Pembangunan Produk Bahagian 1

2.1

Penghasilan Produk

 

Penghasilan Produk
Aktiviti menghasilkan produk baharu atau mengubah suai produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada masa kini dan akan datang dengan mengaplikasikan teknologi terkini.

Langkah-langkah dalam Proses Penghasilan Produk

  1. Kajian keperluan pelanggan
  2. Penyelesaian masalah inventif
  3. Projek brief
  4. Penjanaan idea
  5. Lakaran idea
  6. Penghasilan model
  7. Pengujian/penambahbaikan
  8. Pendokumentasian
(1) Kajian Keperluan Pelanggan
  • Dijalankan untuk memastikan idea reka bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
  • Kajian dilakukan dengan menggunakan borang kajian keperluan pelanggan.
Kriteria Kajian Keperluan Pelanggan
  • Maklumat pelanggan
  • Latar belakang produk
  • Penambahbaikan

Maklumat Pelanggan

  • Merangkumi maklumat seperti jantina, umur, pekerjaan dan latar belakang ekonomi.
  • Membolehkan pereka bentuk mengenal pasti pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang dihasilkan.

Latar belakang produk

  • Merangkumi aspek jenama, kegunaan, kebaikan, kelemahan dan pengeluar produk.
  • Maklumat ini mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli sesuatu produk.

Penambahbaikan

  • Mengenal pasti pandangan pelanggan dari aspek reka bentuk produk, perkhidmatan selepas jualan, pelanggan, pesaing, kelemahan produk sedia ada di pasaran dan harapan pelanggan setelah penambahbaikan dilakukan terhadap produk.
(2) Penyelesaian Masalah Inventif
  • Kaedah penyelesaian masalah inventif membolehkan proses diulang beberapa kali untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik, cepat dan menjimatkan.
Penyelesaian Masalah Inventif
Kaedah penyelesaian masalah secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah dikenal pasti terlebih dahulu dan bukan berdasarkan idea spontan daripada individu atau kumpulan.

Proses Penyelesaian Masalah Inventif

  1. Kenal pasti masalah inventif
  2. Bina model fungsi dengan garisan interaksi
  3. Buat analisis berantai punca-kesan
  4. Tentukan jenis percanggahan fizikal
  5. Pilih prinsip inventif yang sesuai
  6. Hasilkan cadangan penyelesaian masalah dalam bentuk lakaran
Kenal Pasti Masalah Inventif

Kelemahan berus kasut sedia ada :

  • Mengambil masa yang lama untuk mengilap kasut dan boleh melenguhkan tangan.
  • Pemegang berus kurang selesa dipegang dan boleh menyakitkan jari.
  • Boleh digunakan untuk menggilap kasut sahaja.
  • Proses menggilap kasut mengambil masa yang panjang.

 

Model Fungsi Situasi Semasa Menggunakan Berus Kasut

Melalui model fungsi, masalah didapati berpunca daripada pelanggan yang tidak dapat memberikan tekanan sekata semasa menggilap kasut.

 

Analisis Berantai Punca-Kesan

Berdasarkan analisis, masalah kelenguhan tangan didapati berlaku ketika tekanan berlebihan digunakan semasa menggilap.

 

Menentukan Jenis Percanggahan Fizikal
  • Masalah kelenguhan tangan tidak berlaku sebelum atau selepas menggilap.
  • Masalah ini merupakan masalah inventif pemisahan ruang kerana masalah kelenguhan tangan dan tekanan berus tidak sekata berlaku pada masa yang sama.
  • Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan ruang dipilih.

 

Cadangan prinsip inventif Pengantara (intermediary)
Penerangan konsep Memperkenalkan komponen baharu ubtuk membantu pelanggan
Adakah konsep ini menyelesaikan masalah?

Komponen baharu mestilah boleh memberus secara berputar dengan laju yang seragam

Komponen yang sesuai ialah motor berkuasa elektrik yang dipasang pada berus yang berputar

 

Cadangan prinsip inventif Tidak simetri (asymmetry)
Penerangan konsep Mengubah bentuk kepada simetri atau tidak simetri
Adakah konsep ini menyelesaikan masalah?

Komponen dengan reka bentuk bulat dan simetri akan berputar dengan seragam dan stabil

 Reka bentuk berus yang baharu mestilah bulat dan simetri

 

(3) Projek Brief
  • Pereka bentuk berperanan menterjemahkan idea reka bentuk produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran atau contengan.
  • Maklumat yang telah dilengkapkan dalam borang projek brief disaring untuk memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk menjalankan tugas.

