Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita

1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita
 
  • Kuasa Barat menggunakan strategi yang berdiplomasi dan bersifat agresif
  • Belanda – Serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat
  • British – Lebih bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat
 
 
Strategi Belanda

 

1. Serangan Fizikal

  • 1650 & 1651 - Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Pulau Pangkor dan di Kuala Perak disebabkan oleh dasar monopoli bijih timah oleh Belanda.
  • 1763 - Belanda berperang dengan angkatan Selangor dan Rembau kerana bimbang penguasaan Selangor ke atas Selat Melaka.
  • 1782 - Belanda berperang dengan Johor disebabkan berlaku perselisihan mengenai perdagangan.
  • 1784 - Belanda berperang dengan Johor dan Selangor kerana masalah perebutan perairan Selat Melaka.
  • 1784 & 1785 - Belanda Berperang dengan angkatan Selangor di Kuala Selangor.

 

2. Pakatan 

  • 1641 - Belanda mengadakan pakatan dengan Johor dan berjaya mengalahkan Portugis di Melaka.
  • 1824 - Belanda mengadakan pakatan dengan British dan bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda.

 

3. Perjanjian

  • 1640 - Belanda mengadakan perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah.
  • 1786 - Perjanjian dengan Selangor, Sultan Ibrahim bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda
 
Strategi British

 

1. Manipulasi 

  • British mendapatkan Singpura.
  • 1871: berlaku perebutan takhta di Perak.
  • Kejadian lanun merompak kapal dagang British di Selangor dan menyerang rumah api di Tanjung Rachado.
  • Konflik antara dua pembesar di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.

 

2. Ugutan / Desakan

  • membuat ugutan agar sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing.
  • James Brooke mendesak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak.

 

3. Tipu Helah

  • British mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah.
  • Francis Light guna tipu helah kepada Sultan Kedah.

 

4. Pakatan

  • British mendapatkan Melaka.
  • Menyaksikan pakatan kuasa Barat, British dan Belanda memeterai Pejanjian British-Belanda pada tahun 1824.
  • Melalui perjanjian ini, British berjaya mendapatkan Melaka manakala Belanda memperoleh Bangjkahulu.

 

5. Perjanjian

  • British mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British.
  • Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke menjadi Raja Sarawak.

 

6. Pajakan

  • Melalui pajakan dan pemberian SBUB, British meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah.

 

7. Serangan Fizikal

  • 1831 &1832: keengganan Penghulu Naning Dol Said tunduk kepada kekuasaan British di melaka menyebabkan British menyerang Naning.
  • British membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri masalah takhta Sultan MAhmud Lingga.
 
Peta Minda