pecahan yang lebih kecil).
Dalam fasa reka bentuk, pengguna harus menyediakan algoritma untuk setiap sub-masalah tersebut.
Dalam fasa pengekodan, pengguna akan menterjemahkan algoritma bagi tugas utama kepada atur cara utama dan algoritma setiap tugas kecil diterjemahkan kepada subatur cara yang dipanggil
function
atau
procedure.
Function
dan
procedure
akan diguna pakai dalam atur cara utama bagi menyelesaikan masalah tersebut.
4.2.1 Menerangkan Fungsi Struktur berikut dalam Atur Cara: (i)
Function
& (ii)
Procedure
Function
dan
procedure
adalah sub program kecil yang berada dalam program utama.
Function
dan
procedure
digunakan untuk menyelesaikan masalah khusus dengan paramater yang diberikan.
Parameter bermaksud pembolehubah yang digunakan oleh
function
mahupun
procedure.
Function
sesuai digunakan bagi subtugas yang perlu memulangkan satu nilai selepas tugas itu diselesaikan.
Function
sesuai digunakan dalam membuat tugasan yang sama terutamanya pengiraan yang sama.
Pengguna tidak perlu mengulangi taip aturcara yang sama.
Procedure
sesuai digunakan dalam situasi di mana satu tugas perlu dilaksanakan berulang kali apabila ia diperlukan tanpa pemulangan nilai.
Procedure juga merupakan sub tugas dalam sesuatu aturcara yang membuat tugasan yang sama, tetapi ia tidak perlu memulangkan nilai setelah melaksanakan tugas.
Sub aturcara
function
dan
procedure
boleh digunakan untuk melaksanakan tugas yang sama dan berulang-ulang.
Kelebihan yang ada pada
function
atau
procedure
adalah kod aturcara akan nampak lebih kemas, mudah diselenggara dan mudah mengesan ralat yang wujud.
Function
dan
procedure
mempunyai persamaan dan perbezaan yang jelas dari segi takrifan dan kegunaan.
Persamaan dan perbezaan antara
function
dan
procedure
adalah seperti berikut:
Persamaan
Aturcara boleh digunakan secara berulang-ulang dalam program yang sama atau lain.
Ia membantu untuk memecahkan tugas yang rumit kepada sub aturcara yang lebih kecil.
Aturcara juga akan mengembalikan kawalan.
Ia akan memudahkan pengguna mengecam ralat dalam aturcara dan dapat membaikinya dengan mudah dan segera.
Ia membantu untuk kurangkan kod aturcara yang sama dan berulang-ulang.
Perbezaan
Function
Procedure
Data akan dikembalikan.
Data tidak akan dikembalikan.
Data yang dikembalikan adalah
int, double, char, String, Array
.
Data yang dikembalikan adalah
void
.
Kenyataan aturcara akan berakhir dengan return dan jenis data yang dikembalikan.
Kenyataan aturcara tidak berakhir dengan
return
.
Perlu menerima nilai input.
Tidak semestinya menerima input.
Aturcara dicipta oleh pengaturcara dan juga yang tersedia dari aturcara.
Aturcara dihasilkan oleh pengaturcara.
4.2.2 Memberi Contoh Penggunaan Penyataan
Function
: (i) dalaman (
built-in
) & (ii) dihasilkan sendiri (
user-defined
)
(i)
Function
dalaman (
built-in
)
Built-in function
merupakan fungsi yang sedia tersimpan dalam library bahasa pengaturcaraan.
Kod sumber untuk setiap
built-in function
tidak boleh dilihat oleh pengguna.
Setiap
built-in function
mempunyai nama deskriptif yang mencerminkan tugas built-in function berkenaan.
Dalam pengaturcaraan Python, fungsi input dan fungsi output merupakan built-in function yang sering digunakan.
Tugas yang dilakukan oleh built-in function adalah terhad dan ringkas.
Ia memiliki nama-nama yang menggambarkan tugasnya antaranya adalah sum(), min() dan max ().
(ii)
Function
dihasilkan sendiri (
user-defined
)
User-defined function
ialah satu set arahan yang ditulis oleh pengatur cara.
Ia melaksanakan suatu tugasan khas yang akan berulang dalam atur cara utama.
User-defined function
mempunyai nama deskriptif yang mencerminkan tugasnya.
User-defined function
ditulis kerana ketiadaan
built-in function
.
User-defined function
boleh menerima argumen dan memulangkan nilai kepada atur cara yang memanggilnya.
Perbandingan
built-in function
dengan
user-defined function adalah seperti berikut:
Persamaan
Mempunyai nama (bahagian pengepala).
Mempunyai badan
function
(set arahan).
Mempunyai pernyataan
return.
Perbezaan
Built-in Function
User-defined Function
Datang sekali dengan bahasa pengaturcaraan.
Ditulis oleh pengatur cara.
Perlu argumen.
Boleh ada atau tanpa argumen.
Nama yang unik, deskriptif, terpelihara dan tidak boleh diubah.
Boleh diberikan sebarang nama yang tidak bercanggah dengan kata-kata kunci dalam bahasa pengaturcaraan.
Kod sumber tidak boleh dilihat.
Kod sumber boleh dilihat dan diubah.
4.2.3 Menulis Pernyataan
Function
dan
Procedure
(i) Function
Function
memecahkan program besar menjadi sub program yang lebih kecil
Penciptaan
function
jenis
user-defined
menggunakan kata kunci def untuk ishtihar dan diikuti dengan nama function menggambarkan tugasnya
Parameter dengan tanda ( ) adalah nama bagi pembolehubah yang menerima nilai yang dihantar ke function semasa ia dipanggil.
