05-02: Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
 
Faktor Kegemilangan 

Kepimpinan Raja
  • Raja merupakan ketua pemerintah dan ketua kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.
 
1. Keturunan Raja Palembang

  • Pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain.
  • Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.
 
2. Peranan yang Unggul

  • Menjadi simbol perpaduan dan kemakmuran.
  • Merupakan ketua angkatan tentera.
  • Mengetuai hubungan diplomatik.
 
3. Daulat dan Alat Kebesaran

  • Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja sebagai pemimpin. Rakyat wajib memberikan taat setia sepenuhnya dan tidak boleh menderhaka kepada raja.
  • Alat kebesaran diraja termasuklah cap mohor, nobat, keris. Alat kebesaran digunakan semasa upacara istiadat pertabalan, perkahwinan dan kemangkatan raja.
 
4. Kewibawaan

  • Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil, berwibawa dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.
  • Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan mengikut Hukum Kanun Melaka.
 
Sistem Pentadbiran
 
Sistem Pembesar Empat Lipatan

  • Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran.
  • Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan kampung.
  • Merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tonggak utama pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
 
Tugas utama pembesar ialah:

  • Menjaga keamanan kawasan.
  • Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah.

Pemerintah Melaka juga mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir :

  • Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
  • Pembesar dibenarkan mengutip cukai di kawasannya dan menyerahkannya kepada pemerintah sebagai ufti.
 
Sistem Perundangan
  1. Hukum Kanun Melaka
  2. Undang-undang Laut Melaka
  3. Undang-undang Adat
 
Aspek Kegemilangan

Empayar yang Luas

Cara Pembentukan Empayar : 

  • Penaklukan   
  • Perkahwinan     
  • Naungan
 
Kepentingan Pembentukan Empayar

Politik Meluaskan wilayah dan jajahan takluk.

Ekonomi

Menguasai perdagangan di Selat Melaka.

Sosial  Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan bangsa.
Agama Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, Timur Sumatera dan Patani.
 
Pusat Penyebaran Agama Islam

Cara Penyebaran Agama Islam:

  •  Pengislaman Pemerintah

Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka.

  • Peranan Ulama dan Mubaligh

Pemerintah Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan pengaruhnya.

  • Peluasan Kuasa

Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.

Kesan Penyebaran Agama Islam

1. Tumpuan Ulama

2. Tempat Pembelajaran

3. Persuratan : Pengaruh Islam terdapat dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.

4. Pemerintahan dan Pentadbiran : Jawatan mufti dan kadi diwujudkan untuk kelicinan pengurusan agama Islam.

Pusat Perdagangan
  • Kedudukan Strategik

Melaka terletak di laluan perdagangan antara India dengan China.

  • Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barangan

Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas, kain pelikat, tembikar, dan bahan makanan.

  • Dikunjungi Pedagang dari Dalam dan Luar Alam Melayu

Pelabuhan Melaka juga dikunjungi oleh pedagang dari, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon, Burma, Kemboja, dan Annam.

Pengurusan Perdagangan
  • Syahbandar (Urusan Perdagangan) : Tugas syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga kebajikan serta keselamatan pedagang.
  • Cukai Perdagangan : Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik minat pedagang ke Melaka.
  • Mata Wang : Perdagangan tukar barang berlaku antara barangan dari China dan Alam Melayu dengan barangan dari Barat dan India.
  • Orang Laut (Tentera perairan Melaka): Tugas orang laut ialah memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa gangguan.
  • Kemudahan Pelaburan: Gudang menyimpan barang, kemudahan pengangkutan, tempat beribadat, bekalan makan minum, khidmat membaiki kapal dan tempat penginapan.
 
Hubungan Luar
 
Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Alam Melayu
Pasai
  • Hubungan berlaku atas dasar sama taraf.
  • Hubungan diplomatik terjalin melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan Pasai, iaitu Puteri Ratna Kaumala.
  • Hubungan juga berlaku atas dasar berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama Islam.
  • Hubungan ini membantu kemunculan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam.
Demak
  • Hubungan berlaku atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran Islam.
  • Kerajaan Demak membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada Melaka.
  • Hubungan ini penting bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Melaka.
Majapahit
  • Hubungan terjalin disebabkan oleh perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri Majapahit.
  • Hubungan ini dapat mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit.
  • Hasil hubungan ini, wilayah Melaka menjadi semakin luas dan tamatnya ancaman daripada Majapahit.
Makasar
  • Melaka telah menghantar utusan persahabatan ke Makasar.
  • Hubungan ini berlaku dalam aspek perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan kesenian.
  • Hubungan ini semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi "Budak Raja" kepada Sultan Melaka.
 
Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Kerajaan Luar Alam Melayu
China
  • Hubungan diplomatik, persahabatan dan perdagangan terjalin dengan kunjungan utusan diketuai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan Laksamana Zheng He pada tahun 1405.
  • Pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Sultan Melaka. Melaka mendapat naungan dan perlindungan daripada China.
  • Pengiktirafan dan perlindungan daripada China dapat mengelakkan ancaman Siam. Melaka mahu situasi menang-menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya.
Ryukyu (Jepun)
  • Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan kerajaan Ryukyu.
  • Sultan Mansar Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan tingkah laku pedagangnya yang melanggar undang-undang di Melaka.
  • Hubungan ini membantu meningkatkan lagi perdagangan dengan Melaka.
Siam
  • Melaka pernah diancam oleh Siam semasa pemerintahan Parameswara dan Sultan Muzaffar Shah.
  • Melaka menjalinkan hubungan dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.
  • Melaka telah menghantar utusan ke Siam yang diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana Putera.
  • Melalui hubungan ini, Melaka memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makanan daripada Siam serta dapat menjamin keselamatanya.
Kerajaan Lain
  • Hubungan berbentuk perdagangan pula dilakukan dengan Pegu, Luzon, Gujerat, Koromandel dan Bengal.
  • Melaka juga menjalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi, Turki dan Arab.
  • Kesannya. Melaka telah muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam yang ulung Alam Melayu.