Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
 
Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu 1948
  • Diperkenalkan untuk menggantikan Malayan Union 1946.
  • Terdapat juga rakyat yang mencadangkan perlembagaan alternatif iaitu Perlembagaan Rakyat.
 
Penubuhan Jawatankuasa Kerja
  • Ditubuhkan pada 25 Julai 1946.
  • Matlamat: Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, UMNO dan pegawai kanan British.
 
Ahli Jawatankuasa
Wakil Kerajaan British
  • A.T. Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union).
  • K.K O’ Connor (Peguam Negara Malayan Union).
  • W.D. Godsall (Setiausaha Kewangan).
  • Dr. W. Linehan-MCS.
  • A. Williams-MCS.
  • D.C Watherston-Setiausaha.
Wakil UMNO
  • Dato' Onn Jaafar
  • Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin
  • Haji Megat Yunus
Wakil Raja-raja Melayu
  • Raja Kamaralzaman Raja Ngah Mansur (Raja Kecil Tengah Perak).
  • Dato' Hamzah Abdullah (Orang Kaya Menteri Besar Selangor).
  • Haji Mohammad Sheriff Osman (Setiausaha Kerajaan Kedah).
  • Dato' Nik Ahmad Kamil Mahmud (Dato' Seri Setia Raja Kelantan).
Penasihat Undang-undang
  • Theodore Adams (Penasihat Raja-raja Melayu).
  • Roland Braddell (Penasihat Undang-undang UMNO).
  • Ralph Hone (Pemerhati dan wakil Gabenor Jeneral).
 
Cadangan Jawatankuasa Kerja
  • Bermula pada awal bulan Ogos 1946 sehingga pertengahan bulan September 1946.
Gambar ini menunjukkan satu peta minda atau carta alir bertajuk cadangan jawatankuasa kerja Satukan semua negeri Melayu dalam satu pentadbiran serta dua-dua Neger-negeri selat Menubuhkan Dewan Perundangan Negeri bagi setiap negeri Pulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu CADANGAN JAWATANKUASA KERJA Pandai Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain Mengenakan syarat kewarganegaraan yg ketat
Gerakan Nasionalis Melayu Radikal
  • Menentang British menjalankan rundingan secara tertutup dengan UMNO.
  • British mengetepikan PKMM daripada Jawatankuasa Kerja.
  • Golongan ini membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Pengerusinya ialah Dr Burhanuddin al-Helmi.
    • Angkatan Pemuda Insaf (API), Ahmad Boestamam.
    • Gerakan Angkatan Muda (GERAM), Aziz Ishak dan Abdul Samad Ismail.
    • Hizbul Muslimin, Abu Bakar al-Baqir.
    • Barisan Tani Malaya (BATAS), Musa Ahmad.
    • Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Shamsiah Fakeh.
 
Gabungan PUTERA-AMCJA
  • Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) dengan Tan Cheng Lock sebagai pengerusi.
  • Menganggap British tidak tunduk kepada tuntutan UMNO.
  • Mereka menganggap Jawatankuasa Kerja ini tidak demokratik.
  • Bergabung dengan PUTERA dan menolak perjanjian persekutuan.
  • AMCJA terdiri daripada:
    • Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU), Chan Loo (Setiausaha).
    • Malayan Democratic Union (MDU), John Eber (Ketua).
    • Malayan Indian Congress (MIC), John Thivy (Presiden).
  • Golongan AMCJA membantah Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil bukan Melayu.
 
Sumbangan Nasionalis Melayu Radikal
  • Matlamat perjuangan untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan dan menyatukan seluruh Tanah Melayu.
  • Memberi penekanan kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan menerbitkan akhbar.
  • Ahmad Boestaman menerbitkan akhbar Suara Rakyat untuk membuka minda rakyat ke arah ingin bebas dan merdeka.
  • PKMM berjaya tubuhkan cawangan di negeri Perak, Hulu Langat, Selangor dan Temerloh, Pahang.
    • Memperjuangkan pembelaan terhadap ketidakadilan.
    • Berjuang berdasarkan prinsip dan falsafah.
 
Cadangan PUTERA-AMCJA
  • Menentang Persekutuan Tanah Melayu 1948 kerana tidak bersetuju Jawatankuasa Kerja hanya diwakili UMNO, Raja-raja Melayu dan British.
  • Cadangan PUTERA:
    • Kedudukan Bahasa Melayu.
    • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri.
    • Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu.
    • Bendera dan lagu kebangsaan.
  • Cadangan AMCJA:
    • Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura.
    • Sebuah kerajaan pusat yang kuat.
    • Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
    • Kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
    • Adat istiadat dan agama Islam.
    • Syarat Kewarganegaraan.
  • Akhir bulan Mac 1947, cadangan PUTERA dan AMCJA digabungkan dan membentuk Perlembagaan Rakyat.
  • Draf Perlembagaan Rakyat:
    • Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
    • Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih bagi seluruh Tanah Melayu.
    • Kewarganegaraan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup curahkan kesetiaan.
    • Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan yang bertanggungjawab kepada rakyat dan menerima nasihat melalui Majlis Mesyuarat.
    • Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu diketuai sepenuhnya oleh orang Melayu melalui Majlis Khas.
    • Perhatian khas hendaklah diberikan kepada kemajuan politik dan ekonomi orang Melayu.
    • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di Tanah Melayu.
    • Hal ehwal luar negeri dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Tanah Melayu dan kerajaan British.
    • Kewarganegaraan Malaya harus dinamakan Melayu.
    • Warna merah dan putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Tanah Melayu.
  • British menolak Perlembagaan Rakyat dan terima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
  • PUTERA-AMCJA anjurkan hartal, 20 September 1947 (menutup kedai dan berhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga).
  • Hartal dilaksanakan di bandar utama di Tanah Melayu dengan sokongan Dewan Perniagaan Cina.