Butiran dalam Penyata Kewangan

4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan
 
Butiran Dalam Penyata Pendapatan
  1. Jualan Bersih;
    • Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan.
    • Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan.
       
  2. Kos Jualan;
    • Kos dan belanja untuk membeli barang niaga.
    • Contoh: Inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk.
       
  3. Belian Bersih;
    • Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian.
    • Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian.
       
  4. Kos Belian;
    • Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan belanja atas belian iaitu angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian dan duti import.
    • Kos Belian = Belian – Pulangan Belian + Belanja Atas Belian.
       
  5. Belanja;
    • Kos yang dibayar dalam perniagaan.
    • Contoh: Bayaran insurans, gaji, sewa bangunan.
       
  6. Untung Kasar;
    • Jumlah untung yang diperoleh selepas mengambil kira belanja dan hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.
    • Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan.
       
  7. Untung Bersih;
    • Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh perakaunan.
    • Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil - Belanja.
 
Butiran Dalam Penyata Kunci Kira-kira
  1.  Aset Bukan Semasa
    • Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun dan tahap kecairan rendah.
    • Contoh: Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat.
       
  2. Aset Semasa
    • Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan kurang dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi.
    • Contoh: Inventori, tunai di tangan, deposit semasa dan akaun belum terima.
       
  3. Ekuiti Pemilik
    • Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan.
    • Contoh: Modal Awal.
       
  4. Liabiliti Bukan Semasa
    • Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
    • Contoh: Pinjaman bank, gadai janji dan pinjaman kerajaan.
       
  5. Liabiliti Semasa
    • Hutang perniagaan jangka pendek.
    • Contoh: Akaun Belum Bayar dan overdraf Bank.
       
  6. Ambilan
    • Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @ tunai) untuk kegunaan peribadi.
    • Contoh: Ambilan barang, aset @ tunai.
 
Butiran Dalam Penyata Aliran Tunai
  1. Baki b/b
    • Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh tertentu.
    • Contoh: Modal permulaan dan terbitan saham.
       
  2. Penerimaan
    • Jumlah pendapatan dan sumber wang yang diterima dalam sesuatu bulan.
    • Contoh: Jualan tunai, pinjaman dan penerimaan daripada penghutang.
       
  3. Pembayaran
    • Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang digunakan atau dibayar dalam sesuatu bulan tertentu.
    • Contoh: Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa.
       
  4. Lebihan / (Kurangan)
    • Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran.
    • Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan.
       
  5. Baki h/b
    • Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di bank pada akhir tempoh tertentu.
    • Contoh: Baki h/b = (Baki b/b + jumlah penerimaan) – Jumlah Pembayaran.
 
Kos Tetap
  • Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran.
  • Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurangan.
  • Contoh: Sewa, insurans dan bayaran balik pinjaman.
 
Kos Berubah
  • Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran.
  • Contoh: Kos bahan mentah, kos buruh langsung seperti upah, gaji dan duti atas bahan mentah.
 
Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor Slot Gacor