Konsep Asas Pemikiran Komputasional

1.1  Pembangunan Atur Cara
 
Imej ini menunjukkan lima fasa utama dalam pembangunan atur cara. Fasa-fasa tersebut adalah: 1. Analisis Masalah 2. Rekabentuk Program 3. Pengekodan 4. Pengujian 5. Dokumentasi Setiap fasa diwakili oleh kotak berwarna putih dengan bingkai biru, disusun dalam dua baris. Baris pertama mengandungi ‘Analisis Masalah’ dan ‘Rekabentuk Program’, manakala baris kedua mengandungi ‘Pengujian’ dan ‘Pengekodan’. ‘Dokumentasi’berada di baris ketiga.
 
1.1.1 Konsep Pemikiran Komputasional dalam Fasa Pembangunan Atur Cara bagi Membangunkan Atur Cara Aritmetik
  • Pemikiran komputasional adalah satu proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah berbantukan mesin atau komputer.
  • Konsep teknik pemikiran komputasional:
    • Membahagikan setiap masalah kepada bahagian yang lebih kecil.
    • Mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai, berkesan dan tersusun.
(i) Fasa Analisis Masalah
  • Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah supaya ia dapat  dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.
  • Apabila masalah menjadi bahagian-bahagian kecil, ia lebih mudah untuk diselesaikan.
(ii) Fasa Reka Bentuk Atur Cara
  • Terdapat tiga aktiviti dalam fasa reka bentuk atur cara iaitu:
    • Menulis pseudokod.
    • Melukis carta alir.
    • Mereka bentuk antara muka pengguna.
  • Teknik Pengecaman Corak
    • Selepas masalah dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil,  Teknik Pengecaman Corak digunakan untuk mereka bentuk atur cara dengan membuat pengecaman kepada corak setiap masalah kecil.
    • Pengecaman corak ini dapat membantu dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih efisien.
  • Teknik Peniskalaan
    • Setelah corak-corak dicamkan, corak-corak ini diteliti dengan menggunakan teknik peniskalaan untuk meninggalkan aspek-aspek kurang penting.
    • Penekanan diberikan terhadap aspek-aspek penting yang dapat membantu dalam penyelesaian masalah.
  • Teknik Pengitlakan 
    • Selepas memperolehi maklumat daripada leraian dan peniskalaan, algoritma yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah boleh ditentukan.
    • Algoritma komputer biasanya terdiri dalam bentuk pseudokod atau carta alir.
    • Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan pseudokod dan carta alir yang betul merupakan aspek penting yang perlu ditekankan semasa menulis algoritma.
    • Bagi carta alir, penggunaan simbol yang betul untuk sesuatu langkah merupakan aspek yang penting kerana setiap simbol merujuk kepada suatu fungsi yang spesifik.
(iii) Fasa Pengekodan
  • Aktiviti yang harus dilakukan semasa fasa pengekodan adalah seperti berikut:
    • Memilih bahasa pengaturcaraan yang betul.
    • Membina atur cara berdasarkan carta alir atau pseudokod.
    • Teknik leraian boleh digunakan untuk menulis atur cara dengan membahagikan kod atur cara kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali sebagai sub-aturcara. 
    • Teknik pengecaman corak boleh digunakan dalam fasa ini jika ciri-ciri persamaan atau perbezaan dalam membina atur cara dikenal pasti.
    • Teknik peniskalaan juga boleh diaplikasikan dalam ini dengan mengenal pasti aspek penting bagi setiap kod atur cara.
 
(iv) Fasa Pengujian Atur Cara dan Penyahpepijatan 
  • Dalam fasa ini, pengatur cara perlu menguji atur cara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan ralat.
  • Terdapat tiga jenis ralat, iaitu:

Imej ini menunjukkan tiga jenis ralat dalam pengaturcaraan. Terdapat tiga kotak berwarna berbeza, setiap satu menerangkan jenis ralat yang berbeza: 1. Kotak kiri (berwarna hijau) berlabel ‘RALAT SINTAKS’ menerangkan bahawa ralat ini disebabkan oleh penggunaan simbol atau tatatanda bahasa pengacaraan yang salah. 2. Kotak tengah (berwarna biru muda) berlabel ‘RALAT MASA LARIAN’ menerangkan bahawa ralat ini disebabkan kemasukan data yang tidak mematuhi kehendak kod arahan.

  • Teknik Leraian
    • Penggunaan teknik leraian bagi pengujian atur cara dan penyahpepijatan ralat dijalankan secara berperingkat seperti berikut:
      • Menguji pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar.
      • Menguji kod input.
      • Menguji kod proses.
      • Menguji kod output.
      • Mengesan ralat.
      • Membaiki ralat.
  • Teknik Pengecaman Corak 
    • Tujuan pengujian dilaksanakan adalah untuk memastikan kod atur cara yang dibina berfungsi dengan betul dan kod atur cara bebas dari sebarang jenis ralat.
    • Teknik pengecaman corak boleh dibuat berdasarkan mesej ralat yang dipaparkan semasa melaksanakan pengujian.
       
Jenis Ralat Punca Ralat
Ralat sintaks
  • Mengeja kata kunci dengan salah.
  • Tertinggal tatatanda atau simbol.
  • Kesalahan sintaks bahasa pengaturcaraan.
  • Kesalahan meletakkan inden.
Ralat masa larian
  • Penggunaan jenis data yang salah pada pemboleh ubah.
  • Menggunakan pemboleh ubah atau pemalar yang tidak wujud.
  • Melakukan pembahagian dengan angka \(0\).
  • Penggunaan operator matematik dan logik yang salah.
Ralat logik
  • Membuat pengiraan yang tidak betul.
  • Menggunakan ungkapan boolen yang salah.
  • Penggunaan operator atau fungsi yang salah.

