Butiran dalam Penyata Kewangan

4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan
 
Butiran Dalam Penyata Pendapatan
  1. Jualan Bersih;
    • Jumlah jualan ditolak dengan pulangan jualan.
    • Jualan Bersih = Jualan – Pulangan Jualan.
       
  2. Kos Jualan;
    • Kos dan belanja untuk membeli barang niaga.
    • Contoh: Inventori, belian, pulangan belian dan angkutan masuk.
       
  3. Belian Bersih;
    • Jumlah perbezaan antara jumlah belian dengan pulangan belian.
    • Belian Bersih = Belian – Pulangan Belian.
       
  4. Kos Belian;
    • Jumlah kos barang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan belanja atas belian iaitu angkutan masuk, upah atas belian, insurans atas belian dan duti import.
    • Kos Belian = Belian – Pulangan Belian + Belanja Atas Belian.
       
  5. Belanja;
    • Kos yang dibayar dalam perniagaan.
    • Contoh: Bayaran insurans, gaji, sewa bangunan.
       
  6. Untung Kasar;
    • Jumlah untung yang diperoleh selepas mengambil kira belanja dan hasil yang berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan.
    • Untung kasar = Jualan bersih – Kos Jualan.
       
  7. Untung Bersih;
    • Jumlah pendapatan (hasil) melebihi jumlah perbelanjaan (kos) dalam sesuatu tempoh perakaunan.
    • Untung Bersih = Untung Kasar + Hasil - Belanja.
 
Butiran Dalam Penyata Kunci Kira-kira
  1.  Aset Bukan Semasa
    • Aset perniagaan yang mempunyai tempoh hayat penggunaan melebihi setahun dan tahap kecairan rendah.
    • Contoh: Kenderaan, mesin dan kelengkapan pejabat.
       
  2. Aset Semasa
    • Aset perniagaan yang bersifat tidak tahan lama dan mempunyai tempoh penggunaan kurang dari setahun dan tahap kecairan yang tinggi.
    • Contoh: Inventori, tunai di tangan, deposit semasa dan akaun belum terima.
       
  3. Ekuiti Pemilik
    • Modal yang dilaburkan untuk memulakan perniagaan.
    • Contoh: Modal Awal.
       
  4. Liabiliti Bukan Semasa
    • Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya.
    • Contoh: Pinjaman bank, gadai janji dan pinjaman kerajaan.
       
  5. Liabiliti Semasa
    • Hutang perniagaan jangka pendek.
    • Contoh: Akaun Belum Bayar dan overdraf Bank.
       
  6. Ambilan
    • Pemilik mengambil aset perniagaan (barang @ tunai) untuk kegunaan peribadi.
    • Contoh: Ambilan barang, aset @ tunai.
 
Butiran Dalam Penyata Aliran Tunai
  1. Baki b/b
    • Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh tertentu.
    • Contoh: Modal permulaan dan terbitan saham.
       
  2. Penerimaan
    • Jumlah pendapatan dan sumber wang yang diterima dalam sesuatu bulan.
    • Contoh: Jualan tunai, pinjaman dan penerimaan daripada penghutang.
       
  3. Pembayaran
    • Jumlah perbelanjaan dan sumber wang yang digunakan atau dibayar dalam sesuatu bulan tertentu.
    • Contoh: Kos Jualan, gaji, faedah dan sewa.
       
  4. Lebihan / (Kurangan)
    • Lebihan berlaku apabila jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran.
    • Kurangan berlaku apabila jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan.
       
  5. Baki h/b
    • Jumlah keseluruhan tunai di tangan dan di bank pada akhir tempoh tertentu.
    • Contoh: Baki h/b = (Baki b/b + jumlah penerimaan) – Jumlah Pembayaran.
 
Imej ini menunjukkan ilustrasi tentang 'Jenis-Jenis Kos' oleh Pendai. Terdapat dua kategori kos yang ditunjukkan: 1. **Kos Tetap**: - Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran. - Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurangan. - Contoh: Sewa, insurans, dan bayaran balik pinjaman. 2. **Kos Berubah**: - Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran. - Contoh: Kos bahan mentah, kos buruh langsung seperti upah, gaji dan dari alat atau mesin.
 
Kos Tetap
  • Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran.
  • Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurangan.
  • Contoh: Sewa, insurans dan bayaran balik pinjaman.
 
Kos Berubah
  • Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran.
  • Contoh: Kos bahan mentah, kos buruh langsung seperti upah, gaji dan duti atas bahan mentah.