Sistem Suria

12.1  Sistem Suria
   
Perbandingan Jarak Planet dalam Sistem Suria dari Matahari

 1 ) Unit Astronomi(A.U.) 

\(1 A.U. = 1.5 \times 10^8 \text{ km}\)
  • Untuk pertukaran antara unit astronomi dengan km:
Jarak dalam A.U \(=\dfrac{ \text{Jarak dalam km}}{1.5 \times 10^8\text{ km}}\)
   
 2 ) Tahun Cahaya (ly)

1 tahun cahaya \(= 9.5 \times 10^{12}\text{ km}\)
  • Untuk pertukaran antara tahun cahaya dengan km : 
Jarak dalam ly\( =\dfrac{\text{Jarak dalam km} }{9.5 \times 10^{12}\text{ km}}\)

Planet - planet dalam Sistem Suria

  1. Utarid - yang paling dekat dengan Matahari
  2. Zuhrah - kedua terdekat dengan Matahari
  3. Bumi - ketiga terdekat dengan Matahari
  4. Marikh - keempat terdekat dengan Matahari
  5. Musytari - kelima terdekat dengan Matahari
  6. Zuhal - keenam terdekat dengan Matahari
  7. Uranus - ketujuh terdekat dengan Matahari

Ciri - ciri planet

Hubungan antara Suhu Planet dengan Matahari

Secara teorinya, planet yang berada lebih dekat dengan Matahari menerima banyak haba. Walau bagaimanapun, situasi sebenar adalah kompleks. Suhu permukaan bagi setiap planet ialah : 

  • Utarid - (-173°C to 427°C)
  • Zuhrah - (462°C)
  • Bumi - (-89.2°C to 56.7°C)
  • Marikh - (-143°C to 35°C)
  • Musytari - (-108°C)
  • Zuhal - (-139°C)
  • Uranus - (-197.2°C)
  • Neptun - (-201°C)
   
Hubungan antara Ketumpatan dengan Tarikan Graviti Planet

  • Tarikan graviti di permukaan sesuatu planet bergantung pada jisim dan ketumpatan planet itu
  • Tarikan graviti Utarid dan Marikh adalah lebih rendah daripada Bumi disebabkan jisim planet yang rendah
  • Tarikan graviti Zuhrah adalah hampir sama dengan Bumi kerana jisimnya hampir sama dengan Bumi
  • Tarikan graviti Musytari sangat tinggi berbanding dengan Bumi kerana jisimnya yang sangat tinggi
  • Walaupun Zuhal, Uranus dan Neptun mempunyai jisim yang sangat tinggi, tarikan graviti planet-planet ini tidak terlalu tinggi berbanding dengan Bumi kerana planet gergasi bergs mempunyai ketumpatan yang rendah 
   
Hubungan Jarak, Masa dan Kelajuan

  • Semakin jauh sebuah planet dari Matahari, semakin banyak masa diperlukan untuk mengelilingi Matahari dalam satu orbit
   
Arah Putaran Planet

  • Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah dan Uranus
  • Zuhrah berputar dari timur ke barat
  • Uranus nerputar pada sisinya

Situasi Hipotetikal berkaitan dengan Sistem Suria

Apakah yang akan berlaku jika putaran Bumi menjadi perlahan atau berhenti berputar?

  1. Waktu siang dan malam yang panjang di dua bahagian Bumi yang berbeza
  2. Waktu berlaku pasang surut air berubah
  3. Suhu pada bahagian Bumi yang tidak disinari Matahari akan menjadi sangat dingin
  4. Pertambahan kawasan gurun pada bahagian Bumi yang menghadap Matahari

Bumi Sebagai Planet untuk Hidupan

Ciri - ciri Bumi
  • Mempunyai kandungan air yang banyak 
  • Mempunyai kandungan oksigen yang tinggi 
  • Mempunyai julat suhu yang sesuai
  • Mempunyai atmosfera yang menghalang sinar-sinar yang berbahaya sampai ke Bumi
  • Menerima cahaya matahari
  • Mempunyai tarikan graviti