  • Teknik Peniskalaan
    • Aspek-aspek penting terhadap mesej ralat yang dipaparkan akan difokuskan dengan menggunakan teknik peniskalaan. 
  • Teknik Pengitlakan
    • Proses pembinaan model bagi fasa pengujian dan penyahpijatan akan dijalankan melalui teknik pengitlakan.
    • Langkah pengujian dan penyahpepijatan secara manual adalah seperti yang berikut:
      1. Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.
      2. Sintaks kod arahan adalah betul.
      3. Logik dan susunan kod-kod arahan adalah betul.
      4. Formula matematik adalah betul.
      5. Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.
    • Langkah pengujian dan penyahpepijatan semasa pelaksanaan atur cara adalah seperti yang berikut:
      1. Laksanakan atur cara.
      2. Baca dan fahami mesej ralat.
      3. Kenal pasti lokasi ralat dan baiki ralat.
      4. Ulang langkah (a) hingga (c) sehingga tiada mesej ralat.
      5. Semak output menggunakan beberapa set sampel data.
 
(v) Fasa Dokumentasi
  • Terdapat dua jenis dokumentasi iaitu:

Imej ini menunjukkan dua jenis dokumentasi yang diterangkan dalam bahasa Melayu. Terdapat dua kotak berlabel ‘Dokumentasi Dalaman’ dan ‘Dokumentasi Luaran’. - Dokumentasi Dalaman: ‘Satu dokumen yang dijadikan rujukan oleh pengaturcara yang baru dalam sesebuah organisasi.’ - Dokumentasi Luaran: ‘Dokumen yang digunakan untuk membantu pengguna.’ Di bahagian atas imej, terdapat tajuk ‘Jenis Dokumentasi’. Di sudut kanan bawah, terdapat logo ‘Pandai’. Latar belakang kotak adalah berwarna biru dengan corak grid.

  • Teknik Leraian
    • Teknik ini digunakan untuk menyediakan dokumentasi.
  • Teknik Pengecaman Corak
    • Teknik ini boleh digunakan untuk menyediakan dokumentasi luaran dan dalaman.
  • Teknik Peniskalaan
    • Pembahagian kod atur cara dan penulisan inden dalam kod atur cara amat sesuai digunakan melalui teknik ini. 

1.1.2 Pelaporan Penggunaan Teknik Pemikiran Komputasional bagi Setiap Fasa Pembangunan Atur Cara
  • Melaporkan sesuatu perkara secara terurus dan terancang berdasarkan format tertentu.
  • Memberikan maklumat yang berguna tentang penggunaan teknik pemikiran komputasional.
  • Mengurus maklumat secara sistematik dan menunjukkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam menyelesaikan masalah atur cara dengan jelas.
  • Format pelaporan penggunaan teknik pemikiran komputasional bagi setiap fasa adalah seperti berikut:
    • Teknik Leraian
    • Teknik pengecaman corak
    • Teknik Peniskalaan
    • Teknik Pengitlakan
Teknik Leraian
  • Teknik leraian digunakan untuk menganalisis masalah supaya ia dapat  dipecahkan:

Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan ‘Teknik Leraian’. Carta ini dibahagikan kepada empat bahagian utama: 1. **Analisis Masalah** - Masalah besar dipecahkan kepada bahagian kecil. 2. **Pengendalian** - Mengkod algoritma untuk input-proses-output. 3. **Pengujian dan Penyahpepijatan** - Mengenal pasti dan membaiki ralat pada keseluruhan atur cara dan menguji kod input, kod proses & kod output. 4. **Dokumentasi** - Menyediakan dokumentasi dalaman dan luaran (Dokumen pustaka dan Panduan pengguna).

Teknik Pengecaman Corak
  • Selepas meleraikan masalah besar, setiap bahagian kecil atau masalah kecil akan dianalisis untuk mengecam corak-corak yang tertentu sekiranya ada.

Imej ini menunjukkan carta alir yang menerangkan ‘Teknik Pengecaman Corak.’ Carta ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama: 1. **Dokumentasi Dalaman**: - Maklumat penting tentang atur cara merupakan corak yang telah dicamkan. Komen tentang tugasan dan fungsi dilakukan oleh setiap bahagian/barisan kod arahan. 2. **Dokumentasi Luaran (Dokumen Pustaka)**: - Maklumat teknikal tentang atur cara untuk tujuan rujukan, penyelenggaraan dan penambahbaikan. 3. **Dokumentasi Luaran (Panduan Pengguna)**: - Maklumat tentang cara menggunakan atau melaksanakan arahan.

Teknik Peniskalaan

Gambar ini menunjukkan slaid pembentangan dengan tajuk ‘Teknik Peniskalaan’. Terdapat empat langkah utama yang dijelaskan dalam slaid ini, iaitu: 1. **Reka Bentuk Atur Cara** - Penentuan aspek-aspek penting tentang pengiraan nilai pemboleh ubah. 2. **Pengekodan** - Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar, input, proses, output. 3. **Pengujian dan Penyahpepijatan** - Semua pemboleh ubah dijelaskan dengan betul, formula yang digunakan adalah betul, output yang dihasilkan adalah tepat dan betul. 4. **Dokumentasi**

Teknik Pengitlakan
  • Menghasilkan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran berdasarkan aspek-aspek penting yang dikenal pasti.