Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Kemunculan Kesultanan Melayu Melaka ialah sambungan kepada kerajaan masyhur di Alam Melayu. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara dan menjadi sebuah kerajaan yang unggul dan gemilang.

 
5.1

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

 

Pengenalan

 

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara sekitar tahun 1400.

 

Parameswara

 

Pemilihan Lokasi yang Strategik oleh Parameswara

 
Lokasi yang dipilih ialah Sungai Melaka. Pada asalnya, muara sungai ini merupakan sebuah perkampungan nelayan dan tempat berjual beli serta pertukaran barang dagangan.
 
  1. Laluan perdagangan

Kedudukan Melaka di laluan perdagangan utama antara timur dengan barat membolehkannya mengawal laluan kapal dagang.

       2. Bentuk Muka Bumi

Melaka mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit-bukau yang sesuai dijadikan benteng pertahanan dan menjadi panduan kapal dagang.

       3. Benteng Pertahanan

Pokok bakau dan api-api yang terdapat di pesisir pantai pula menjadikannya sebagai benteng pertahanan.

       4. Terlindung Angin Monsun

Keadaan ini membolehkan kapal dagang datang dan berlabuh di pelabuhan Melaka dengan selamat.

 
5.2

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

 

Faktor Kegemilangan (faktor kepemimpinan raja yang berwibawa, sistem pentadbiran yang cekap dan sistem perundangan yang tersusun)

 

Kepimpinan Raja

Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.

  1. Keturunan Raja Palembang

• Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.

• Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.

 

       2. Peranan yang Unggul

• Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.

• Merupakan ketua angkatan tentera.

• Mengetuai hubungan diplomatik.

 

       3. Daulat dan Alat Kebesaran

• Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat wajib memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja.

• Alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat, keris. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.

 

       4. Kewibawaan

• Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.

• Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka.

 

Sistem Pentadbiran

 

Sistem Pembesar Empat Lipatan

Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran.

 

Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.

 

Tugas Pembesar

Tugas utama pembesar ialah:

• Menjaga keamanan kawasan.

• Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.

Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir :

• Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.

• Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti.

 

Pembesar berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

 

Sistem Perundangan

 
  1. Hukum Kanun Melaka
  2. Undang-undang Laut Melaka
  3. Undang-undang Adat
 

Aspek Kegemilangan

 

1.Empayar Yang Luas

Cara Pembentukan Empayar : 1. Penaklukan    2. Perkahwinan     3. Naungan

 

Kepentingan Pembentukan Empayar 

Politik Ekonomi

Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.

Menguasai perdagangan di Selat Melaka.

   
Sosial Agama
Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa. Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, Timur Sumatera dan Patani.
 
 

2.Pusat Penyebaran Agama Islam

Cara Penyebaran Agama Islam :

1. Peingislaman Pemerintah

Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

2. Peranan Ulama dan Mubaligh

Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya.

3. Peluasan Kuasa

Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.

 

Kesan Penyebaran Agama Islam :

1. Tumpuan Ulama

2. Tempat Pembelajaran

3. Persuratan

Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.

4. Pemerintahan dan Pentadbiran 

Jawatan mufti dan kadi diwujudkan untuk kelicinan pengurusan agama Islam.

 

3. Pusat Perdagangan

1. Kedudukan Strategik

Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China.

2. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barangan

Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas, kain pelikat, tembikar, dan bahan makanan.

3. Dikunjungi Pedagang dari Dalam dan Luar Alam Melayu

Pelabuhan Melaka juga dikunjungi oleh pedagang dari, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, dan Annam.

 

4. Pengurusan Perdagangan

1. Syahbandar (Urusan Perdagangan) : Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.

2. Cukai Perdagangan : Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat pedagang ke Melaka.

3. Mata Wang : Perdagangan tukar barang berlaku antara barangan dari China dan Alam Melayu dengan barangan dari Barat dan India.

4. Orang Laut (Tentera perairan Melaka): Tugas orang laut ialah memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan.

 
5.3

Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka

 

Pengenalan

 

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511.

 

Faktor Dalaman

 
  • Masalah Kepimpinan

-Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran.

-Perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar.

  • Masalah Perpaduan

-Askar upahan dari luar yang tidak taat setia kepada Melaka.

-Rakyat tidak bersatu padu.

 

Serangan Portugis

 

Kedatangan Portugis ke Alam Melayu kerana ingin mencapai matlamat kekayaan, keagamaan dan kemasyhuran. Portugis ingin mengawal perdagangan rempah,  menyebarkan agama Kristian dan menghapuskan penguasaan pedagang Islam. Disebabkan kegagalan rundingan antara Portugis dan Melaka, Portugis melancarkan serangan sebanyak tiga kali, iaitu pada 25 Julai 1511, 10 Ogos 1511 dan 24 Ogos 1511.

 

Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis

 

-Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai.

-Melaka menggunakan tentera bergajah bagi menghadapi serangan Portugis.

-Menggunakan lancaran (perahu yang bergerak laju) dan perahu berapi.

 

Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan

 

1. Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentan.

2. Di antara tahun 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk mendapatkan semula Melaka tetapi gagal.

3. Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan oleh Portugis.

4. Akhirnya, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat pada tahun 1528.