2.3
|
Saling Bersandaran dan Interaksi antara Organisma dan antara Organisma dengan Persekitaran
|
Istilah |
|
Habitat |
persekitaran atau tempat tinggal sesuatu organisma. |
Spesies |
sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang serupa dan boleh saling membiak dan menghasilkan anak. |
Populasi |
sekumpulan organisma yang sama spesies dan hidup di habitat yang sama. |
Komuniti |
bebrapa populasi organisma yang berbeza dan hidup bersama dalam satu habitat dan saling berinteraksi antara satu sama lain |
Ekosistem |
beberapa komuniti yang tinggal bersama - sama dalam saty habitat saling berinteraksi antara satu sama lain termasuk komponen bukan hidup. |
Interaksi antara Organisma
- Interaksi antara organisma:simbiosis, mangsa-pemangsa dan persaingan.
SIMBIOSIS
- Simbiosis berlaku apabila dua atau lebih organisma yang berlainan spesies, hidup bersama-sama dan berinteraksi antara satu sama lain.
- Simbiosis terdiri daripada mutualisme,komensalisme dan parasitisme.
Mutualisme |
Memberi manfaat kepada kedua-dua jenis organisma
Contoh : Liken merupakan alga dan kulat yang hidup bersama-sama
|
Komensalisme |
Memberi manfaat kepada satu organisma sahaja tanpa memudaratkan atau menguntungkan organisma yang satu lagi
Contoh: Ikan remora (komensal) melekat pada ikan jerung (perumah)
|
Parasitisme |
Interaksi yang menguntungkan satu organisma sahaja dan memudaratkan organisma yang satu lagi
Contoh: Cacing pita(parasit) yang hidup di dalam usus manusia (perumah)
|
MANGSA-PEMANGSA
- Melibatkan satu organisma yang makan organisma lain
- Mangsa ialah organisma yang dimakan oleh pemangsa
- Pemangsa ialah organisma yang memburu organisma lain sebagai sebagai makanan
- Contoh : Singa (pemangsa) and rusa(mangsa)
PERSAINGAN
- Persaingan berlaku apabila organisma dalam satu habitat bersaing untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad(cahaya, ruang, air, makanan dan pasangan).
Kawalan Biologi
- Kawalan biologi - kaedah yang menggunakan organisma iaitu,pemangsa semula jadi atau parasit untuk mengurangkan bilangan haiwan perosak di sesuatu kawasan.
- Contoh: Burung hantu dipelihara di ladang kelapa sawit untuk mengawal populasi tikus
Faktor-faktor yang mempengaruhi saiz populasi dalam suatu ekosistem
- Serangan penyakit
- Kehadiran pemangsa
- Sumber makanan
- Perubahan cuaca
Perubahan dalam Ekosistem
- Kekurangan bekalan air
- Contoh : Musim kemarau yang akan mengganggu keseimbangan antara populasi yang ada di sawah padi.
- Migrasi
- Contoh : Burung bangau kendi yang berhijrah ke Kuala Gula dari bulan September hingga April setiap tahun.
- Kesan: Bilangan serangga semakin berkurangan kerana dimakan oleh burung-burung.
- Perubahan saiz populasi
- Contoh : Kehadiran serangga perosak mengakibatkan populasi tumbugan menurun.