Sistem dan Struktur Bumi

9.1  Sistem dan Struktur Bumi
 
Sistem Bumi terdiri daripada empat komponen yang utama, iaitu atmosfera, biosfera, hidrosfera dan geosfera
Komponen

Atmosfera

Zon udara yang menyeliputi permukaan Bumi.

Biosfera

Zon hidupan yang terdiri daripada beraneka hidupan

Hidrosfera

Zon air yang merangkumi sungai, tasik, lautan dan juga air yang terperangkap sebagai ais

Geosfera

Zon batu dan tanah di atas permukaan Bumi.

Stratifikasi Atmosfera

Lapisan atmosfera terdiri daripada lima lapisan:

Eksosfera

 480 km ke atas

- Mengandungi gas-gas ringan seperti helium dan hidrogen.

- Udara bertambah nipis menghala ke angkasa lepas.

- Satelit komunikasi yang mengorbit Bumi di lapisan eksosfera 

Termosfera

80 - 480 km

- Dikenali sebagai ionosfera kerana lapisan ini mempunyai ion-ion yang dapat memantulkan gelombang-gelombang radio.

- Aurora - jalur-jalur cahaya yang berwarna-warni hasil daripada tindakan zarah-zarah bercas dengan medan magnet Bumi dan gas-gas atmosfera berlaku di sini.

Mesosfera

50 - 80 km

- Pembakaran dan penghancuran meteorit berlaku di lapisan ini

Strastosfera

13 - 50 km

- Sesuai dan stabil untuk penerbangan kapal terbang.

- Terdapat lapisan ozon yang mengandungi gas ozon yang dapat menyerap sinaran ultraungu matahari.

Troposfera

- 0 - 13 km

- Lapisan tempat benda hidup bernafas, angin bertiup, serta awan, hujan dan salji terbentuk

Contoh soalan:

Apakah yang anda akan alami jika mendaki gunung?

Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:

Cuaca semakin sejuk dan sukar untuk bernafas.

Hal ini kerana dari troposfera ke stratosfera, altitud semakin meningkat.

Semakin meningkat altitud, semakin rendah tekanan udara. 

Stratifikasi dalam Lautan
 
Permukaan

Air adalah sangat cetek dan cahaya boleh bergerak menembusinya.

Hal ini membolehkan zon ini sesuai untuk habitat tumbuhan.

Tengah malam

Zon ini mempunyai sedikit cahaya atau tiada cahaya.

Tahap kedalaman ini menjadi habitat untuk haiwan laut yang besar

Gelap

Zon ini amat dalam dan tiada cahaya yang boleh sampai.

Lapisan Bumi
 
Sumber: Buku Teks Sains Tingkatan 3

Bumi ialah Satu-satunya Rumah bagi Semua Hidupan

Keistimewaan sifat Bumi yang menyebabkan Bumi sesuai untuk semua hidupan:

  • Suhu - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
  • Kewujudan air dan oksigen