Penubuhan Parti Politik

7.5 Penubuhan Parti Politik
 
Pengenalan Parti Politik
  • Parti politik banyak ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua kerana perkembangan nasionalisme, iaitu semangat untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah dan seterusnya mewujudkan negara yang merdeka dan berdaulat.
  • Kepelbagaian parti politik telah mewujudkan kerjasama antara parti untuk mengukuhkan perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air.
 
Parti Politik yang Muncul pada Tahun 1940-an
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam.
  • Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu.
  • Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum.
  • Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya.
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
  • Dipimpin oleh Abang Haji Zaini, Abang Haji Openg dan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
  • Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Sarawak.
  • Menentang penyerahan Sarawak.
  • Dinamakan Persatuan Melayu Sarawak (PMS) namun diharamkan semasa pendudukan Jepun.
Angkatan Pemuda Insaf (API)
  • Dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
  • Menggumpul tenaga pemuda sebagai penggerak untuk membuat perubahan politik.
  • Menggunakan slogan “Merdeka dengan Darah” untuk memperjuang kemerdekaan.
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
  • Dipimpin oleh Mohd Sirat Yaman, Awang Rambli, Rosly Dhoby dan Morshidi Sidek.
  • Perjuangan menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan Sarawak.
United Malays National Organisation (UMNO)
  • Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman .
  • Perjuangan adalah menentang Malayan Union.
  • Bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan.
Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
  • Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.
  • Perjuangan untuk kemajuan dalam bidang sosioekonomi.
  • Menuntut agar Sabah dimerdekakan daripada pentadbiran British.
Malayan Indian Congress (MIC)
  • Dipimpin oleh John Thivy dan K.L Devasar.
  • Perjuangan adalah menjaga kepentingan orang India dan memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain.
Barisan Pemuda (BARIP)
  • Dipimpin oleh Mandur Syarif, Imam Suhaili Yaakub dan Pengiran Ahmad.
  • Perjuangan untuk menyatukan anak negeri dan bekerjasama memperbaik keadaan ekonomi dan politik dan tuntut keadilan dari pentadbiran British.
Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
  • Dipimpin oleh Abang Mohd. Kassim Taha dan Ahmad Zaidi Adruce.
  • Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri dan menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Malayan Chinese Association (MCA)
  • Dipimpin oleh Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin dan H.S.Lee.
  • Perjuangan untuk memelihara kepentingan kaum Cina.
Gambar ini menunjukkan peta minda yang menggambarkan parti-parti politik yang muncul pada tahun 1950-an. Di tengah-tengah, terdapat teks ‘PARTI POLITIK YANG MUNCUL PADA TAHUN 1950-AN’. Terdapat empat kotak yang dihubungkan dengan anak panah ke teks tengah: 1. Parti Negara 2. Independence of Malayan Party (IMP) 3. People's Progressive Party (PPP) 4. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) Logo Pandai juga terdapat di sebelah teks tengah. Latar belakang gambar mempunyai elemen grafik berwarna coklat dan merah.
Parti Politik yang Muncul Pada Tahun 1950-an
Independence of Malayan Party (IMP)
  • Pimpinan oleh Dato’ Onn Jaafar dan Tan Cheng Lock.
  • Perjuangan untuk menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu.
  • Kerjasama kaum sebagai dasar penting untuk mencapai kemerdekaan.
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
  • Pimpinan oleh Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Burhanuddun al-Helmi.
  • Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu.
  • Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu.
People's Progressive Party (PPP)
  • Dr. S. Kanapathippilai dan Dr. Seenivasagam sebagai pemimpin.
  • Memperjuangkan hak sama untuk semua kaum.
  • Memperjuangkan keadilan sosioekonomi berasaskan demokrasi berparlimen.
Parti Negara
  • Pimpinan oleh Dato’ Onn Jaafar , Dato’ Hamzah Abdullah, Heah Joo Seang, E.E.C Thuraisingam dan P. Ramani.
  • Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum.
  • Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu.
 
Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
Pakatan PUTERA-AMCJA
  • Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) bergabung pada Disember 1947.
  • Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock.
  • Melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat sebagai alternatif pembinaan negara bangsa merdeka.
  • Manifesto ini cadangkan pemerintahan sendiri, pembentukan Dewan Perundangan dan penerimaan satu kewarganegaraan.
Persidangan Kebangsaan
  • Dato’ Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak iaitu Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz sebagai pemimpin.
  • Membincangkan masalah membentuk gabungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yang bersatu.
  • Disertai oleh:
    • Independence of Malayan Parety (IMP)
    • Malayan Indian Congress (MIC)
    • Persatuan Ceylonese Malaya
    • Persatuan Eurasian Malaya
  • Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan.
Konvensyen Kebangsaan
  • Penganjur, UMNO (Tunku Abdul Rahman) dan MCA (Tan Cheng Lock).
  • Membincangkan usaha ke arah kemerdekaan dan masa depan Tanah Melayu.
  • Parti yang hadir
    • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
    • Persetiaan Melayu Kelantan
    • Persatuan Melayu Semenanjung
  • Meluluskan resolusi mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan.
Pembentukan Parti Perikatan
  • MIC menyertai UMNO dan MCA membentuk Parti Perikatan.
  • Menggunakan kapal layar sebagai logo untuk melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara.