Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
Mengenal pasti setiap butiran dalam penyata kewangan
Kembali
Butiran dalam Penyata Kewangan
4.2
Butiran dalam Penyata Kewangan
Butiran Dalam Penyata Pendapatan
Jualan Bersih;
Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan.
Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan.
Kos Jualan;
Kos dan belanja untuk membeli barang niaga.
Contoh:
Inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk.
Belian Bersih;
Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian.
Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian.
Kos Belian;
Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan belanja atas belian iaitu angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian dan duti import.
Kos Belian = Belian – Pulangan Belian + Belanja Atas Belian.
Belanja;
Kos yang dibayar dalam perniagaan.
Contoh:
Bayaran insurans, gaji, sewa bangunan.
Untung Kasar;
Jumlah untung yang diperoleh selepas mengambil kira belanja dan hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.
Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan.
Untung Bersih;
Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh perakaunan.
Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil - Belanja.
Butiran Dalam Penyata Kunci Kira-kira
Aset Bukan Semasa
Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun dan tahap kecairan rendah.
Contoh:
Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat.
Aset Semasa
Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan kurang dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi.
Contoh:
Inventori, tunai di tangan, deposit semasa dan akaun belum terima.
Ekuiti Pemilik
Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan.
Contoh:
Modal Awal.
Liabiliti Bukan Semasa
Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
Contoh:
Pinjaman bank, gadai janji dan pinjaman kerajaan.
Liabiliti Semasa
Hutang perniagaan jangka pendek.
Contoh:
Akaun Belum Bayar dan overdraf Bank.
Ambilan
Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @ tunai) untuk kegunaan peribadi.
Contoh:
Ambilan barang, aset @ tunai.
Butiran Dalam Penyata Aliran Tunai
Baki b/b
Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh tertentu.
Contoh:
Modal permulaan dan terbitan saham.
Penerimaan
Jumlah pendapatan dan sumber wang yang diterima dalam sesuatu bulan.
Contoh:
Jualan tunai, pinjaman dan penerimaan daripada penghutang.
Pembayaran
Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang digunakan atau dibayar dalam sesuatu bulan tertentu.
Contoh:
Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa.
Lebihan / (Kurangan)
Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran.
Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan.
Baki h/b
Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di bank pada akhir tempoh tertentu.
Contoh:
Baki h/b = (Baki b/b + jumlah penerimaan) – Jumlah Pembayaran.
Kos Tetap
Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran.
Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurangan.
Contoh:
Sewa, insurans dan bayaran balik pinjaman.
Kos Berubah
Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran.
Contoh:
Kos bahan mentah, kos buruh langsung seperti upah, gaji dan duti atas bahan mentah.

Bab : Penyata kewangan perniagaan
Topik : Mengenal pasti setiap butiran dalam penyata kewangan
Tingkatan 5
Perniagaan
Lihat semua nota bagi Perniagaan Tingkatan 5
Nota yang berkaitan
Definisi Penyata Kewangan
Pihak yang Berkepentingan Kepada Penyata Kewangan Sesebuah Perniagaan
Menganalisis Kepentingan Penyata Kewangan Terhadap Operasi Kewangan Sesebuah Perniagaan
Mentafsirkan Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas
Jusifikasi Kedudukan Kewangan Sesebuah Perniagaan Berdasarkan Penyata Kewangan
Definisi Pengurusan Sumber Manusia
Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan
Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan Yang Mampan
Aspek Pengelolaan Sumber Manusia Dalam Pembangunan Perniagaan
Hubung Kait Antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja Dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan
Laporkan nota ini
Tuisyen Online
Belajar bersama Tutor Selebriti
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun