Tujuan Setiap Bahagian Fungsian

4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian
 
Fungsian Pentadbiran
Merujuk pada pelaksanaan sesuatu tugas yang telah ditetapkan ke arah mencapai sesuatu VMO dalam perniagaan.
 
Peranan Fungsian Pentadbiran
  • Menjalankan urusan dalaman organisasi perniagaan Contoh: Mengurus,menyimpan dan menerima rekod.
  • Menyediakan dokumen syarikat dan menguruskan program Contoh: Mengadakan mesyuarat.
 
Fungsian Sumber Manusia
Melibatkan aktiviti perancangan sumber manusia,temu duga,penilian prestasi dan kebajikan pekerja dalam organisasi.
 
Imej ini menunjukkan carta alir dengan tajuk 'Peranan Fungsi Sumber Manusia.' Carta ini mempunyai empat kotak yang mengelilingi tajuk utama.  1. Kotak kiri atas berwarna merah jambu bertajuk 'Perancangan Sumber Manusia' dan mengandungi teks mengenai peranan merancang keperluan pekerja dan memastikan kelayakan serta kemahiran pekerja dipenuhi. 2. Kotak kanan atas berwarna biru bertajuk 'Latihan dan Pembangunan' yang menerangkan tentang penyediaan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja. 3. Kotak kiri bawah berwarna oren bertajuk 'Perkhidmatan Pekerja dan Keupayaan' yang mengandungi teks tentang penyediaan perkhidmatan untuk meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. 4. Kotak kanan bawah berwarna hijau bertajuk 'Pengurusan Prestasi' yang menerangkan tentang menilai prestasi pekerja dan memberikan maklum balas untuk peningkatan.  Setiap kotak dihubungkan dengan anak panah ke tajuk utama 'Peranan Fungsi Sumber Manusia'.
 
Peranan Fungsian Sumber Manusia
  • Perancangan sumber manusia:
    - Proses mengambil pekerja atau staf.
    - Membentuk polisi berkaitan dengan pembangunan kerjaya pekerja.

  • Latihan dan pengalaman:
    - Pelaksanakan program induksi dan latihan kemahiran - untuk pekerja baharu dan pekerja sedia ada.
    - Pembangunan pekerja - meningkatkan keupayaan pekerja untuk menerima tanggungjawab dan tugas.

  • Perkhidmatan pekerja dan kebajikan:
    - Menyediakan kemudahan untuk pekerja semasa bertugas dalam organisasi.
    - Memberikan khidmat kaunseling,menjaga kebajikan pekerja.

  • Perhubungan indistri:
    - Menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak majikan melalui kesatuan sekerja.

Fungsian Kewangan
Aktiviti untuk merancang, menyusun, mengarah dan mengawal segala aspek pembiayaan dan perbelanjaan dalam perniagaan.
 
Peranan Fungsian Kewangan
  • Membuat perancangan kewangan:
    - Menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai oleh organisasi.

  • Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan:
    - Bajet kewangan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan perlu diagihkan mengikut peruntukan.

  • Mengawal kewangan setiap bahagian:
    - Memastikan perbelanjaan setiap bahagian berdasarkan bajet yang telah diluluskan.
    - Memantau setiap aktiviti kewangan supaya masalah salah urus perbelanjaan tidak berlaku.
    - Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan penipu.

  • Terdiri daripada:
    - Akauntan :  Menyediakan laporan preastasi kewangan untuk melihat untung rugi syarikat.
    - Pegawai kewangan : Memeriksa bajet jabatan dan pendapatan terkini daripada jualan dan menyediakan unjuran jualan tunai.
    - Pegawai kredit : Membantu akauntan menyelia rekod-rekod kewangan.
    - Staf kewangan : Membantu menyediakan penyata kewangan.

Fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Teknologi pengkomputeran dan telekomunikasi yang digunakan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, penerbitan, penyiaran, perubatan, pendidikan.
 
Peranan Fungsian ICT
  • Bertanggungjawba terhadap keselamatan sistem.
  • Memastikan hanya pengguna yang dibenarkan sahaja bolehmengakses sistem.
  • Memastikan adanya sistem simpanan yang penuh untuk menyimpan semula data kritikal dalam keadaan kecemasan.
  • Membantu dan menolong pekerja menyelesaikan masalah berkaitan dengan penggunaan perisian baharu.
 
Fungsian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Melibatkan pembangunan produk baharu dan penambahbaikan produk yang sedia ada.
 
Peranan fungsian R&D
  • Merancang aktiviti pembangunan produk baharu.
  • Penambahbaikan produk sedia ada.
  • Meningkatkan kualiti produk yang sedia ada.
  • Menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak.
 
