Jirim dalam Alam

5.1  Jirim dalam Alam

Definisi
Jirim boleh didefinisikan sebagai semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang

 Sifat Fizikal Jirim

Definisi
Sifat fizik ialah kualiti yang dapat dikenalpasti dengan menggunakan lima deria manusia atau menggunakan alat pengukur.

Contoh sifat fizikal jirim:

  • Kekerasan
  • Warna
  • Bau
  • Kebolehan melarut
  • Takat lebur, takat beku dan takat didih

Definisi
Sifat kimia suatu bahan menunjukkan tindak balas sesuatu bahan itu berubah menjadi bahan yang berbeza.

Contoh sifat kimia jisim:

  • Pengaratan
  • Kebolehan terbakar
  • Pengoksidaan
Ciri-ciri
 Ketumpatan
  • Ketumpatan menentukan kebolehan sesuatu bahan sama ada terapung atau tenggelam di dalam air
  • Bahan yang kurang tumpat akan terapung, manakala bahan yang lebih tumpat akan tenggelam
 Takat lebur dan takat didih
  •  Takat lebur ialah suhu pada keadaan pepejal bertukar menjadi cecair
  • Taka didih ialah suhu apabila keadaan cair menjadi gas
  • Takat lebur air: \(0^\circ{\text{C}}\)
  • Takat didih air: \(100^\circ{\text{C}}\)
 Keterlarutan
  • Kebolehan sesuatu bahan untuk melarut di dalam pelarut dan membentuk larutan.
  • Kerterlarutan sesuatu bahan bergantung pada ciri-ciri fizik dan kimia bahan larut dan pelarut. 