 

Projek brief
Proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang turut dihadiri oleh pereka bentuk.

 

Aplikasi projek brief dalam Bentuk Jadual Bermaklumat Aplikasi Projek brief dalam Bentuk Lakaran
Melibatkan semua ciri-ciri projek brief Melibatkan lakaran produk menggunakan prinsip dan elemen reka bentuk serta idea inovasi

Setelah mengenal pasti cadangan projek, pereka bentuk perlu memilih teknologi yang sesuai dengan cadangan reka bentuk bagi memastikan produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Justifikasi Pemilihan Teknologi

Aplikasi teknologi yang dipilih

Tujuan penggunaan teknologi

Fungsi teknologi

Kekuatan dan kelemahan teknologi

 

Aplikasi produk yang dipilih

  • Pereka bentuk perlu menggabungkan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan reka bentuk produk baharu
    • Gabungan reka bentuk elektrik dan reka bentuk mekanikal bagi menghasilkan reka bentuk Penggilap Kasut Magik.

Tujuan penggunaan teknologi

  • Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk baharu yang unik, memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan serta mampu bersaing dengan produk-produk lain yang terdapat di pasaran.
    • Reka bentuk Penggilap Kasut Magik yang akan dihasilkan lebih dinamik, berkualiti, selamat digunakan, mesra pengguna dan mesra alam.

Fungsi teknologi

  • Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan masalah yang terdapat pada produk sedia ada.
  • Pereka bentuk perlu memahami keupayaan teknologi yang dipilih supaya produk baharu yang dihasilkan supaya:
    1. Mempunyai keunikan dari segi fungsi berbanding produk-produk lain di pasaran.
    2. Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Reka Bentuk eletronik Reka Bentuk Mekanikal
Motor AT berputar mengerakkan gear. Gear taji memindahkan kuasa dan membolehkan pad penggilap berputar untuk menggilap atau membersihkan kasut.

Kekuatan dan kelemahan teknologi

  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi amat penting supaya pereka bentuk dapat memilih teknologi yang sesuai dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan.

Reka bentuk mekanikal

Komponen Gear Taji
Kekuatan Memindahkan kuasa dan memutarkan pad pengilap
Kelemahan Sukar didapati keranya hanya terdapat di kedai elektronik sahaja
 
Komponen Pad pengilap
Kekuatan

Boleh mengilap dan membersihkan kasut

Span boleh dibasuh sekiranya kotor

Kelemahan Tiada

 

Reka bentuk elektrik

Komponen Motor AT
Kekuatan

Berputar untuk menggerakkan gear di dalam perumah

Mudah didapati

Saiz kecil

Jangka hayat lama

Kelemahan Tiada

 

Komponen Bateri
Kekuatan

Membekalkan kuasa kepada seluruh sistem

Harga murah dan mudah didapati

Kelemahan Perlu diganti apabila kehabisan kuasa

 

Komponen Suis tekan tutup
Kekuatan

Melengkapkan litar apabila suis ditekan

Menyambung dan memutuskan aliran arus

Harga murah da mudah didapati

Kelemahan Perlu diganti apabila kehabisan kuasa

 

Komponen Wayar lembar tunggal
Kekuatan

Mengalirkan arus ke setiap komponen di dalam litar

Harga murah dan mudah didapati

Kelemahan Tiada

 

(4) Penjanaan Idea

Konsep penghasilan idea

Bentuk Mengikut Fungsi (Form Follow Function) Fungsi Mengikut Bentuk (Function Follow Form)
Reka bentuk produk mengikut fungsi yang dikehendaki pelanggan.

Reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi produk yang telah dihasilkan.

Reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi sepenuhnya.

Reka bentuk menentukan bagaimana produk akan berfungsi.

Produk selalunya mempunyai reka bentuk yang menarik.

 

Elemen Reka Bentuk
Unsur-unsur yang digunakan dalam lakaran bagi mempamerkan idea awal suatu rekaan.