Fungsian Pembelian
Aktiviti yang dilakukan oleh dua pihak iaitu penjual dan pembeli bagi tujuan menukarkan barang dan perkhidmatan dengan menggunakan alat transaksi yang sah.
1. Staf bahagian pembelian
  • Sediakan kontrak dengan pembekal untuk membekalkan barang yang diperlukan dalam operasi pengeluaran.
  • Memastikan syarikat membayar pada jumlah yang berpatutan pada harga pembekal.
2. Peranan fungsian pembelian
  • Menentukan kuantiti dan spesifikasi barang yang dibeli adalah tepat.
  • Menentukan pemilihan pembekal yang bersesuaian dan cekap.
  • Memastikan barang yang diterima tepat pada masa dan lokasi yang telah ditetapkan.
 
Fungisan Pengeluaran
Proses menghasilkan barang melalui proses transformasi penukaran input kepasa output bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
1. Peranan fungsian pengeluaran
  • Menghasilkan barang dan perkhidmatan:
    - Mematuhi aspek dan standard kualiti yang ditetapkan.

  • Memenuhi keperluan dan kehendak:
    - Output yang dihasilkan iaitu barang dan perkhidmatan akan dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dalam pasaran.

  • Menukarkan input kepada output:
    - Merancang dan menjalankan proses transformasi input ( Tanah, Buruh, Teknologi dan Bahan Mentah) untuk menghasilkan output.

Tiga Jenis Kawalan dalam Pengeluaran
  1. Kawalan awalan:
    • Memastikan semua unsur input dalam keadaan baik dan mempunyai kualiti.
       
  2. Kawalan semasa:
    • Melakukan kawalan semasa proses pengeluaran iaitu pengeluaran mesin dan staf.
       
  3. Kawalan selepas:
    • Menjalankan pemeriksaan kualiti terakhir secara manual dan automatik terhadap produk yang dikeluarkan.
 
Fungsian Pemasaran
Suatu aktiviti mencipta nilai produk, penentuan harga barang, promosi, dan pengedaran produk bagi memenuhi keperluan pengguna dan mencapai objektif organisasi.
1. Peranan fungsian pemasaran
  • Mewujudkan dan meningkatkan permintaan.
  • Mempromosikan produk melalui pelbagai media pengiklanan.
    Contoh:Televisyen,Radio,Surat khabar,Majalah, dan Katalog.
  • Mendapat dan mengemaskinikan profil pelanggan yang sedia ada.
 
Dua unsur Strategi Pemasaran
1. Sasaran pasaran
  • Kumpulan pengguna sedia ada atau bakal pengguna yang berpotensi membeli dan menggunkan produk yang dikeluarkan oleh organisasi.
  • Mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi cita rasa,tahap pendidikan,umur dan sebagainya.
2. Campuran pemasaran
  1. Rangkuman beberapa strategi utama yang direka bentuk dan diuruskan oleh pemasar.
  2. Unsur - unsur campuran pemasaran (4P)
    • Produk (product)
    • Harga (price)
    • Pengagihan (place)
    • Promosi (promotion)
 
Fungsian Pengagihan
Barang atau perkhidmatan yang diagihkan oleh perniagaan dapat diterima oleh pengguna mengikut tempat dan masa yang tepat serta berada dalam keadaan baik.
1. Peranan fungsian pengagihan
  • Memastikan barang disimpan dengan baik dan dilabel sebelum dihantar pada waktu yang tepat.
  • Memeriksa semua barang yang ditempah dan bertindak jika terdapat perbezaan atau kesilapan.
  • Melengkapkan dokumen penghantaran.
  • Menyediakan jadual pergerakan kenderaan.
2. Empat jenis saluran agihan utama
  1. Pengeluar >> pengguna
    • Contoh barang dan perkhidmatan:
      • Barang tidak tahan lama,barang bernilai tinggi,tempahan khas,perkhidmatan profesional.
         
  2. Pengeluar >> peruncit >>pengguna
    • Contoh barang:
      • Kosmetik, tayar, alat elektrik, pakaian.
         
  3. Pengeluar >> pemborong >>peruncit >>pengguna
    • Contoh barang:
      • Barang keperluan harian ( gula, beras, dan barang dapur).
         
  4. Pengeluar >>ejen >> peruncit >> pengguna
    • Contoh barang:
      • Pakaian berjenama, buku, majalah.
 
Fungsian Jualan
Suatu transaksi yang memberikan nilai tambah dalam memenuhi keperluan pelanggan dan memberi manfaat nersama kepada penjual dan pembeli.
1. Peranan fungsian jualan
  1. Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang jualan.
    • Contoh: Jenis,spesifikasi,dan kualiti.
       
  2. Membuat jualan secara bersemuka atau secara dalam talian.
     
  3. Menyediakan sebut harga dan melakukan rundingan dengan pengguna tentang kadar diskaun dan terma jual beli.
 
Fungsian Khidmat Pelanggan
Keupayaan dan kebolehan organisasi perniagaan dalam menyampaikan produk untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan melebihi daripada tahap yang mereka harapkan dan perkhidmatan diberikan secara berterusan dan konsisten.
1. Peranan fungsian khidmat pelanggan
  • Menjawab pertanyaan pelanggan berkenaan dengan barang dan perkhidmatan
  • Menyediakan pakar mengikut jenis produk yang disediakan oleh organisasi berkenaan.