Badan
function
pula mengandungi aturcara arahan untuk melaksanakan tugas.
Function
akan diakhiri dengan perkataan
return
.
Return
akan memulangkan nilai yang telah dilaksanakan oleh fungsi tersebut.
(ii) Procedure
Procedure
adalah lebih kurang sama dengan
user-defined function
.
Penciptaan
procedure
jenis
user-defined
menggunakan kata kunci def untuk ishtihar dan diikuti dengan nama procedure menggambarkan tugasnya.
Parameter dengan tanda ( ) adalah nama pembolehubah yang menerima nilai yang dihantar ke
procedure
semasa ia dipanggil.

tidak mempunyai perkataan
return
.
4.2.4 Menghasilkan Atur Cara yang Melibatkan: (i)
Function
& (ii)
Procedure
Kepentingan Penggunaan
Function
dan
Procedure
Fasa-fasa Pembangunan Atur Cara
Fasa Analisis Masalah
Mengenal pasti masalah: Membina atur cara yang boleh melaksanakan empat operasi.
Mengenal pasti input, proses dan output.
Fasa Reka Bentuk Atur Cara
Membangunkan algoritma bagi tugas-tugas kecil (sub-task).
Menulis pseudokod.
Melakar carta alir.
Mereka bentuk antara muka pengguna untuk input dan output data.
Fasa Pengekodan
Mengenal pasti penulisan sintaks-sintaks bagi function, procedure, input, proses dan output.
Mengenal pasti jenis data input yang harus digunakan.
Fasa Pengujian & Nyahpijat
Untuk menguji aturcara, perlu klik pada menu Run > Run Module atau boleh juga tekan pada keyboard F5.
Jika gagal perlu semak semula kod aturcara.
4.2.5 Menguji Atur Cara dan Membaiki Ralat pada Atur Cara yang Dihasilkan
Pengujian dan pembaikian ralat adalah penting dalam pembangunan atur cara.
Terdapat tiga jenis ralat dalam pengaturcaraan iaitu:
Ralat sintaks (syntax error)
Ralat masa larian (runtime error)
Ralat logik (logic error)
1. Ralat sintaks (
syntax error
)
Pembinaan atur cara perlu mematuhi set hukum, peraturan dan tatabahasa bagi bahasa pengaturcaraan itu sendiri.
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai caranya yang tersendiri.
Sekiranya peraturan ini tidak diikuti, ralat sintaks akan terhasil.
Ralat sintaks mudah dikenalpasti kerana penterjemah akan memberitahu tempat berlaku kesilapan pengaturcaraan.
Sekiranya ralat sintaks berlaku, pembinaan aturcara tidak dapat dilakukan sehingga ianya diperbetulkan.
2. Ralat masa larian (
runtime err
)
Ralat ini akan muncul apabila
user-defined function
,
procedure
atau atur cara sedang dilaksanakan (
executed
).
Ralat masa larian
akan menyebabkan pelaksanaan kod arahan terhenti secara tiba-tiba dan mesej ralat akan dipaparkan.
Ralat larian boleh berlaku apabila aturcara tidak boleh berhenti.
Ralat ini juga berlaku apabila nilai yang dimasukkan adalah tidak sama dengan nilai yang diishtiharkan
3. Ralat logik (
logic error
)
Ralat logik akan menyebabkan atur cara melakukan sesuatu tindakan yang tidak dijangka
Ia juga akan memberikan output yang tidak sepatutnya
Ralat logik adalah sukar untuk dikesan
Ralat ini selalunya berpunca dari kesilapan penggunaan simbol operasi matematik atau kesilapan formula yang digunakan
4.2.6 Menghasilkan Atur Cara yang Melibatkan Gabungan Struktur Kod Arahan bagi Menyelesaikan Masalah dalam Kehidupan Seharian
Atur cara yang mempunyai susunan struktur kod arahan yang sistematik, logik dan bermodular.
Atur cara yang bermodular dapat dihasilkan dengan penggunaan
function
dan
procedure
.
Penyelesaian masalah dengan menggunakan atur cara melibatkan konsep pemikiran komputasional dalam fasa-fasa pembangunan atur cara.
Fasa Menganalisis Masalah:
Gunakan teknik leraian untuk memecahkan masalah besar kepada beberapa bahagian kecil. Bahagian-bahagian kecil ini lebih mudah diuruskan.
Fasa Reka Bentuk Atur Cara:
Corak dan prinsip yang menghasilkan corak ini harus dikenal pasti.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, algoritma bagi atur cara perlu disediakan.
Kemudian, algoritma ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk pseudokod atau carta alir.
Fasa Pengekodan:
Procedure
atau
function
dihasilkan dahulu dan diuji supaya bebas ralat sebelum proses penulisan kod atur cara utama dimulakan.
Dalam fasa ini, algoritma diterjemahkan kepada kod arahan bahasa pengaturcaraan yang terpilih.
Teknik-teknik pemikiran komputasional diaplikasikan mengikut kesesuaian dengan sintaks bahasa pengaturcaraan yang digunakan.
Selepas atur cara yang lengkap siap dikodkan, kod perlu diuji semula.

Chapter : Kod Arahan
Topic : Menghasilkan atur cara yang melibatkan gabungan struktur kod arahan bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian
Form 3
Asas Sains Komputer
View all notes for Asas Sains Komputer Form 3
Related notes
Pangkalan Data & SQL
Konsep Asas Pemikiran Komputasional
Kriptografi dalam Keselamatan Data
Algoritma
Report this note
Timed Exam
Prepare exams with mock exam papers
Learn more
Register for a free Pandai account now
Edit content
×
Loading...
Quiz
Videos
Notes
Account