 

Elemen reka bentuk Penerangan

Garisan

Satu siri titik yang mempunyai panjang dan jarak

Menghasilkan rupa, bentuk, jalinan dan bayangan

Bentuk

Objek yang mempunyai ruang, isi padu dan lebih dari satu permukaan

Bentuk 3D dinamakan bentuk ilusi

Rupa

Dibentuk apabila hujung garisan bertemu permulaannya

Merupakan ruang yang dikelilingi garisan

Dalam bentuk 2D dan mempunyai luas

Tekstur

Teknik memberikan impak terhadap orang yang melihat sesuatu permukaan

Warna

Kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek

Dibahagikan kepada tiga kumpulan:

Warna primer, warna sekunder, warna tertier

Dikategorikan kepada warna panas dan warna sejuk

Nilai

Kesan terang atau gelap sesuatu rona atau warna

Ruang

Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan

Ruang nyata: ruang antara dua objek atau rongga dalam sesuatu objek

Saiz

Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek

 

Prinsip Reka Bentuk
Konsep atau peraturan yang digunakan oleh pereka bentuk ketika menggunakan elemen-elemen reka bentuk.

Membolehkan lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk menarik, selesa dan boleh menimbulkan emosi positif secara visual kepada pelanggan.

Prinsip Reka Bentuk Penerangan
Keseimbangan

Kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen yang digabungkan untuk membentuk suatu komposisi

Pergerakan

Aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata terhadap sesuatu objek

Kontras

Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan

Pengulangan

Penyusunan elemen yang sama secara berulang

Penekanan

Tumpuan tehadap elemen yang diserlahkan

Keringkasan

Olahan terhadapan idea yang kompleks untuk menghasilkan intipati atau elemen yang penting sahaja

Kesatuan

Gabungan semua elemen untuk membentuk imej, konsep tema atau idea yang sempurna

Kepelbagaian

Aplikasi pelbaga elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea dalam sesuatu reka bentuk

Harmoni

Sesuatu yang dapat memberikan kedamaian

 

(5) Lakaran Idea

Lakaran perkembangan idea

  • Membantu menjelaskan rupa cadangan rekaan reka bentuk secara 3D dan pada sudut pandangan yang berbeza.
  • Memudahkan pereka bentuk menilai konsep rekaan mereka sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian.
  • Lakaran idea dihasilkan mengikut elemen dan prinsip reka bentuk yang telah dipersetujui oleh pelanggan dalam borang projek brief.
Lakaran Produk

Lakaran 3D

Lakaran ceraian

Lukisan kerja

Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk

 

Maklumat pada suatu lakaran 3D:

  • Nama produk
  • Saiz produk dan komponen
  • Bahan yang digunakan pada produk
  • Komponen atau bahagian-bahagian produk
  • Prinsip reka bentuk yang digunakan
  • Elemen reka bentuk yang digunakan
Lakaran 3D bagi Penggilap Kasut Magik

 

Lakaran ceraian

  • Lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen (bahagian) pada suatu reka bentuk produk.

Fungsi lakaran ceraian

  • Menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk.
  • Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk.
  • Menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk.
  • Menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk.
  • Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih daripada satu bahagian.
  • Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk.
Lakaran Ceraian Penggilap Kasut Magik

 

Komponen pada Penggilap Kasut Magik Fungsi

Pemegang

Pemegang yang ergonomik membolehkan pengguna memegang penggilap dengan selesa dan kuat.

Suis tekan tutup

Memula dan menghentikan pad penggilap mengikut keperluan.

Pad penggilap

Digunakan untuk menggilap dan membersihkan kasut kulit dan kasut PVC.

Motor AT

Menggerakkan gear dan memutarkan pad penggilap ketika digunakan.

Gear taji

Memindahkan kuasa dan memutarkan pad penggilap.

Perumah

Memegang semua komponen produk dalam satu struktur yang kemas.

 

Lukisan kerja

  • Lukisan yang menerangkan dengan terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang akan dihasilkan.
Lukisan Kerja Lukisan isometrik
Contoh
Penerangan

Lukisan piktorial yang dapat memberikan maklumat dan gambaran objek dengan lebih jelas.

Menunjukkan bentuk suatu objek dalam 3D melalui pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi. 

 

Lukisan Kerja Lukisan skematik
Contoh
Penerangan

Litar elektronik yang menunjukkan kedudukan komponen elektronik dalam bentuk simbol.

Membolehkan pemasangan komponen elektronik dilakukan dengan lebi mudah dan cepat

 

Lukisan Kerja Lukisan unjuran ortografik
Contoh
Penerangan

Menunjukkan bentuk suatu objek dalam 2D melalui pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi.

Ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan untuk menjadi rujukan semasa proses penghasilan produk.

