Gangguan kepada Koordinasi Badan

 
7.2  Gangguan kepada Koordinasi Badan
 
1. Jenis-jenis darah
 
Jenis dadah Penjelasan Contoh
Penenang
  • Menghalang atau melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan
  • Pengguna akan mengantuk dan kurang cemas
  • Barbiturat
  • Alkohol
Perangsang
  • Mempercepat pergerakan impuls dalam koordinasi badan
  • Pengguna akan berasa sangat yakin dan berwaspada terhadap perubahan sekeliling
  • Amfetamina
  • Metamfetamin
Inhalan
  • Bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan
  • Menyebabkan halusinasi
  • Merosakkan otak, peparu dan ginjal
  • Pelarut
  • Bahan gas
Halusinogen
  • Mengubah laluan impuls di dalam otak
  • Menyebabkan khayal, menjejaskan persepsi
  • Menjejaskan koordinasi otot
  • Menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud
  • Ketamin
  • Dietilamida asid lisergik
 

2.Faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah

  • Sifat ingin tahu
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Mencari keseronokan
  • Ingin mengatasi kesedihan
  • Ingin melupakan masalah

3. Kesan penyalahgunaan dadah

  • Ketidakseimbangan hormon
  • Pertuturan tidak jelas
  • Tindakan refleks yang lambat
  • Hilang keseimbangan

4. Kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kesihatan fizikal dan mental

  • Sirosis hati
  • Ulser perut
  • Perlakuan ganas
  • Halusinasi