Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita

 
6.4  Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
 
Aspek Politik
 
  • Peningkatan Jumlah Warganegara
    • 1952 kerajaan longgarkan syarat kewarganegaraan.
    • Lebih kurang 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India jadi warganegara.
 
  • Penubuhan Malayan Chinese Association
    • Sir Henry Gurney ambil langkah menawan hati penduduk Cina ke arah penubuhan parti politik berorientasikan tempatan.
    • Tan Cheng Lock membentuk Malayan Chinese Association (MCA) di Kuala Lumpur dan berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis.
    • Membantu kerajaan dari segi kewangan - menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru.
    • Menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan (didermakan kepada penduduk Kampung Baru - berjaya kumpulkan $2.5 juta bagi memperbaik kehidupan penduduk Cina di Kampung Baru
 
Gambar ini menunjukkan satu peta minda atau diagram yang menerangkan empat faktor yang menyebabkan British berjaya mempercepatkan kemerdekaan Parti Tindakan Rakyat (PTM) di Tanah Melayu pada tahun 1955.  Peta minda tersebut mengandungi empat bulatan besar berwarna merah dengan nombor 1 hingga 4. Berikut adalah penerangan bagi setiap bulatan:  1. Darurat menjadi faktor British bersedia untuk mempercepatkan kemerdekaan PTM.  2. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) meningkatkan kesedaran politik pemimpin kaum.  3. Kemenangan Perikatan dalam Pilihanraya Umum 1955 memberi keyakinan kepada British bahawa PTM dapat menewaskan komunis melalui perpaduan kaum.  4. British memberi merdeka kepada PTM, jadi PKM tiada alasan untuk meneruskan perjuangan.  Secara keseluruhan, gambar ini menggunakan warna merah, putih dan sedikit warna hijau sebagai skema warnanya. Ia turut menampilkan beberapa simbol seperti bintang dan lingkaran yang berfungsi sebagai hiasan. Keseluruhan maklumat dalam gambar ini ditulis dalam Bahasa Melayu.
 

 

Aspek Sosioekonomi
 
  • Meningkatkan Kos Perbelanjaan
    • Meningkatkan perbelanjaan British untuk tangani komunis.
    • Purata kos darurat ialah $250 ribu - $300 ribu sehari.
    • Kerajaan belanja lebih $10 juta sebulan atau $120 juta setahun untuk banteras komunis.
    • Kerajaan belanja kos besar untuk selesaikan masalah penempatan semula penduduk di pinggir hutan.
    • Dari 1950-1953, perbelanjaan kerajaan dianggarkan $7 juta untuk pembangunan Kampung Baru.
 
  • Menyebabkan Penderitaan dan Kesengseraan kepada Rakyat
    • Ladang dan lombong menjadi sasaran serangan komunis.
    • Pengeluaran tanaman padi dan makanan lain semakin berkurangan.
    • Harga barang makanan dan keperluang harian melambung tinggi.
    • Peniaga, pekedai, pengusaha kebun, peladang dan pelombong menghadapi kesukaran kerana mereka merupakan sasaran peras ugut komunis.
    • Jika gagal penuhi tuntutan komunis menyebabkan kemusnahan lombong, ladang, kedai dan mengancam nyawa.
    • Penduduk sukar bergerak dan memperoleh bekalan keperluan kerana terpaksa mematuhi peraturan kerajaan.
    • Akhirnya penduduk tidak dapat menjalankan kegiatan harian.
    • Ramai pekebun dan pekerja lombong tidak dapat bekerja kerana perintah berkurung.
    • Catuan bekalan makanan menyebabkan mereka bergantung kepada makanan seperti ubi kayu, keledek dan jagung.
 
  • Merenggangkan Hubungan Kaum
    • Penempatan semula Kampung Baru didominasi oleh kaum tertentu.
    • Kaum Cina dikumpulkan di petempatan yang sama, manakala kaum lain dipetempatan lain.
    • Petempatan baharu dilengkapi dengan prasarana biasanya berkembang menjadi bandar baharu, manakala kaum Melayu hanya di kampung yang serba kekurangan.
    • Kawalan keselamatan yang ketat menyebabkan menyebabkan hubungan dengan kaum lain terbatas.
    • Ia tidak memberi ruang kpd penduduk Kampung Baru bersosial dgn kaum lain.
    • Pengasingan menyebabkan hubungan antara kaum renggang.
 
  • Jumlah Korban Zaman Darurat
    • Banyak anggota pasukan keselamatan, komunis dan orang awam terkorban.
    • Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan penduduk PTM.
 
Penamatan Darurat
 
  • Kesan darurat
    • Nyawa terkorban.
    • Harta benda musnah.
    • Kesengsaraan dan kesulitan rakyat.
    • Tindakan komunis menyebabkan keadaan huru-hara.
 
  • Darurat tamat
    • Darurat tamat diseluruh negara berkuatkuasa mulai 31 Julai 1960.
    • Berlangsung selama 12 tahun.