 

Analisis lakaran reka bentuk produk dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk

  • Analisis dari aspek elemen dan prinsip reka bentuk perlu dilakukan bagi memastikan lakaran tidak tersasar daripada kehendak dan keperluan pelanggan.
Jadual Kerja

 

Menyediakan jadual kerja

  • Tujuan:
    • Mengelakkan kerugian kos dan masa
    • Mengawal sumber tenaga pekerja
    • Mengelakkan pembaziran
    • Mengurus bahan mentah secara sistematik
Garis Panduan Menyediakan Jadual Kerja 

Menentukan aktiviti yang perlu ada dalam jadual.

Menyusun aktiviti mengikut keutamaan.

Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk setiap aktiviti.

Mengganggarkan tempoh masa untuk melaksanakan setiap aktiviti.

Mengganggar kos dan menyediakan bajet bagi projek.

 

Senarai Bahan, Peralatan dan Bajet Produk

 

Senarai bahan untuk menghasilkan seunit Penggilap Kasut Magik

 

 

 

Senarai peralatan untuk menghasilkan Penggilap Kasut Magik
 

 

Bajet Produk

  • Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memastikan projek yang dijalankan berjaya dan menguntungkan.
  • Berdasarkan bajet, belanjawan projek dapat disediakan.
  • Kos yang terlibat dalam bajet ialah kos bahan, kos upah dan kos overhed.
  • Kaedah menentukan bajet:
    • Kaedah unit
    • Kaedah SMART
Kaedah Unit

Bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan. Bajet disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna.

Kaedah unit lebih mudah difahami dan pantas, namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira keseluruhan kos yang terlibat.

Contoh pengiraan:

Katakan kos makanan bagi seorang murid ialah RM5.00. Jumlah murid di sebuah sekolah ialah seramai 1000 orang.

Jadi bajet makanan untuk 1000 orang murid mengikut kaedah unit ialah RM5.00 x 1000 orang = RM5000.00

 

Kaedah SMART

S (Specific)

Spesifik

Maksud

Penetapan tujuan atau objektif projek

Aplikasi

Tujuan projek

M (Measurable)

Boleh diukur

Maksud

Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat

Aplikasi

Pengagihan kewangan ,Kos bahan, Kos upah, Kos overhead, Jumlah modal, Kos jualan

A (Attainable)

Boleh dicapai

Maksud

Projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga kerja

Aplikasi

Keuntungan = kos jualan — kos pengeluaran seunit produk

R (Realistic)

Realistik

Maksud

Sesuai dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak mereka mencapai tujuan projek

Aplikasi

Gabungan bahan yang mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan produk ini mampu direalisasikan menjadi produk sebenar.

T (Time-bound)

Jangka masa ditetapkan

Maksud

Tempoh masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan projek

Aplikasi

Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos yang dianggarkan.

 

(6) Penghasilan Produk

Menghasilkan Produk Berfungsi atau Berfungsi Sebahagian

Jenis Mock-up (model olokan)
Penghasilan Dihasilkan sebelum produk berfungsi sebahagian dibina.
Bahan

Bukan menggunakan bahan sebenar

Boleh direka bentuk menggunakan kertas, gabus, kadbod, polistirena, kayu lembut dan lain-lain.

Skala Tidak mengikut saiz sebenar
Kefungsian Tidak berfungsi sepenuhnya

 

Jenis Produk berfungsi sebahagian (model)
Penghasilan

Dihasilkan selepas mock-up dibina.

Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih realistik.

Bahan

Tidak semestinya direka bentuk menggunakan bahan sebenar

Boleh direka bentuk mengunakan foam, kadbod, paip PVC, MDF, polistirena, kayu, papan lapis dan lain-lain.

Skala Tidak mengikut saiz sebenar
Kefungsian

Tidak menunjukkan fungsi sebenar produk

Hanya sebahagian komponen berfungsi

Produk hanya dinilai dari segi reka bentuk luaran

 

Jenis Produk berfungsi (prototaip)
Penghasilan

Dihasilkan selepas produk berfungsi sebahagian dibina.

Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk yang sebenar.

Bahan Direka bentuk menggunakan bahan sebenar
Skala Mengikut saiz produk sebenar
Kefungsian

Berfungsi sepenuhnya

Diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan kefungsian

 

Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk berfungsi

Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna.

Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk.

Membantu menganggar kos jualan produk.

Merancang tenaga kerja yang diperlukan.

Menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk dan kefungsian.

Menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk.