Ancaman Komunis di Negara Kita

 
 
6.2  Ancaman Komunis di Negara Kita
 
  • Gerakan Komunis Antarabangsa anjurkan dau persidangan di Calcutta, India.
  • Pengikut komunis di kawasan yang dijajah digesa untuk memperhebat perjuangan menentang kuasa imperialis.
  • Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM lancarkan perjuangan bersenjata.
  • Untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
  • Disebabkan ini, British isytiharkan darurat.
  • PKM terus melumpuhkan ekonomi dan mengancam keselamatan rakyat.
 

Perisytiharan Darurat

  • Komunis membunuh
    • Tiga orang pengurus ladang Eropah di Perak.
    • Arthur Walker, pengurus Ladang Ephil.
    • John Allison, pengurus Ladang Phin Soon dan pembantunya Ian Crisitan.
    • Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British mengisytiharkan darurat.
    • Dilaksanakan di Perak dan Johor.
 

Tindakan Komunis

  • Komunis tetap menjalankan aktiviti walaupun Undang-undang Darurat dilaksanakan.
  • Mencetuskan huru-hara di seluruh negara.
  • Matlamatnya supaya penduduk hilang keyakinan terhadap British.
  • Komunis Melumpuhkan Ekonomi
    • Lombong bijih timah dan ladang getah sasaran utama serangan.
    • Komunis menyerang 80 lombong di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
    • Merosakkan pokok getah, kilang estet, rumah asap, rumah kongsi, kedai dan sekolah serta membunuh pekerja.
    • Menyebabkan kesusahan hidup pekerja lombong dan ladang getah.
  • Komunis Merosakkan Infrastruktur
    • Komunis sabotaj kemudahan asas terutama pengangkutan dan perhubungan.
    • Mereka mengebom, merosakkan dan mengalihkan landasan keretapi.
    • Kenderaan lalui jalan raya ditembak , dibakar.
    • Sabotaj kemudahan telefon dan telegraf serta merosakkan paip air.
    • Menyerang pekerja awam yang membaiki jalan raya, memasang paip air, membina sistem pengairan, yang menjalankan penyelidikan di tapak skim hidroelektrik.
    • Menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan.
  • Komunis Mengancam Keselamatan Rakyat
    • Mengugut, mensabotaj, meyerang, melakukan kekejaman, menganiaya, menculik, merampas, membakar harta benda dan bunuh penduduk yang enggan bekerjasama.
    • Komunis mencampakkan bom tangan di Sheum Circus, Kampar Perak. Akibatnya 46 orang sedera parah dan 4 mati.
    • Menyebabkan rakyat derita dan sengsara.
    • 13 September 1948, Sir Henry Gurney dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi gantikan Sir Edward Gent.
    • Pada 6 Oktober 1951 Sir Henry Gurney menjadi mangsa serang hendap komunis di Jalan Kuala Kubu Bharu dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
  • Komunis Mengancam Pasukan Keselamatan
    • PKM sasarkan pasukan keselamatan dan serang balai polis.
    • Antara pasukan yang terkorban:
      • Polis
      • Special Constables
      • Auxiliary Police
      • Tentera
    • Kronologi serangan ke atas pasukan keselamatan:
      • 17 Jun 1948 - Johor, Komunis serang Balai Polis Kampung Jeram.
      • 26 Jun 1948 - Temerloh, Pahang, menyerang Balai Polis Kuala Krau.
      • 28 Jun 1948 - Jerantut, Pahang, membakar balai polis.
      • 17 Julai 1948 - Gua Musang, Kelantan, menyerang Balai Polis Gua Musang.
      • 8 Mac 1949 - Kajang,Selangor, menyerang jip tentera.
      • 22 Februari 1950 - Muar, Johor, menyerang Balai Polis Bukit Kepong.
      • 24 Mac 1950 - Ulu Semur, Kelantan, menyerang pasukan askar Melayu.
      • 28 Jun 1950 - Kota Tinggi, Johor, menyerang Balai Polis Kambau.
      • 21 Februari 1951 - Taiping, Perak, menyerang kenderaan polis.
      • 28 Mei 1954 - Kedah, membunuh Ketua Polis Kedah.
      • 18 Oktober 1951 - Pontian, Johor, menyerang Balai Polis Chuan Seng.